Nuffnang Ads

Monday, 16 March 2020

Perempuan,Inai & ...

Ada satu kisah yang berlaku di sebalik program ini. Funny one actually. So,as a promoter,well budak-budak kelas aku memang pandang aku sebagai Encik Wartawan takpun Mr.Google. Sebab aku selalu update benda-benda yang berlaku kat kampus. Disebabkan majoriti classmate aku tu perempuan, and program ni ada hadiah untuk siapa yang datang awal,dapat henna(inai),so,aku rasa seperti terpanggil untuk promot kepada mereka.

It happened sebelum kelas bermula. Time tu kelas terakhir untuk most of us. Kelas pukul 5 petang. Kami semua duk tunggu untuk masuk ke dalam kelas since dalam kelas tu still ada pensyarah lain and student-student lain. Sementara menunggu mereka semua keluar,aku pun mulakan tugasku sebagai promoter.

''Malam ni,ada program kat Experimental Hall. Al-Andalus. Earlybirds dapat inai/henna nanti.'' kataku cuba menarik perhatian.


Riak muka mereka menunjukkan rasa minat tetapi tidak seperti 2 kawanku ini. ''Nab'' dan ''Elly''. 
Mereka berdua menghampiriku untuk mendengar apa yang diperkatakan.

''Weyh,weyh. Apa dia?Program apa? Dapat henna(inai) eh?? Serius ah?''

Aku hanya mengiyakan tetapi tidak menjelaskan dengan terperinci kepada mereka kerana fikirku bahawa mereka berdua tidak berminat program-program seperti ini dan mungkin mereka sibuk dengan hal yang lain pada malam itu.

Tetapi,TIDAK..

Pada malam itu,aku dalam dilema. Ada 2 program yang berlangsung serentak. Program Al-Andalus itu dan program mengenai bahayanya rasuah. Mulanya,aku datang ke program talk berkenaan rasuah. Disebabkan program itu belum bermula,aku pergi ke Experimental Hall untuk melihat keadaan pogram Al-Andalus. Dan aku cuba peruntukkan masa dalam 15 - 30 minit untuk berada di situ sebelum kembali ke program talk berkenaan rasuah sebentar tadi. Masa yang diperuntukkan telah habis. Lalu aku bangun perlahan-perlahan untuk tidak menganggu konsentrasi penonton-penonton yang lain.

Pada waktu itu,keadaan di dalam dewan itu sudah penuh sehinggakan ada yang terpaksa duduk di tangga. Keluarnya aku dari dewan itu,aku terlihat 2 orang yang agak familiar di pintu masuk dewan.

''Hey,Eizat! Hang pun datang?'

kata Nab. Rakan sekelasku itu. Dia ditemani dengan Elly pada waktu itu.

''Hey!'' kataku.

Mereka melambaikan tangan lalu masuk ke dewan dengan muka yang teruja. Penuh dengan adrenalin. Aku beransur ke program yang lain. Sedikit terkejut melihat kehadiran mereka. Mungkin mereka minat program seperti ini. Aku tersenyum keseorangan.

Tibanya aku di tempat program talk berkenaan rasuah itu,aku menarik nafas dan cuba memberi fokus pada isi-isi program yang disampaikan oleh panel-panel yang hadir. Dan setelah beberapa minit,ada 2 orang yang menghantar mesej via Whatsapp kepadaku ketika itu:

''Woi,Eizat! Henna apanya?''

''Apa talk ja ni''

''Grrr.. Marah ni.''

''Henna kat Andalus ka?''

''Mende apa ni wehhh? Ngantuknya..''

''Mende henna nya weh.''

''Dah ah ngantuk ugh.''

''Apa yang dia ngarut tu weh??''

Sekali lagi,aku senyum.

Emosi Budak & Filem 'Inside Out'



Alhamdulillah. Aku pernah diberikan peluang untuk 'membedah filem' dalam suatu program yang diberi nama Bibliophilia. Program Bibliophilia merangkumi dua benda iaitu 'membedah buku' & juga 'membedah filem'. Aku ditawarkan untuk membedah filem.

