Nuffnang Ads

Saturday 25 October 2014

Bahasa Jannah


Bahasa Arab Komunikasi. Yup. Subjek ekstra yang aku ambil untuk PMR.
To be honest, sebelum ni takde pengalaman pun belajar subjek Bahasa Arab pada peringkat sekolah rendah. Zero.  :0

Habis tu? Kenapa pula ambil Bahasa Arab untuk PMR?
Buang tebiat??  -,-
*tetibe*

Meh sini nak cerita.  :)

               
             Al-Kisah,tersebut lah cerita seorang pemuda yang pertama kalinya belajar di Bumi Kelantan.SMK Dato' Ismail yang terletak di Pasir Puteh. Or also known as SMK(A) Dato' Ismail. 'A' nya dalam kurungan sebab Bahasa Arab bukan merupakan subjek wajib di sekolah itu. Kelas aliran agama. Only selected classes je yang ada Bahasa Arab. Untuk Form 1 & Form 2,ada 3 kelas yang tawarkan subjek Bahasa Arab. Form 3 je yang tawarkan 1 kelas untuk Bahasa Arab.

             Kisahnya bermula sewaktu pemuda itu mula bersekolah di situ. Bahasa Arab.
''Habislah..Mana ada belajar time sekolah rendah..'' rungut hatinya. Benar. Setakat 'wahid, isnani, salasa' tu bolehlah. Cuba suruh dia sebut sampai nombor 20. Ke laut jadinya. Dia bertemu dengan guru Bahasa Arab nya. Ustaz SnS. Setiap kali belajar, pemuda itu berasa malas. Kena buat ayat lah. Tulis karangan lah.Hafal sifir fe'el madhi pun kadang-kadang tergagap.

''Kataba katabaa katabu. Katabat katabata katabna. Katabta katabtuma katabtum. Katabti katabtuma katabtunna. Katabtu katabnaa.''

Tu bukan mentera nak mandrem-mandrem eh. Husnul dzhon sikit.  -__-
Tu sifir fe'el madhi.(past tense)


Ha.Ni bukan rancangan Roda Impian.Ni lah sifir yang dimaksudkan tu.Kena hafal,you know! Pernah dulu,setiap kali kelas bermula, Ustaz SnS akan wajibkan pelajar-pelajar tasmik sifir fe'el dulu. Lancar baru duduk.Mula lah mulut tersyashul-syashul..  :p


Sebab minatnya tiada. Sampaikan,dia akan doa yang macam-macam.

''Ya Allah,semoga Ustaz SnS tak datang sebab MC..''

''Semoga Ustaz SnS ada meeting yang lebih penting..''

''Semoga Ustaz SnS pergi bercuti..''

Yup. Semoga Ustaz SnS itu ini.Asalkan tak datang kelas.

Sebab dia malas and muak nak belajar Bahasa Arab.
Tahu tak?Bahasa Arab tu susah!!
Katanya.  -,-


Tahun demi tahun. Sampai ke Tingkatan 3, Ustaz SnS lah yang kekal sebagai guru Bahasa Arab untuk kelasnya.Markahnya tetap sama. Angka 1 digit tu sudah menjadi kebiasaan.Baginya ketika itu, angka 2 digit macam 18% or 20% macam tu. Still,gred E. Tak pun D.

Entah mengapa dan bagaimana. Pada pertengahan tahun, sebelum Trial PMR menjelang, dia tersentap keseorangan.

''Kalau bukan PMR,bila lagi aku nak dapat 'A' ?'' bisik hatinya.

Semuanya berubah.Setiap kali kelas Bahasa Arab bermula, dia akan simpan semua buku-buku yang tidak berkaitan.Alhamdulillah.Dia mendapat keputusan seperti yang diharapkan olehnya.


Betul lah kata pepatah orang putih:-


''Do what you love and love what you do!''

Mesti ada minat.Kalau dah tak minat,yang senang pun jadi susah..
Siapa lagi yang kena belajar bahasa Al-Quran kalau bukan orang Islam sendiri.

