Nuffnang Ads

Monday 23 February 2015

Blur




''Once kau blur,kadang-kadang akan munculnya penampakan muka nerd di wajahmu!''



Hahaha. Ayat tak boleh blah. >_<

Ni waktu minggu orientasi kat pusat asasi UIA atau pun lebih dikenali sebagai Centre of Foundation Studies(CFS). Kat sini kitaorang panggil Taaruf Week. Waktu ni lah kau rasa lain. Rasa macam dah matang sebab dah tak jadi budak sekolah dah. Waktu ni lah kau rasa dah senior daripada junior-junior hingusan di sekolah kau. Padahal,masuk-masuk situ,kau lah junior. -,- 

Minggu orientasi sangat penting walaupun bosan gila. Like seriously. Duduk dalam dewan. Dengar itu dengar ini. Briefing. Aku jenis yang tak boleh duk diam. Kalau pasif je,rasa mengantuk. Sebab tulah time Form 5,dalam kelas aku akan perlahankan kipas waktu pagi takut aku terlentok semasa cikgu mengajar kat depan. :0

Well,minggu orientasi ni sangat penting. Take note! Waktu ni lah akan diberitahu pasal dokumen-dokumen yang kau kena ada,nak cop tu lah,tandatangan tu lah. Dapat beg,baju batik,tali leher,etc.(produk keluaran tempat kau belajar). Kena pakai baju warna seragam lah. Just in case kalau kau sesat,senang fasi-fasi nak cari. Tak payah buat announcement! Lulz.

Kat sini,kitaorang kena amik banyak test. Seriously! Test Bahasa Arab(APT),Bahasa Inggeris(EPT),Tilawah & Fardhu Ain. Tu je kot. Ke ada lagi. Banyak kan? Haa. That's what makes us special. Hahaha. Masuk-masuk dah kena ujian. Untuk budak yang amik B.Arab time SPM,APT takde soalan-soalan nahu,ikrob bagai. Balaghoh pun takde. Just kena buat ayat,baca petikan,tulis karangan. Those yang takde basic B.Arab,anda dibenarkan untuk tulis nama then keluar dewan awal. Nak cuba jawab pun boleh juga. Saya suggest,time cutilah korng pergi belajar basic Arab ngan geng korang yang ada belajar.


EPT pula,tak sama macam SPM tau. Takdenya nak kena tulis karangan, 


''Write a story that starts with..'' 

No.No more narrative essay. Semuanya karangan fakta. Ada petikan.Baca dan jawab. And ada karangan yang paparkan bar graph or pie chart. Then kita kena ulas. Compare and contrast,etc. To be honest,tu korang boleh check soalan MUET or IELTS. Sebab format dia sama je. Untuk writing and reading lah.


Soalan Fardhu Ain dalam Bahasa Inggeris. Haaa. Yang Bahasa Melayu punya pun tak habis hadam lagi. Objektif semuanya.Pergilah tengok term-term yang berkait kat Google yer. Untuk Tilawah,revise balik hukum tajwid. Sebab nanti kau diminta untuk baca depan ustaz/ustazah. Diaorang nak dengar cara kau baca. Makhraj huruf,bertajwid atau tak.


And for your information,EPT and APT result do effect your year of study kat asasi. But,don't worry. I mean,nak cepat pergi mana? Seriously,bagi aku,EPT and APT ni sangat membantu improve aku punya bahasa. Bagi yang tak pernah belajar Bahasa Arab,time ni lah korang nak kenal keindahan Bahasa Syurga. Yer dok? EPT sangat bermanfaat. UIA kan English Speaking Campus. Dalam kelas subjek kos kau pun nanti,boleh kata most of the time,lecturer speaking BI je. Well,nanti dalam alam pekerjaan pun English ni still important. Kau tentu tak nak ketinggalan kan? So,belajar lah.Yang tak dapat BI A+ dalam SPM,time ni lah korang nak tebus balik.

