Nuffnang Ads

Monday 4 July 2016

Cerpen: Tangisan Syawal



INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJIUN

Pagi:

Ibu Ammar sedang siapkan sarapan pagi. Nasi goreng. Masakan kegemaran anak-anaknya. Disuruhnya dia agar anak-anaknya pergi mandi. Masing-masing liat untuk bangun. Hari minggu. Kepenatan bersekolah selama 5 hari. Mereka masih dalam mood cuti beraya. Seperti biasa,anak sulungnya,Ammar,telah lama bangun. Pada kebiasaannya dia akan membaca buku. Tabiat baru yang Ammar sendiri cuba pupuk dalam cuti semesternya itu.

"Ibu,masak apa?" tanya Lisa.

"Nasi goreng. Dah,pergi mandi. Kejutkan semua orang. Haish. Lepas subuh,tak baik tidur balik tau. Tu lah,tengok lagi Runningman sampai lewat malam.." leter ibunya.

Lisa kemudiannya pergi mandi dan setelah itu,dia pergi kejutkan yang lain.

"Semua dah bangun?" tanya ibunya.

"Dah. Diaorang tengah berebut nak mandi."

"Dah panggil abang Ammar?" soal ibunya

"Belum. Alah,takpe. Dia kan selalu bangun awal. Tengah baca buku lah tu."

Benar. Semua orang tahu,Ammar akan bangun awal dan akan baca buku untuk isi masanya. Tabiatnya itu bermula sejak bulan Ramadhan yang lepas. Setelah 45 minit,semua ahli keluarga Puan Habsah duduk di meja makan. Bersedia untuk bersarapan.

"Eh? Mana Ammar? Makan pun nak kena panggil?? Pergi panggil abang kamu tu,Lisa.." perintah Encik Hariz.

"Ish. Asyik-asyik Kakak je yang kena.. Kakak dah basuh tangan dah tadi. Suruhlah Haikal. Dia makan guna sudu." rungut anak kecil berusia 10 tahun itu.

"Takpe-takpe. Biar ibu panggil." kata Puan Habsah.

Dia berjalan menaiki tangga. Menuju ke bilik anaknya itu. Sampai sahaja di situ,dia mengetuk pintu bilik anaknya. Tanda menghormati privasi anak bujangnya itu. Tidak dibuka. Diberi salam juga tidak dijawab.

"Solat Dhuha kot." fikir dirinya.

Dia menunggu selama 5 minit. Masih juga tidak dibuka. Hatinya berasa tidak menentu. Dia membuat keputusan untuk membuka pintu bilik Ammar. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Ammar sedang terlantar di atas lantai.

"Ya,Allah!! Ammar!" jeritnya. Dia berasa panik.

Ammar sedang tercungap-cungap. Sesak nafas.

"Abang,Ammar!! Ammar!!" teriakkannya membuatkan ahli keluarganya yang lain bergegas ke atas.

"Ammar!!" Encik Haris terkejut.

"Hafiz,pergi start enjin kereta ayah,cepat!"

Tengahari:

Mereka semua menunggu di ruangan menunggu. Ammar dimasukkan ke unit rawatan rapi.(ICU) Telefon Puan Habsah berbunyi dari tadi. Mesej Whatsapp daripada adik-beradiknya, iaitu pak cik-pak cik dan mak cik- mak cik Ammar.

"Ammar macam mana,Kak?"

"Akak,bawa bersabar tau."

"Kak Long,kena kuat."

"Adik doakan Ammar ok."

"Akak,petang nanti Angah dengan saya naik flight ke sana. Hospital apa,Kak? Queen Elizabeth kan? Nanti bila kitaorang mendarat dekat airport KK(Kota Kinabalu),kitaorang naik teksi ke hospital.''

Itulah mesej yang dihantar oleh adik-beradiknya. Prihatin. Puan Habsah tidak mampu membalas. Dia tidak terkata. Fikirannya penuh dengan kebimbangan dan rasa gelisah.

"Puan Habsah dan Encik Haris." panggil seorang doktor.

Dia terus pergi ke arah doktor itu.

"Ya,doktor. Saya ibu kepada Ammar."

"Suami Puan di mana?"

"Dia pergi telefon sedara mara sekejap." jelas Puan Habsah.

Dia kemudiannya pergi mengikut doktor itu ke sebuah bilik.

"Anak puan sekarang masih belum sedar. Kami terus pakaikan dia topeng oksigen sewaktu dia masuk ke ICU." Doktor Ain cuba menjelaskan keadaan Ammar.