                                                        Ustaz Sanusi & me


Jazakallahu khoiron kasiron!
Uhibuk,yaa muallim!
^_^

Wednesday 22 October 2014

Hari Yang Berlalu


''Di sini lahirnya sebuah cinta
 Yang murni abadi sejati
 Di sini tersemai cita cita
 Bercambah menjadi warisan..''

- Warisan


SMKDI.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ismail, Pasir Puteh, Kelantan.
Perghh! Macam tulis alamat surat. Lol!  :p

Okay, saje nak throwback zaman sekolah dulu. Zaman yang simpan seribu satu kenangan.
Pahit, manis, masam, pedas, you name it! Itulah perencah kehidupan. Kalau takde semua tu, life will be so dull. Like seriously. Heartless.

Bak kata Fauziah Ahmad Daud,

''Dalam kehidupan ini
 Yang terindah
 Melalui usia remaja
 Senda gurau suka duka
 Sering berganti
 Meninggalkan kesan abadi..''




Kat sini lah tempat aku belajar. Gedung ilmu untuk 3 tahun aku di sini.
First time jatuh cinta dengan Bahasa Arab kat sini lah. Ada chemistry gitu. Hihihi..
But,seriously. Bahasa Arab menjadi pujaan hati sewaktu aku belajar di sini.
Well, I can't write the whole story just in a single post, right?


So, Insha Allah, nanti akan di story-mory kan pasal detik-detik pertemuanku dengan BA. Short form untuk Bahasa Arab. Bukan Bae,eh!  -,-
Time ni masih budak lagi. Takde masa nak feeling-feeling 'Kuch Kuch Ho Ta Hai.''
Dan juga memori-memori ku sebagai pelajar yang berkecek Kay- El di bumi Kelantan ni.


Nantikan.

Sunday 19 October 2014

Harapan Cinta


Telah diceritakan kisah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak. Albab & Albib.
Meskipun mereka bersaudara,personaliti & kehidupan mereka jauh berbeza.
Albab itu seorang abid(ahli ibadah).Siangnya berdakwah.Malamnya khusyuk beribadah.Semua orang menghormatinya.Manakala Albib pula persis manusia yang dijamin masuk ke neraka.Arak,judi,zina,mencuri & segala dosa telah dilakukannya.

               Pada suatu hari,ditakdirkan hati mereka berbolak balik.Berbisik di lubuk hati Albab untuk mencuba melakukan maksiat.Albib dapat merasakan keseronokkan manakala dia sekadar mendapat penat dan lelah di jalan dakwah.Namun,lain pula kata hati Albib.Dia terasa ditampar rasa kekesalan dan berasa insaf.Masing-masing pergi ke tempat yang lain pada hari itu.


Ajal dan maut di tangan Tuhan,berlaku gempa bumi.Kedua-duanya mati meninggalkan dunia.Ibu mereka dipanggil untuk mengecam mayat.Alangkah terkejutnya pabila melihat Albab dalam pelukan perempuan manakala Albib memeluk AlQuran.Tersedar akan kesilapan dirinya ketika itu.Dia selalu berdoa agar Albib menjadi anak yang baik.Tapi,lupa untuk mendoakan Albab untuk menjadi lebih baik.


Jangan cepat judge and hukum orang. The past in the past. Everyone has their own story. Kita datang daripada background yang berbeza.Ada yang lahir, hidupnya senang. Ada yang lahir, dalam kemiskinan dunia. Ada yang lahir sekitar biah solehah yang dijaga rapi. Ada yang lahir, mencari erti hidup,mengenal Islam. Hanya Allah yang tahu pengakhiran hidup seseorang. Mungkin hari ini dia pendosa,mungkin esok ahli syurga.Siapa kita nak tentu pahala dan dosa?Yang perlu dilakukan,mengejar mardhotillah bersama-sama. Bak kata PU Rahmat, ''Terang bukan serang..''


Kisah tu, rasanya korang pernah dengar dalam kelas Pendidikan Islam kat sekolah or mana-mana ceramah agama. I just wrote it back and modified a little bit. Tapi jalan ceritanya sama je. Don't worry.I hope you guys will enjoy this video by Mat Luthfi entitled 'Sebelah Sayap'. And, of course, ambil ibrah(pengajaran) from it. A self reminder to me and all of you.   :)


  ''Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan..'' -  Mat Luthfi

Saturday 18 October 2014

Surat Necklace



Pernah dapat tak Surat Necklace? Bukan yang macam gambar kat atas tu!  :p
Surat Necklace ialah satu mesej yang korang dapat, then korang kena forward kat orang lain pula. Quite annoying kot mesej macam tu! Buat habis kredit je.. -,-
Sama ada dapat via sms,Whatsapp or kat Facebook , etc.