And tolong sedar bahawa korang dah jadi mahasiswa & mahasiswi. Bukan lagi budak sekolah menengah. No more spoon-fed. Kena pandai urus masa untuk diri dan untuk study. Nak share satu quote. ''Better be late than being absent..'' 

Jangan ponteng kelas yer. Cukup beberapa kali,kau akan diharamkan untuk amik exam. Jangan kata tak bagi warning pula. Hahaha..

And yeah,tips berguna: Jadikan fasilitator sebagai kawan anda. Senang nak minta tolong,tanya itu ini,etc. Treat others like you want to be treated. Macam friends for benefits pula. Well,hidup biar berjasa,kan?


Thanks to the facilitators yang awesome menolong saya,Kamsahamnida! Owh yer. Buat lepasan SPM yang dapat asasi UIA,saya ucapkan selamat datang! Ahlan wa sahlan! Kalau ada sebarang soalan, jemput tanya di group Facebook ni: CFS IIUM 2016/2017

:D


P/S: Kat degree nanti,ada lagi minggu orientasi. Like seriously. >_<




                   Mood: Rindu CFS  T.T

Biasiswa & Temuduga


Bismillah.
Haa.As I promised before, aku akan tulis entry post mengenai 'Tips Biasiswa & Temuduga'.First of all,nak habaq mai kat hampa suma yang ni merupakan catatan yang aku tulis semasa aku menghadirkan diri ke Karnival Lepasan Sekolah pada 24 Januari 2015.Tips ni,aku dapat daripada Kak Hanan Binti Othman a.k.a HBO. 
Siapa dia?Haaa.Tu kerja hampa suma untuk pi Google naa.  ^_^


Tanpa membuang saat,minit dan jam,yuk kita mula!! Yuk follow!!  Hahahaha..

(spam kat Twitter aku je akaun tu.) >_<


Tentang Biasiswa:



Hohoho.Kata nak apply biasiswa?Demo tahu dok biasiswa tu mende? Kenal kan?Jangan jadi kura-kura dalam perahu eh.Pura-pura tak tahu konon. Ok. Simple word, biasiswa ni merupakan bantuan kewangan dalam pengajian. Means, ada orang tolong bayar kos pengajian kau kat univesiti nanti.



1) Kenali bidang apa yang diminati



Before that,benda pertama kau kena buat is to know yourself. Kenal pasti kau minat bidang apa? I know.I know.Maybe ada antara korang yang still celaru minda.Tak tahu nak pilih apa. Girlfriend kau nak amik kulinari kat UNITAR.Sebab tak rela berjauhan,kau pun berhijrah lah bersama dia.Huish. Belum belajar lagi,niat dah salah. PILIH kos berdasarkan minat dan kemampuan.Kemampuan as in kau boleh bawa ke tak subjek kos tu nanti. 



Kak Hanan ada pesan time karnival tu,



''Walau apa pun kita plan nak jadi,jangan lupa yang Allah tentukannya.Mohon kat Allah.Biar kita redha kalau Allah tentukan yang sebaliknya..''



2) Kenal pasti pilihan biasiswa



Secondly is, kenal pilihan biasiswa. Kau kena tahu biasiswa mana yang tawarkan kos yang kau minat, biasiswa mana yang full biasiswa.Kena tahu beza biasiswa dan pinjaman.Emangnya ada beda yaa? Yaa iya dong. Sekali kau amik pinjaman. Habis belajar datang surat cinta.Kau pun perasaan lah untuk nano-second. Ingatkan jiran sebelah ada crush ngan kau.Rupa-rupanya notis pembayaran balik pinjaman.

Kih kih kih kih.  :p


Kalau nak biasiswa,cari biasiswa.Bukannya pinjaman.Sebelum kau apply tu,baca dulu syarat-syarat & perjanjian yang tertera. Kau kena kerja ngan company tu lepas belajar ke, or time belajar tak dibenarkan kahwin ke,(jangan terkejut,ada certain biasiswa yang tetapkan perjanjian ni) or kalau pointer kau rendah,biasiswa tu kena tarik balik and etc.AND kau kena tahu bila tarikh buka untuk mohon and tarikh tutup mohon.



