Nuffnang Ads

Monday 28 September 2015

Belajar Sampai Jadi Pakar


Alhamdulillah pada tarikh 28 September 2015, kami diberi kesempatan untuk mendengar perkongsian daripada Dr. Zulkifli Hassan, pensyarah dari fakulti Undang-undang & Syariah di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) di Malam Tautan PPINS(Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan). Tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan bagaimana seseorang itu boleh menjadi pakar dalam bidang yang diambilnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk menjadi pakar,kita kena ada semangat yang tinggi untuk menjadi yang terbaik. To be the best among the best. Kena ada semangat dan cita-cita untuk berusaha mendapat pengiktirafan bertaraf dunia dalam bidang akademik. And before that,kita kena decide untuk menjadi ilmuwan/intellectual yang bagaimana. Kena ada perbezaan that will help us to show our individuality. Our uniqueness to be exact. Dr. Zukifli ada menyebut tentang Nobel Prize(anugerah berprestij bertaraf dunia) Persoalan yang diutarakan kepada kami yang hadir, ''Berapa ramai orang Islam yang mendapat anugerah Nobel?'' Kami semua terdiam sebentar. Cuba memberikan angka. Beliau memberitahu kami bahawa institusi barat yang terkenal seperti Universiti Oxford, Universiti Cambridge dan MIT telah mengeluarkan puluhan pemenang anugerah Nobel. Jawapan kepada soalan beliau sebelum itu menimbulkan sedikit rasa sedih dan kami tahu soalannya itu bertujuan untuk memupuk lagi semangat kami yang rata-ratanya masih lagi bergelar sebagai mahasiswa untuk belajar bersungguh-sungguh dan cuba untuk menjadi pakar pada suatu hari nanti. Menjadi intellectual person dalam bidang masing-masing.

Kami dikejutkan lagi apabila dia menyatakan tentang bajet yang diperuntukkan oleh negara Israel mengikut turutan: pendidikan, research & development serta startup company.

Untuk menjadi pakar, kita kena ikut 3 langkah:

1) Kuasai ilmu dalam bidang yang kita ceburi. (discipline of knowledge)
2) Berhikmah dalam menggunakannya. (wisdom)
3) Punya semangat atau keghairahan yang tinggi terhadap ilmu itu. (passion)


''Science is organised knowledge. Wisdom is organised life.'' - Immanuel Kant

Mungkin ada di antara kita yang sering bertanya tentang cara bagaimana untuk memupuk minat dalam sesuatu perkara terutamanya dalam bidang yang sedang kita ceburi. Dalam konteks pelajar, kos yang sedang kita ambil di universiti. Untuk kita develop minat/passion, kita perlu,

1) Cari ikon untuk dicontohi. (orang yang memberi inspirasi dalam bidang kita)
2) Betulkan worldview kita. (niat belajar untuk apa)
3) Berada dalam kelompok/circle yang boleh mendorong kita ke arah menguasai bidang ilmu itu.

Untuk tahu minat kita apa, perlulah tengok pada apa yang kita suka buat atau kelebihan kita seperti, menulis, membuat video, berdebat and etc. Kalau kita minat, hasilnya akan jadi luar biasa. Kalau kita kita biasa-biasa sahaja, hasilnya akan jadi biasa. Tipikal.

Environment factor plays an important role. Ini kerana, suasana sekeliling boleh mempengaruhi cara kita berfikir, cara kita berakhlak dan lain-lain. Circle kita perlu ada orang yang membantu kita untuk menggarap bakat kita. Namun ini sepatutnya tidak menghalang kita untuk bergaul dengan orang yang berada dalam kelompok yang lain. Ilmu yang kita ada bukan milik mutlak kita. Justeru itu, kita kena berkongsi ilmu dengan orang lain.

Pesan beliau kepada kami sebelum mengakhirkan perkongsian itu adalah agar kami gunakan sebaik-baiknya masa yang kami ada sebagai pelajar kerana nanti apabila telah masuk alam pekerjaan dan alam perkahwinan, masa luang yang ada itu akan berkurang kerana komitmen yang banyak.

Untuk mereka yang ingin mengenali Dr.Zulkifli Hassan, bolehlah singgah di blog beliau.

P/S: Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan kerana menjemput beliau ke program Malam Tautan dan memilih tajuk yang sesuai untuk didiskusikan.

Thursday 17 September 2015

Ikhwah before Akhawat


Well,entahlah. Ni gambar bertarikhkan 15 September 2015. Selesai sahaja habis program talk Kickstart Your Campus anjuran PEMBINA UIAM. Aku rasa something.