"Maaf kalau soalan saya menyinggung hati puan. Boleh saya tahu,Ammar perokok ke?"

"Tak! Saya kenal sangat dengan anak sulung saya tu,doktor. Dia tak pernah merokok seumur hidup dia. Dia jenis yang tak selalu keluar rumah. Tak merungut. Saya memang melarang anak-anak saya merokok."

"Suami puan?"

"Dulu sewaktu Ammar masih berumur 5 tahun,suami saya seorang perokok. Tapi,lepas Hafiz lahir,anak kedua saya dia terus berhenti." Puan Habsah memberi keterangan.

Doktor Ain mengangguk kepala.

"Menurut medical history Ammar berdasarkan apa yang Puan tulis di borang ni,Ammar pernah menghidapi asma sewaktu kecil. Betul?"

"Betul. Dia alergic dengan bulu kucing. Lepas beberapa tahun,dia dah ok. Kami membela kucing hingga sekarang. Dia tiada masalah pernafasan dah."

Doktor Ain keliru. Dia cuba merungkai teka-teki yang ada itu. Kerana menurut diagnosis yang dibuat olehnya,Ammar menghidapi pneumothorax. Bukan asma..

"Puan takde sembunyi apa-apa kan?"

Puan Habsah mengangguk.

"Dia masih belajar? Roommate Ammar merokok tak?"

"Roommate dia ok,doktor. Satu kos dengan dia. Ammar ada cerita pada saya. 4 orang sebilik. 3 orang roommate dia. Kadang-kadang mereka yang akan kejutkan Ammar bangun subuh kalau Ammar tidur lewat." ibu Ammar cuba meyakinkan Doktor Ain.

"Hmm.. Macam mana keadaan Ammar baru-baru ni?"

"Dia ok je. Kami sekeluarga pulang ke Johor. Beraya di sana. Adik-beradik saya semuanya tinggal di Semenanjung." kata Puan Habsah.

"Emm.. Adik-beradik puan ada yang merokok tak?"

"Hmm.. Adik-beradik laki saya semuanya merokok kecuali adik lelaki saya yang bongsu. Ayah saya pun merokok,doktor.. Kenapa,yer?"

"Saya rasa,itu puncanya,Puan. Betullah. Ammar perokok. Perokok pasif."

"Ammar tak merokok doktor! Kan saya dah cakap tadi!"

"Bukan begitu,Puan. Perokok ni terbahagi kepada dua. Perokok aktif dan pasif. Perokok aktif ialah mereka yang merokok. Manakala,perokok pasif ialah mereka yang berada di sekeliling perokok aktif. Itulah penyebabnya,Puan."

"Tapi doktor,Ammar dah tak ada asma. Dia siap boleh pegang kucing lagi. Dah lama tak pakai alat bernafas tu. Nebulis. Nebul apa entah namanya..

"Nebuliser. Begini,Puan. Medical history Ammar ada tertulis yang dia pernah menghidapi asma. So,there's a big chance yang dia ada asma balik. Asap rokok mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Daripada borang maklumat pesakit, saya dapat tahu yang Ammar ni kategori obese. Asap rokok boleh jadi risk factor kepada penyakit lain.. Buat masa sekarang,saya mendapati yang Ammar menghidapi pneumothorax. The presence of air in the cavity between his lungs and his chest wall. Emm.. Ammar ok tak bila pak cik - pak cik dia merokok?"

"Biasanya,kalau kami tengah makan ramai-ramai,kalau ada yang merokok,Ammar akan pindah tempat makan,doktor.." kata Puan Habsah.

"Saya juga pernah terlihat masa subuh sewaktu dia sedang tidur,bila datuk dia atau pak cik dia masuk ke tandas untuk merokok. Ammar akan bangun. Dia terus pergi keluar ke halaman luar rumah... 

Ya,Allah! Macam mana saya boleh tak perasan,doktor???"

Doktor Ain cuba menenangkan Puan Habsah. Waktu seperti ini,memerlukan kemahiran komunikasi yang baik dalam menangani emosi keluarga pesakit. Ilmu perubatan tidak diperlukan saat ini.

"Sebentar lagi kami akan scan lagi sekali paru-paru Ammar guna X-ray. Nak lihat keadaan paru-paru dia macam mana."

"Ok,doktor." jawab ibu Ammar.

''Lagi satu,pernah tak Ammar mengadu sakit di bahagian dada?'' tanya Doktor Ain dengan penuh rasa curiga. Teka-teki itu hampir selesai.