Ni aku sertakan senarai biasiswa: Scholarships in Malaysia

Tak pun kau Google je.Manfaatkan sikit internet tu.Bukan untuk online Twitter and Facebook je. -,-

3) Cuba je


Apply je.Tak kiralah biasiswa tu kata untuk lepasan SPM,syarat dia at least 8A or 9A. Kau cuma dapat 5A je.Or 6A or etc.Or untuk lepasan asasi or diploma,kata nak at least pointer 3.5 . Kau tu cuma 3.3 or 3.4 etc je.Cuba.Redah je! Belum cuba belum tahu.



Kak Hanan cakap,



''Kita tak tahu rezeki kita kat mana.Kalau tak try,tak dapatlah..''



Make sense kan.Dah kau yang tak apply.Jangan haraplah nak dapat biasiswa....

At least bila kita try,peluang tu ada. Probability istilah dalam Math Modern. :D
Ingat lagi kot istilah tu! Hohoho..



Okay.Tadi kita bercakap pasal biasiswa.Ni nak bercakap pasal temuduga pula.Basically,kalau korang nak apply biasiswa,there would be an interview.Temuduga.Yes.Tutup mulut yang ternganga tu,please.  :0



Apa kau ingat senang? Mohon online,then terus dapat?No,no,no,no.

Diaorang nak jumpa kau face to face.And THIS is where it begins.
Otak geliga je tak cukup.Kau kena ada rekod kokurikulum yang mantap.
Tahu.Bagi kau,tu pun senang kan?Tetibe nama kau tertera kat sijil yakni kau ada memegang jawatan etc dalam kelab or persatuan.Aku tahu taktik itu.Muaahahahahahaha...  >_<
Oh lupa satu benda.Kau kena ada communication skills yang bagus.


Jemput baca lebih lanjut di sini: Kurikulum vs Kokurikulum



Tentang Temuduga:



1) Persiapan awal



Berlatih bercakap dengan lancar.Be it in Malay atau Bahasa Inggeris.

Haaa..Did I hear some people kata, 


''No!!''



''Alah.BI lagi.Dah habis sekolah pun masih menyusahkan aku.Huhuhu..''



''Kawe lemoh bab speaking-speaking ni.''



''Tak tahu lah..''



''Tak pandai lah..''



''Nervous lah.Orang suruh aku jadi imam kat surau pun aku tolak.Nervous sesangat..''



Hmm..



''It's never too late to start.''



''Kita sebenarnya orang hebat.Kita lemah,sebab kita sendiri yang fikir kita lemah..''



- Kak Hanan



Dah tahu lemah bab bercakap,berlatih lah.Depan cermin ke,dengan kawan ke.Lemah Bahasa Inggeris?Belajar lah.Pergi kelas tuisyen ke,belajar ngan cikgu ke,internet ke.Demo speaking BI,tapi malu sebab ada bunyi Kelate?Doksoh malu.Dialect time speaking takpe.Asalkan orang faham.Pssstt..Ambo dulu sekoloh 3 tahun kat Pasir Puteh,Kelantan.Saranghae,Kelantan!!  :D




2) Cari soalan-soalan temuduga


Anda tahu apa itu Google?? Start gunakannya.  >_<



3) Banyak membaca isu semasa



Start reading.Hmm.Jangan kau gembira kata kononnya kau ni memang dah rajin membaca.I know.Tapi,komik Lawak Kampus or novel Melayu cintan cintun or majalah-majalah tu TAKKAN membantu kau langsung dalam temuduga nanti.KE ada temuduga yang tanya, 



''Siapakah penulis novel Ombak Rindu?''



''Why Bella Swan picked Edward Cullen over Jacob Black?''



