Nuffnang Ads

Wednesday 12 November 2014

Ay-En-Gee



''Three words. Eight letters. Say it and I'm yours.'' - Blair Waldorf

Fullamak! Feeling cintan cintun pula hari ni.
Ngeh ngeh ngeh..
To those yang wondering, Blair tu watak fiksyen dalam drama tv ok.
Jangan nanti ada pula yang kata aku skandal dengan foreigner.  -_-
Lulz!  :p

*Abaikan semua tu.*

Hari ni kita bercakap tentang 3 huruf.
I - N - G
(Ay-En-Gee)

Rasanya ramai yang dah boleh teka.  :D

Yup.We're going to learn Continuous Tense.Also known as Progressive Tense.
Dalam kes ni,let's use term Continuous Tense sebab ramai cikgu Bahasa Inggeris kat sekolah yang guna istilah ni.

Ok.Continuous Tense terbahagi kepada 2.

1) Present Continuous Tense
2) Past Continuous Tense

Kita pergi kepada yang pertama. Which is quite confusing explanation dia.
Bear with me,people.Insha Allah.Semoga difahamkan.

Present Continuous Tense

- Membicarakan tentang perkara yang sedang berlaku.

Contoh ayat dalam Bahasa Melayu:-

''Haikal sedang memakan sarapan paginya.''


Ok.Sekarang kita translate kan ayat tu dalam Bahasa Inggeris.


''Haikal is eating his breakfast.''

Nampak tak?Biar saya cerakinkan ayat tadi.Fuh.Dah lama ta guna ayat Matematik ni!  XD

Haikal - Haikal

sedang memakan - is eating

sarapan paginya - his breakfast

Sekarang baru faham?Yes! Alhamdulillah.

Boleh je kalau nak tulis macam ni.

''Haikal eats his breakfast.''

Tapi,ayat tu too general.Umum.
Which actually means,

''Haikal makan sarapan paginya.''

Bila?Semalam ke?Sekarang ke?Atau esok?
Perkataan sedang tiada di situ.

Perkataan sedang yang kita maklum digunakan apabila hendak menyatakan sesuatu yang tengah berlaku.At the moment.Pada saat tu juga.

Formulanya,

Subject - verb to be - verb + -ing

Contoh: Harry Potter is reading his book.

Penjelasan: Subjek tu,benda yang dibincangkan. Verb to be adalah 'am,is,are'.Dalam ayat ni,verb to be yang digunakan adalah 'is'. Verb yang digunakan adalah 'read'. Tambah dengan -ing jadi reading.

Ini kerana,verb yang ada selepas verb to be(am,is,are),kena tambah -ing.

Penggunaan sedang dalam konteks Bahasa Ingeris di sini,boleh juga untuk menyatakan perkara yang sedang berlaku dalam masa terdekat.

Contoh,

''Einstein is studying really hard for his exams this weekend.''

Means,

''Einstein sedang belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaannya pada hujung minggu ini.''

Mungkin bukan pada saat ini.Tapi,tempoh sebelum hujung minggu tu,Eistein sedang duk pulun habis-habisan ni.Al-maklumlah.Musim SPM.  :0

- Membicarakan tentang masa hadapan


''Amirul Alimin is coming for lunch tomorrow.''

Dalam konteks ayat ni,kita tak boleh translate 'is coming' tu kepada 'sedang datang'.
No.Kita translate sebagai ''Amirul Alimin akan datang makan tengahari esok.''

Ada penanda perkara tu akan berlaku.Iaitu tomorrow.
Contoh lain,

Shah and I are not going to Midvalley this weekend.

*note: mesti ada yang tertanya-tanya.Perkataan 'not' di situ terletak di antara verb to be(are) dan verb.(go). Kena tambah -ing juga ek?

Yes.Cuba try recall balik pesanan penaja tadi.

''Ini kerana,verb yang ada selepas verb to be(am,is,are),kena tambah -ing.''

Hah.Dah ingat?Tak kisahlah ada pemisah ke,tembok cina ke antara verb to be dan verb tu.Asal ada verb je selepas verb to be, jangan lupa tambah -ing.Araso? :D

bersambung...

Thursday 6 November 2014

Don't Keliru



Noun itu kata nama.
Verb itu kata kerja.

Contoh untuk Noun:- house,cat,John,Katie,Comel,Tompok,ice-cream,etc..

Contoh untuk Verb:- walk,run,bought,looked,sang,fly,etc..

Ada 2 Hukum tense yang penting.

1) Past Tense

- Membicarakan tentang perkara yang TELAH berlalu.

2) Present Tense

- Membicarakan tentang yang SEDANG berlaku.


*HUKUM TENSE ITU UNTUK VERB*


Untuk Past Tense senang nak detect.Most of the words tambah '-ed.'
Verb yang tambah -ed tu dipanggil Regular Verb.(the verb follows typical pattern)
Contoh:

I walkEd to school.
She watchED the television.
He playED football.

BUT,ada some verbs yang tak tambah -'ed'
Verb tu TRANSFORM jadi lain.Macam 'Transformer' pula!   :p

Contoh:

I BOUGHT some clothes.
She RAN away.
Taylor Swift SANG a song.

Verb yang jadi macam 'Transformer' tu kena ingat lah.
Tak banyak pun. Ia dikenali sebagai irregular verb.(berlawanan dengan Regular Verb)


Untuk Present Tense yang ada KeKeLiRuAn!


Terbahagi kepada 2:-

1) Singular (satu)
2) Plural (lebih daripada satu)

Apa yang satu?Apa yang banyak?

Jawapan: Noun / kata nama

Contoh Singular Noun : He,She,It,Najwa,Liam,Flower,etc..

Contoh Plural Noun : They,We,Bags,Cars,Flowers,etc..


Untuk menentukan bilangan sesuatu perkara:-

Dalam Bahasa Melayu:-

Kalau satu,sebut sekali.Kalau banyak,sebut berganda.

Contoh:

Bunga = Bunga-bunga


Dalam Bahasa Inggeris:-

Kalau satu,eja biasa.Kalau banyak,tambah 'S'.

Contoh:

Flower = FlowerS


Nampak?  :0

Yang kelirunya dalam ayat Present Tense ni:-

He walk to school.

ATAU

He walks to school.

?????

They walks to school.

ATAU

They walk to school.

?????



Simple.
Kena tahu mana satu Singular Noun.Mana satu Plural Noun.
Singular maknanya satu.Plural maknanya banyak.

'He' kan Singular Noun.Satu.
Rasa SUNYI tak kalau kita hidup sorang-sorang??
Bagilah dia kawan.
Tambah 'S' pada verb tu.

He walks to school.

'They' kan Plural Noun.
Kalau tambah lagi kawan,mesti keadaan lagi bertambah bising.
Tak perlu tambah 'S' pada verb tu.

They walk to school.

TAPI,

'I' maksudnya saya.
'You' maksudnya kamu.

Saya ada satu je.Kamu pun satu.

Contoh:

I watch a movie.
You play the game.

KENAPA tak bagi dia kawan??
Kenapa tak tambah 'S' pada verb tu?

Simple.
Saya & Kamu special.
Oleh itu,kita berbeza.

Paling simple,ingat ayat ni:-

''I love you!''

BUKANNYA,

''I loveS you!''

Samalah juga:-

''You love me too?''

BUKANNYA,

''You loveS me too?''



Faham?Alhamdulillah.Jangan malu.Don't keliru.
>_<