Bila berkumpul dengan diaorang ni,rasa best. Rasa macam jumpa geng-geng lama. Macam jumpa kawan-kawan sekolah rendah. Ada masanya rasa begitu akrab.

Kata orang,Brotherhood. Yeah. Mungkin itu yang aku rasa. To be honest,there are a lot of differences between acquaintances and friends. Beza antara kenalan dan juga kawan. Cuma kita kot yang terlalu peramah or polite,panggil semua yang kita kenal itu kawan.

Kenalan is more like,kau jumpa seorang ni di jalanan,I mean like jalan on the way nak ke kelas ke,time kau nak ke kafe ke,etc. Kau terserempak dengan someone yang kau kenal from somewhere. Be it time jumpa kat talk,or ambil kelas subjek requirement university sama-sama,etc. Most of them,biasanya just ada mutual friend dengan kau. Member dia,member kau. So,kau cuma;

''Hi.Bye.''

Not necessarily using only that line. Ada juga dialog yang lain. Cuma pattern tu asyik berulang tiap kali jumpa those yang bergelar kenalan. Tu je dialog yang kau akan guna. Takpun just senyum.... then kau blah.

Tapi,kawan ni lain. Lain sangat. Kau bukan sekadar Hi & Bye, tapi lebih daripada itu. Siap boleh sembang lama,and tak terikat dengan mana-mana pattern pun percakapan kau. Mesti ada je modal nak sembang. And siap boleh 'menganjing' lagi.LoL. :p

*depends pada type of group*

Mereka ni kawan aku. Daripada kenalan,jadi kawan. Daripada program iftar ramai-ramai,jadi makan di kafe ramai-ramai. Daripada awkward,jadi downward. LoL. Saje je nak kasi ada rhyme. Hahaha..

They have been supporting and lifting each other up rather than be someone who stands on the bleachers screaming and yelling while letting one's win. Nope. Itu bukan mereka. Kat sini,semua orang menang. Semua orang jadi hero. There's no side-kick.I'm nobody's Robin. Masing-masing ada spotlight dan masa untuk bersinar..

Ceh. Macam masuk The Voice pula...

Bersinar as in kitaorang boleh suarakan pendapat masing-masing, Tak perlu tengok siapa yang ada autoriti,bersuara. Yang takde,dengar je. No,no and no. Banyak yang aku belajar and dapat dekat sini. Well,selain starpoint(markah koko or something),aku dapat asah bakat especially sifat kepimpinan and dapat banyak ilmu baru thanks to those talks yang diaorang selalu anjurkan tu.

As the saying goes, 

''Tak kenal maka Taaruf.''

... and so I did.

Yup. There have been numerous people that have a bad perception or have heard some rumours towards this society. But hey,is it easy for you to be influenced by what people say rather than jumping inside the mud to search for the dirt yourselves?

Aku jumpa banyak ragam manusia. Ada yang lawak,yang lawak syok sendiri pun ada. Teringat satu senior ni,selalu usik aku dengan kasut kuning.LoL.  -_-

Tapi dia cool.Senang nak approach sebab senior dengan junior takde borders. No level. Ada lah level. Tu pun dalam student portal tunjuk level studies kau dah berapa. Tu je. Takdenya nak kena level sama baru boleh hangout together. LoL,ada lagi ke orang yang narrow minded fikir macam tu?

Banyak program yang diaorang buat. Especially talks a.k.a ceramah. Which is my favourite. Sebab,usually talk diadakan pada waktu malam and it only takes about 2 hours je. Yelah. Siang busy dengan kelas. Balik petang. So,malam yang baru free. Oh yeah,bukan talk je. Banyak lagi. Macam bengkel kemahiran like belajar cara photoshop etc,and program kemanusiaan,jadi fasi ke etc,and oh yeah. Jaulah. Field trip. Macam last long sem,trip to Terengganu.Best kot. Dan banyak lagilah like usroh,iftar,riadah,etc. Nak tulis panjang sangat. Forget to mention one thing,usroh dia asing. Means,usroh lelaki,lelaki je ahli dia.Usroh perempuan,perempuan je ahli dia.

                                                  Kenangan Jaulah ke Terengganu

Kalau aku diminta untuk describe it in 1 word apa yang aku dapat di sini,aku akan jawab, Ukhuwah. Bak kata abang Azriq, merangkap bekas Presiden PEMBINA UIAM.

''Iman kita sentiasa naik dan turun. Kita perlu nasihat-menasihati.Bantu membantu. Ukhuwah yang dibina bukan atas dasar keseronokkan. Tapi,dibina atas dasar hidup dan mati.'' (12 Februari 2015)



And sorry kalau ada buat salah and silap. Be it sengaja ataupun tak.Miyane..  n_n