''Siapa nama perempuan yang Nobita minat?''



Hahahaha.Kalau ada temuduga biasiswa yang tanya macam tu,tell me.So,aku boleh tulis tips on how to excel temuduga yang tu pula.Lol!  :p




4) Berlatih berhujah dengan yakin



Pernah tengok pertandingan debat tak?Ada tak some moment yang kau rasa pendebat tu point dia tak masuk akal langsung or hujah yang lemah? Tapi,tengok-tengok,pasukan dia menang.Kau pun berdendam lah dengan sekolah dia 7 Keturunan.Lol! Drama je lebih..



Rahsia dia, KEYAKINAN. Dia buat orang yakin.Therefore,orang dengan sewenang-wenangnya,( ceh,bajet ayat high standard Malay) terima hujah dia.Haa.Macam tu lah kau kena buat.Start practice.




Pada Hari Temuduga:-



1) Persiapan diri



- Tepati masa.(Datang awal)

- Jangan salah tempat.( Jangan kau pergi warung depan selekoh jalan tu pula)
- Berpakaian kemas & professional 


Oh.Ada soalan eh?



''Perempuan kena pakai blazer and seluar panjang ala-ala Tiz Zaqyah dalam citer 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' ke? Macam baju modern pekerja wanita di office?''



Tak,awak.Awak tahu tak yang awak tak perlu pakai macam tu.Pakai baju kurung je dah cukup.Menutup aurat dengan sempurna for Muslimah.Non-Muslim cukup baju kurung je.

Baju kurung is pakaian yang kau kena pakai bila nak interview.(for girls)
Awak nampak cantik and kemas.  :)


For boys,haa.Jangan kau pakai seluar jeans biru lusuh(bajet band Indie) and baju 'I AM ....'

Dulu kat sekolah,cikgu suruh pakai name tag tak nak.Dah habis sekolah,sibuk nak 'I AM..'' bagai.Hahaha.Gurau saja.


Korang pakai baju kemeja.Lengan pendek or lengan panjang.Both accepted.Unless,ada dinyata kena pakai yang mana satu.Jangan pakai JEANS!! Pakai seluar slack.Basically,korrang kena nampak macam pekerja kat syarikat korporat macam dalam tv tu.Kasi poyo sikit hari temuduga tu.Hahahaha..  :p


                                             



2) Persiapan dokumen



- Borang-borang permohonan

- Sijil-sijil persekolahan(Weyh,jangan bawa sijil tadika kau and sijil sekolah rendah tu.Dah expired.Sijil sekolah menengah je yang ditengok nanti)
- Salinan kad pengenalan( pastikan bawa yang asal & salinan)
- etc..(based on apa yang dinyatakan)



3) Persiapan mental



- Senyum ( Jangan kau buat muka masam je.Sekali dia tengah tension,peergghh! Senyum lebih-lebih or buat muka menggatal pun tak boleh gak.Moderate je.Senyum ikhlas)

- Tenang & yakin diri
- Pemikiran kritis & kreatif
- Suara yang jelas( Nama pun interview.Mestilah nanti kau kena jawab banyak soalan.Jangan nak malu-malu kucing sangat lah..)



Alright.Alhamdulillah.Dah selesai satu bahagian.Ada lagi tau nanti sambungan pasal 'Jenis Temuduga' pula.Malas nak tulis sekali.Tulis pasal Biasiswa & Temuduga ni pun dah panjang macam surat berantai.Thanks bagi yang sudi baca blog ini.Harap bermanfaat.Maaf atas salah & silap.Bahasa yang digunakan sengaja digunakan kerana target pembaca saya ialah para remaja.So,guna bahasa kita je lah.Kan?Ceh,bajet 18 tahun lagi aku ni.Hahaha.. >_<



P/S: Most of the points tu,tips yang Kak Hanan bagi.Aku just elaborate supaya korang faham.And bolehlah korang invite rakan-rakan,jiran tetangga(yang bersekolah) untuk ziarah blog ni untuk baca.Harap bermanfaat.Segala komen dan cadangan digalakkan.