''Pernah. Masa kecil dulu,dia selalu mengadu rasa sakit di bahagian dada. Bahagian dada kiri. Rasa macam ada jarum cucuk-cucuk dada dia. Tapi dah kurang sikit bila dia besar. Cuma,rasa sakit tu akan datang balik bila Ammar lari bersukan.'' jelas Puan Habsah tentang keadaan kesihatan anaknya itu.

''Angina..'' kata Doktor Ain.

Tiba tiba,seorang jururawat datang ke bilik itu.

"Doc. Urgent! Patient yang baru kena admit tu.." dia berhenti menyambung ayatnya setelah melihat Puan Habsah yang berada di situ.

Doktor Ain bergegas ke ICU. Perkara yang tidak diduga ini lah yang paling mencabar buat dirinya. Dia meminta Puan Habsah bersabar dan tunggu di situ.

"Status?" soalnya kepada pelatih perubatan yang ada di situ. Sudah menjadi tugas mereka untuk memberi diagnosis dan menjelaskan keadaan patient kepada pegawai perubatan yang bertugas di hospital. Salah satu bentuk latihan yang boleh dipelajari oleh HO (House Officer).

''E2 V2 M3. Eye opening in response to pain. Verbal incomprehensible sound and motor flexion in response to pain.'' kata Alia. Salah seorang pelatih di situ. Dia merupakan seorang pelajar perubatan yang cemerlang di universitinya dan digelar sebagai seorang 'ulat buku' oleh rakan-rakan HO nya yang lain.

''Total score 7/15,doktor.'' sambungnya lagi.

GCSGlasgow Coma Scale. Laporan pesakit yang diberikan semasa kecemasan. Markah gagal ialah tiga dan 5 untuk cemerlang bagi setiap respons.

"Bacaan terakhir monitor pula?''

''Kadar denyutan nadi 86 seminit. Tekanan darah pula 110/76 mmHg. Peratusan oksigen pesakit 97.5% and kadar pernafasan dia tadi 17 nafas seminit. Bacaan normal,Doc.''

''Apa puncanya? Hmm.. Fikir Ain. Fikir..'' kata hatinya.

''Doc, tadi kami buka sebentar nebuliser untuk mengalihkan patient ke katil lain. Everything was fine at the moment. Then,dia start having difficulty in breathing. I'm sorry doc.. Saya tak tahu macam mana boleh jadi macam ni...'' kata Alia penuh risau.

''Maaf. Saya nak awak keluar dari sini. You can't work with me while having unstable emotions..'' pinta Doktor Ain. 

''Afif,perform CPR,now!'' suruh Doktor Ain kepada pelatih yang lain.

Ammar masih tidak sedarkan diri. Bacaan ECG (electrocardiogram) nya mula merosot.

''Takkanlah..'' soal hatinya sewaktu teringat kata-kata Puan Habsah tadi. 

Asma dan obese.. 

''Nurse,tolong amikkan defribilator!.''

Mereka cuba menggunakan alat yang mengeluarkan cas tenaga elektrik itu. Kadar denyutan nadi dan tekanan darah Ammar juga menurun. Tapi mereka terus berjuang. Menyelamatkan nyawa.

Sayang.

Ammar tidak dapat diselamatkan oleh mereka. Doktor Ain seolah-olah tidak percaya. Namun,Allah lebih menyayangi Ammar. Kini,tugas yang paling dia 'benci' sekali. Berhadapan dengan keluarga si mati.

Petang:

''Ammar dah keluar ICU, Kak?''

''Akak ok tak?''

''Kenapa kami call,Akak tak angkat?''

''Akak?''

Mesej Whatsapp masuk. Masih tidak ada maklum balas. 

Sejam kemudian,telefon itu berbunyi semula.

''Ya, Allah!''

''Sabar, Kak..''

''Takziah..''

''Kami turut bersimpati..''

''Macam mana arwah pergi? Dia muda lagi.. Sihat je saya tengok masa Akak sekeluarga balik Raya hari tu..''

Kakak Tersayang:

''Jangan tanya macam mana Ammar meninggal dunia. Kamu patut tanya siapa yang bunuh dia...''

''Anak Akak dibunuh!!''


Kakak Tersayang left group
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
P/S: Ini mungkin terjadi. Jika tidak sekarang,mungkin nanti. Kepada perokok-perokok,semoga diberikan kekuatan untuk berubah. Berhenti merokok. Jika tidak sayangkan nyawa sendiri,fikirkan tentang nyawa orang lain. Ingatlah orang yang tersayang dan orang di sekeliling anda..