Antara contohnya:-


Sepatutnya,gunalah untuk sampaikan maklumat. Contoh, cara untuk jimatkan duit topup yang SANGAT bernilai tu. Nak guna WiFi kolej, line macam siput. Kalau WiFi laju macam UniFI, COC je lah memanjang. Tak pun tengok movie/drama online. Dalam kumpulan kelas kau, untuk amali Kimia ada 5 orang. Harry,Ron,Hermione,Ginny & kau sendiri. Harry sms Ron,bagitahu yang kumpulan korang kena buat discussion pasal eksperimen 'titration' petang ni juga. AlMaklumlah, nak kena submit esok. Padahal dah sebulan lecturer tu bagi! Lol! Lepas tu,Ron forward pula kat Hermione.Then,so on.


Ni tak.

"There was a man named Columbus. He died in a car crash after a drunk man hit his car. SPREAD this message to 10 people if you don't want to see him standing beside your bed tonight waiting for justice!!"

Kau pun gabra tak tentu pasal. Tak sure nak forward atau tak. Kena istikhoroh atau tak. Ni SOAL antara HIDUP & MATI!!


Krik..Krik..Krik..

Kemon lah.Hentikan budaya ni.
Tapi, ok lagi.Sebab,orang Melayu tak percaya mana dengan hantu orang putih.Lagi minat ada lah! Macam Edward Cullen & Bella Swan. Zaman sekarang vampire dah ada fan club sendiri tau!!  :D

Then,jeng jeng jeng..

Ada pula yang nak 'Islamize' mesej berantai tu.Tak nak hentikan BUDAYA mengarut tu.
Katanya, "Ni adat istiadat kami! Sebelum ada iPhone lagi,adat mesej berantai ni ada.Jangan kau durhaka, Jebat!" Tu dia baq hang! Tetibe. Lulz!

"Pada suatu malam,penjaga kunci pintu Kaabah termimpi bertemu dengan Nabi. Baginda meninggalkan pesanan..SILA forward mesej ni kpd 10 orang dan lihat keajaiban yang akan berlaku selepas beberapa jam.Jika tidak,sesuatu akan berlaku."

Lepas tu siap bagi contoh kes-kes yang pernah berlaku. Memang kau tu graduan undang-undang pun.
Nak ingat subjek Sejarah Tingkatan 1 pun tak lepas.

"Seorang lelaki mengabaikan sms ini. Esok harinya,kucingnya mati."

"Seorang mak cik tua menghiraukan mesej ni.Pada malam itu,dia pengsan kerana asma."

-,-

Banyak lagi lah contoh-contoh mengarut yang lain. I'm pretty sure most of us had the experience receiving those annoying message.Tak ke dengan kita meng-forward mesej tu, sudah terang lagi bersuluh yang kita percaya BAHAWASANYA kalau tak sebarkan, kita akan ditimpa nasib malang. Or, kalau disebarkan you'll hit a jackpot! (murah rezeki  XD)
Ding ding ding ding ding!!!


If you guys can read this, means korang juga boleh baca sendiri buku-buku agama. Iye dok? Cuba try cari definisi perkataan 'Syirik'.



Trust me. Mesej tu saja orang buat untuk takut-takutkan yang lain.
Yang paling penting, buat habis kredit je!  Pfffttt..  -_-



Lebih baik sms girlfriend.
Astaghfirullah. Tu pun tak boleh..
Hmm..Bae,mohon clash.

Imaginasi Ku Meliar

“Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand.” - Albert Einstein




Dulu waktu kecil-kecil, takdenya layan Drama Korea.Ala-ala kisah cintan-cintun kat sekolah macam 'The Inheritors'. So,layan je lah apa yang ada kan?
Iaitu,Hindustan.