Ni gambar Kumpulan K1 time Karnival Lepasan Sekolah kat Masjid Wilayah Kuala Lumpur tu.With our facilitator yang awesome,abang Eqhwan! Hahaha.Abang aku jadi fasi.Terkejut nampak adik dia datang.

Thursday 19 February 2015

Jeritan Gentar


"Shouting while standing in the crowd is nothing.To stand alone and say what's on your mind is definitely something.."

You've got to learn how to give some respects to those who have guts in voicing out their opinions. Even though you're not in the same page as them,it's alright because it's not even a crime to disagree. Dulu waktu zaman sekolah rendah,aku ni jenis yang nervous giler.Introvert gitu.Tak caya?Hahaha.Siyes.Dulu nak tanya nama orang pun pemalu.Sopan giler.Bila masuk pertandingan Choral Speaking waktu darjah 5,pernah 2 kali rasa nak pitam atas pentas.Ada rama-rama mana entah,yang sesat dalam perut.Tak mau keluar. >_<

Alhamdulillah.
All those choral speaking,story telling,nasyid,singing,choir,debating,acting,etc had helped me in building up my confidence level.Bila kau dah besar lah,baru sedar faedah-faedah masuk kelab,persatuan,badan uniform & segala competition bagai tu.Waktu ada aktiviti kokurikulum petang-petang,tak mau pergi,nak ponteng lah.Iyer dok?Hahaha.  :p
Kat universiti nanti kau akan rasa pentingnya masuk kelab,persatuan & competition sume tu.

Firstly,sebab nak cukupkan markah kokurikulum untuk apply masuk U.Second,sebab kau perlu skills time nak buat presentation kat depan kelas.Lagi banyak kot! Siap kena buat slideshow guna Powerpoint lagi.Peerrghhh! Memang nganga luas-luas lah.Bila ke depan je,kau diam seribu bahasa.Kononnya kau budak paling alim dalam kelas.Tak banyak cakap.Cakap bila perlu je.Tu yang bila present kau ''Krik..Krik..'' je. Tapi,bila tengok balik rakaman CCTV(kalau ada),time lecturer mengajar,kau lah budak yang sembang kat belakang.Al-maklumlah,nak try buat part-time jadi juruhebah kat MyDin Mall..Then,kau pun tanpa segan silu guna Plan B.

......Which is baca je apa yang tertera kat slide sambil pandang muka audiences dengan perasaan malu tu.Bagi kau,tu lah cara nak present. T.T

Sekian.

Tuesday 17 February 2015

How to Do Well in Job Interview?

              

Last Friday,(13th February 2015) I had attended to an industrial talk.It was compulsory for all students of Kulliyah of Languages & Management.So,this is the summary of it:-  

         The talk mainly focuses on how to excel during jobs interview for young graduates. The first thing that the speaker told us was to set our goal in our mind about the things that we want to achieve, when we apply for a job. Our appearance on the big day has to be perfect. Like they said, first impression is everything. For examples, the way we walk in to the room, the way we dress, the way we smile and greet the interviewer, all those things are important for us in order to give a great impression in the interview.

Other than that, we were also had been told that communication is very important in getting a good job. Having a great communication skills is a bonus for us. Something that will make us stand out among other candidates that will apply for the same job as us. We must be prepared for all sort of questions whether it is about our personal life or it may be about the current issue. That is why we need to read a lot in order to gain more knowledge. Doing some research about the company that we apply for, will actually give some benefits to us. We need to know about the job task for the position that we apply for.

         Last but not least, as a student we need to perform well when are still studying in university. Our academic performance is priority number one. The highest CGPA will be considered as something great that can be highlighted in our resume. Despite our academic performance, we cannot neglect our curricular activities like joining a club or society. It is also a vital component for it can train our leadership skills and soft skills that are needed in the future. It is because, nowadays those companies that want to hire people do not want a person who is just a book wise. All young graduates need to be equipped with knowledge and communication skills that they can get throughout their studies period in university. As a conclusion, we need to prepare ourselves from now with knowledge and soft skills for getting a better future.



Info about the speaker of the Industrial Talk:



Name: Rohizat Baharum

Occupation: Director of Human Resources at Convex Malaysia Sdn Bhd

Thursday 12 February 2015

Kurikulum Vs Kokurikulum


Haaa.Hari ni kita bicara tentang topik ni pula.Takyah formal-formal.Just biasa-biasa 'Lu Gua Lu Gua..'' Hahaha.Malas nak tulis formal-formal.Rasa macam tulis surat kat menteri pula nanti.Okay,okay.Belum mula lagi aku dah mula melalut.Sorry.Hari ni aku nak bawa korang balik ke zaman sekolah aku.Balik semula ke,

''Hari Koperasi & Mock-Interview.''

It was a blast! The food was so delicious like seriously.Time ni lah nak rambang mata tengok Nasi Ayam, Coconut Shake,Aiskrim Goreng,etc.Perrrggghhh!! Shopping sakan.Lol.Jalan-jalan cari makan.Mengemukkan diri seketika.  :D

Interview.Main-main je.Simulasi.Cikgu-cikgu nak latih kitaorang(budak-budak Form 5),
agar well-prepared bila kena interview.Interview untuk biasiswa,interview untuk masuk ipta,(kalau ada),interview untuk belajar oversea,etc.It was a good effort actually.Bagi improve our communication skills.Cause nowadays,orang cari students NOT only
with knowledge,they also want students who have soft skills.Kemahiran.Especially,kemahiran berkomunikasi.NOT a robot.
Nampak tak gambaran tu?Hmm.Macam ni lah.Lihat situasi berikut:-

Ada 2 calon yang datang temuduga biasiswa.(tak kiralah biasiswa apa pun)

Calon A & B.Mereka ada satu persamaan.Dua-dua result exam gempak! Perrghh! Jenis yang otak geligaa! Daripada tadika lagi dah straight As! Hahaha.Hiperbola terlebih pula aku bagi.Well,you get the point.So,calon A pergi dulu untuk temuduga.It went well.Dia pandai present diri dia depan interviewer. Tak malu-malu kucing.Berkeyakinan tinggi.THEN,tiba pula giliran si B.Dia masuk.Belum duduk lagi,dah mula gabra.Takut tak dapat.Nervous dengan soalan-soalan yang bakal ditanya.Dia lebih rela jawab soalan AddMath seumur hidup daripada jawab soalan-soalan interviewer tu.Hahahaha. XD

I guess,korang dah nampak point yang aku cuba bawa.Agak-agak siapa ada peluang tinggi untuk dapat biasiswa tu?  :)

Back to 'Hari Koperasi & Interview'.
We appreciated the program(mock-interview) that our school had organised on that day.Yup.Patutlah dalam kelas cikgu-cikgu RAJIN sangat suruh kita buat presentation, baca kat depan,pembentangan,etc.Yang tak angkat tangan lah yang selalu kena panggil ke hadapan.Tak pun yang pura-pura kira pasir kat lantai.Hihihi.Dah masuk IPTA baru nampak hikmah di sebalik semua tu.Kat IPTA nanti,korang kena buat banyak presentation.Tak kira lah kos pure science or social science(kos bukan sains).Haaa.Bukan kat IPTA je.Matrikulasi a.k.a matrik,asasi,Form 6 etc.Pokoknya,pengajian selepas Form 5.Even sebelum tu pun memang dah ada presentation.Cuma tak sekerap mana.Kat sinilah nanti kau kena ada KESABARAN yang cukup tinggi bila berdepan dengan ahli group yang banyak kerenah.Ada yang time nak buat kerja kumpulan,dia tak datang.Time hari presentationn je datang.Ada yang buat 10% je.Ada yang berlainan pendapat.Benda-benda macam tu nanti korang akan hadapi.Excited nak hadapi sume tu??Haaaa.Tunggu je lah nanti.  T.T