Kenapa?Tak percaya?  -,-
Daripada 'Kuch-Kuch Hota Hai' hingga ke 'Kal Ho Na Ho'.
Kihkihkih.. :p


Waktu darjah 3 atau darjah 4 kalau tak silap, aku ada crush dengan budak perempuan darjah 6. Anak kepada kawan ayahku. Dia matured sikit. Tak main kejar-kejar and tak kuat menangis macam budak perempuan yang sebaya dengan aku time tu! So,time tu aku ada kawan baik yg selalu lepak sama-sama,main bola sama-sama. Senang cerita, kitaorang geng rapat.Ikutkan cerita,mungkin sebab pengaruh filem Hindustan, aku pun fikirlah..

Which was:-


"KALAU suatu hari nanti, kawan aku tu, terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan keluarga dia.Then,parents dia dah takde.So,sebagai kawan baik dia,aku mesti bagi dia tinggal dengan aku.Ditakdirkan cerita,dia pun jumpa dengan crush aku yang selalu datang rumah.And then,both of them pun fell in love.Without knowing yg aku memang dah lama ada crush dengan budak perempuan tu. Dasar kawan makan kawan! So,aku pun marah lah.But,bila fikir 2,3 kali,perempuan tu deserves him because he is better.."
Kwang kwang kwang.  -The End-

Haha.Tak tahulah kenapa sampai macam tu jauh boleh difikir.Hmm..


Imaginasi ada bagusya.Membantu sel-sel otak berkembang. Sebab tu budak kecil, mudah percaya yang watak kartun dalam tv tu semua wujud!

Macam umur kita ni, imaginasi perlu time nak bayangkan proses osmosis, photosynthesis, and others phenomenon untuk biologi. Bayangkan macam mana kereta bertempur dengan momentum yang tinggi or objek yang jatuh free fall ke arah graviti. Or macam mana daya tarikan elektron dengan proton dalam atom! Yup. Above all this, semua tu perlu imaginasi.Tu kalau kita malas or tak tahu nak gunakan YouTube untuk belajar lah.Kan senang buka YouTube je nak tahu proses/fenomena sains tu. (tips daripada Lecturer Bio ku, Puan Aini)

Still,don't let the media gives big influence on you that much.

:D

Friday 17 October 2014

Basikal Kehidupan



''You only live once. But, once is enough if you do it right..''

Ya.Basikal.Memang, gambar kat atas tu beca. Bukan basikal. But, korang tahu tak yang beca tu is a modification from basikal, tambah sikit tempat duduk and tayar mesti ada tiga untuk imbangkan. Kalau tak, korang duduk je dah jatuh. Al maklumlah, memang berat badan ringan macam budak 5 tahun pun.





        ''Life is like balancing yourself on a bicycle. You have to keep cycling so that you will not fall''..
        


Yup. Keep moving forward. Dalam hidup, kita kena pandang ke hadapan. Terus mara. Memang. Kadang-kadang, perlu juga pandang ke belakang untuk lihat jejak-jejak yang kita tinggalkan. Look back in to the past to remind ourselves where do we belong to. Asal usul kita. Cacat cela kita yang dulu. Learn from it. And move on.
:')


Once Upon A Time..

                                                   Pada suatu ketika dahulu.....


Ceh! Klasik lah sangat. Straight to the point je lah. The reason why, I'm starting to blogging is to improve my writing skills. Plus, nak mengisi masa lapang. Yes. Sekarang tengah cuti sem. What to expect from this blog? Well, you'll see a lot of random stuff. Blog ni tak spesifik sangat on certain subject. Memang random. Well, basically, things about in life. Yeah I know. Cute kan gambar kat atas tu? hahaha.. Zaman darjah 4. Tu tengah shooting untuk video yang kena submit untuk program 'Kid Witness News'. Dari kecil lagi dah berlakon. Pffftt.. Mood perasan jap.  :p




That's me. The one who poses like a baseball player.Wearing Baju Melayu wih Songkok.
I am a Malay boy,live in Malaysia. So, for this blog, I'll be writing in Malay and English and who knew what kind of words that will croéss my mind whenever I feel like want to write about some RANDOM stuff.

Okay?
Okay.

Let 'okay' be our 'always'..   XD
That's so cliché!