So,to all students yang masih bersekolah,yes,you.
Bila kena bentang tu,just do it.It helps to build your confidence level.Masuk persatuan & kelab masa zaman sekolah actually untuk train you guys how to handle being in an organisation.Macam mana nak kerja dgn orang lain,etc.Bukan just nak kumpul markah kokurikulum je.Well,like I said,bila kitaorang masuk uni,baru tahu about those howS and whyS. Betul lah kata pepatah Melayu. ''Sudah terantuk baru terngadah..''

Sekian sahaja daripada saya.(Ceh formal sikit)
Insha Allah,post seterusnya,akan aku share TIPS mengenai Biasiswa & Temuduga yang aku dapat daripada Kak Hanan Binti Othman (HBO) sewaktu aku join 'Karnival Lepasan Sekolah' di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada 24 Januari yang lalu.Nantikan!  :D


Saturday 7 February 2015

Aku Budak Bahasa


              My first day of class for Intro to Linguistics was scary at first.And not to forget exciting.I was trying to guess who would be our lecturer for this course and what would she look like.The '5W 1H' questions hit me so hard.Okay.I just used hyperbolic there. Hehehe. Anyway,''To the class I go!''. Coming to class at 8.30 something.My day was kinda bad at first,starting with the shuttle bus that came late to pick us up.Errgh.Then,the morning just got worse when I could not find my class! Like seriously? ''This cannot be happening right now!'' I murmured.Thanks to technology, Samsung Mobile to be precised, I called one of my classmates,Lisa.Thank goodness,she picked up the phone!

              Alhamdulillah, the lecturer was not there yet.Well,like they said, ''First impression is everything!'' So, I managed to come to the class before her.Sitting at the staircase and chatting with my other classmates, Kirin and Aini. We were talking about SLEU. The tuition program in UIA. Kirin told me that she would be taking Korean for this semester under SLEU! I was so jealous that she already signed up for that. Anyway, I could not sign up yet since I did not know which one to pick and just in time we were going to change the topic of our conversation, a lady came.Well, all of us could guess that it was our lecturer since she came and stood in front of door while trying to open the door with the keys in her hand.So,here's what happened in class.

               She introduced herself first and then she started to ask something about us.We called her Madam Lili Suriani. After that,she began to explain about the course before she began ask us these questions. ''Why English?'' ''Why International?'' ''Why Communication?'' If this was a movie,there should be a cricket sound to break the silence by then since all of us found it hard to give her answers.Later on,she began to give some advice and tell us things that we need to do.So,this were the words that came out from her mouth that I managed to jot down. We need to read a lot since we would be doing a simple research for this semester.We were prohibited to come late to the class and there should be no phone on the desk while she was teaching.She preferred us to give 'Salam' and loved her students to ask questions in class.She also did mentioned that her class would not be a one way learning process.It would be two way learning process.The students were encouraged to express their thoughts in class because actually linguistics could be scary or fun based on how we think of it.

               The moment she said, ''Why are you learning this subject?I don't want you to learn the subject because it's a subject.'' I was startled.She let us asked ourselves this, ''Why do I need to learn the subject?'' It was a rhetorical question since we could not answer her question at that moment because we were astonished by her words.''Let's spend the morning by sharing knowledge.'' ''Today,what kind of knowledge that I would gain?'' She said that we have to look at things at all views. ''When you do a certain program/course, you have to know your destination. She gave an analogy about cars in highway. After that, she taught us about language skills.The four main component; writing,reading,speaking and listening.The conclusion on the 'Nasi Lemak' analogy, ''You have to think while communicating.The communication has to be thoughtful. We have to practice.Language is a tool to communicate.''

               Before she gave the definition of the word Linguistics,I was thinking that my course was not as famous as those science courses like Medic and Engineering.''Linguistics is a scientifically study of a language.Language is a social science.Look at yourselves as a scientist in class! Don't underestimate yourselves!'' Upon hearing that,I knew that I had chosen the right course for myself.Linguistics is very complex.To find knowledge,she told us not to be secular. ''Don't say that I did this...I did that..Say,Alhamdulillah.Allah has granted me knowledge to do this.'' Because,language is Allah's secret after all. If you have language skills,you are blessed.Say Alhamdulilah. Languages help people to survive.Languages are formed by words,sentences,sound and symbols.It involves people,the way of thinking,society and environment.

               I think, I mumbled to much. Hehehe. My bad.Well,usually when I have to present in front of the class,most of my classmates would warn me if I have exceeded the time given.Alright then.That's all from me.May the odds be ever in our favour..
Assalamualaikum.

Terbang Jauh



Dulu ada seorang budak.
Dia ingin terbang.Terbang ke negara orang. 
Kerna dia rasa dia bisa terbang.Belajar di negara orang. 
Keputusan peperiksaanya tidaklah cemerlang. Hanya biasa-biasa aja.
Cuma dia layak mohon terbang.Belajar kos biasa-biasa di negara orang. 

Teman-temannya ramai yang terbang. 
Ramai juga yang di sini saja. 
Senior-seniornya ramai yang terbang. 
Ramai juga yang di sini saja. 
Mungkin sebab itu dia mahu terbang. 

Ditakdirkan Sang Ilahi, 
Suatu hari dia bertanya kepada si senior.
Haruskah aku terbang?Atau di sini saja? 
Jawab seniornya,Mengapa kamu mahu terbang? 

Terdiam seketika.Itulah jawapannya. 
Belum lagi terbang,niatnya sudah salah. 
Melihat orang terbang dia mahu terbang. 
Bukannya terbang mencari ilmu yang sah. 

Kini dia sedar.Hatinya terbuka. 
Di sini juga cukup.Tidak perlu terbang. 
Malah mereka dari sana terbang ke sini. 
Di sini.Taman Ilmu & Budi. 

Siapa budak itu? Budak itu ialah aku suatu ketika dahulu. 

#uiam #iium #cfsiium #local #spm #spm2012 #spm2014 #tajdidniat


                          
                                             
                          ''Aku ingin terbang.Terbang membawa diri.
                          Lari dari kerosakan jiwa yang membelenggu..''
                                            - Akh Sobri Ismail

Tibanya Aku di Menara Gading


         Alhamdulillah. Rasa macam dah tua berumur sangat. Rasa macam baru semalam amik UPSR. Rasa macam baru semalam habis SPM. Pejam celik pejam celik di sini sudah. Alhamdulillah. I'm so grateful sebab my parents are supporting and encouraging me in chasing my dreams in things that I love since I was a kid.Languages. Yup.Aku budak linguistic. Diaorang takde pemikiran common masyarakat yang mengejar title Doctor or Engineer untuk anak mereka.Thanks!

Ni yang tak minat,akan terumbang ambing dengan jenuh peritnya kos sains tersebut.Kalau memang minat takpe. Bak kata pensyarah ku di kampus asasi dahulu, subjek Religions in Malaysia, Madam Adila.

"Not everyone are meant to be a doctor.."

Kepada pelajar lepasan SPM,take your time to figure out things that you love and know yourselves.By the way,ceq rekomen korang duduk sama-sama dengan parents korang,tengok citer '3 Idiots' lakonan Aamir Khan.That's what I did.Alhamdulillah.
They understood.Insha Allah,gonna spend 4 years studying at here.Fighting! ^_^


''Kau takkan sempurna di mata orang.Kejarlah cita-cita mu.Bukan cita-cita mereka..''
- Khairul Furqon

#newjourney #life #tawe #taarufweek #decision #smkani #cfsiium