-INSIDE OUT-

Filem animasi 2015 keluaran PIXAR yang lain daripada lain pada tahun ini. Bermain dengan emosi,kisahnya fokus pada seorang gadis kecil. Seorang yang dahulunya emosi dominannya adalah gembira(Joy),kini itu semua berubah setelah dia berpindah ke bandar baru yang jauh daripada rumah lamanya yang selesa serta jauh daripada rakan-rakan baiknya.

Di sini kita dapat melihat bahawa betapa pentingnya untuk memastikan emosi seseorang itu terkawal dan dalam keadaan yang baik. Cerita ini mengingatkan aku pada suatu post di Facebook mengenai kisah seorang budak yang kematian ibu bapanya. Dia kemudian dibesarkan oleh neneknya yang sudah tua lagi daif. Pengawasan terhadap dirinya yang kurang,anasir-anasir jahat mengambil peluang. Dihampirinya dia oleh golongan yang sudah tidak sepenuh waras lagi akal pemikiran mereka. Budak itu diperkenalkan dengan gam. Ya. Dia diajar untuk menghisap gam. Setelah lama bersama mereka,budak itu kemudiannya disuruh untuk mencuri barang daripada rumah orang. Pada suatu hari,dia tertangkap oleh tuan rumah yang ada ketika itu.

Sayang. Children's emotion are so simple yet so fragile. They don't have the ability to control it. Unlike the adults that have complex emotions due to the experiences that they have gone through in life and already being able to control some part of it.

Mesej yang cuba aku sampaikan semalam adalah,emosi itu penting untuk dijaga. Kerana itu akan mengorak hidup kita tanpa kita sedar. Tapi,tidak bermakna kita perlu gembira sepanjang masa. Adakalanya kita akan menangis,marah dan sebagainya kerana semua itu membentuk siapa diri kita pada hari ini. Emosi perlu dibimbing dan disalurkan pada saluran yang betul. Lebih-lebih lagi,kanak-kanak. Jangan dimarahi selalu. Perlu sentiasa beri kata-kata positif.

P/S:Thanks to penganjur and thanks to those yang datang! Dah lama tak bedah movie. 
Insha Allah,jika diberi peluang lagi,aku beraksi lagi! :D

Photo by Aini Syahira.

Soal Tanya



Semantics. The study of meaning.Siapa yang amik kos bahasa akan jumpa perkataan tu. Contohnya perkataan 'Mereka'. To some people,ecpecially designer or architect ke,diaorang akan tafsir the word 'Mereka' as in designing. To others,it's just simply means They.

It's amazing how words can be interpreted differently by different people. Sebab itu juga kadang-kadang akan munculnya perbalahan,persengketaan gara-gara salah faham yang berlaku terhadap kata-kata yang diperkatakan.

Let's say,I suddenly stop talking. Well,people that know me will know that I'm a talkative person. So,one day aku pergi jumpa kawan. And I don't talk much. Bila dia tanya aku okay ke tak,aku jawab ok je. Tanya sepatah jawab sepatah. Dia mungkin interpret yang aku emo lah,kera sumbang lah,ada dendam kesumat dengan dia lah. Hasad dengki bagai etc. Tapi actually,I just have a toothache. Sakit gigi.

So,ask. Don't assume. Tanya. Jangan pandai-pandai nak buat kesimpulan. Sebab tafsiran manusia tak selalu tepat. Siapa kita nak tahu semua benda? Hanya DIA je yang Maha Mendengar & Maha Mengetahui. Sebab sikap kita yang suka tunjuk pandai 'meneka' isi hati orang tulah yang menimbulkan perbalahan. Lepas tu,cakap kat orang lain yang si dia tu tak nak kawan dah etc.Padahal diam sebab sakit gigi. Well,I did assume before this. Ends up,aku yang rasa miserable.

Apa yang korang boleh interpret daripada gambar ni? Yang tengok citer keluaran Marvel,akan cakap tu pose time Spiderman nak keluarkan spider web. To others,they might interpret it as Rock n Roll. Or yang paranoid,probably going to say Illuminati or Freemason punya simbol.

But,to minority people yang tahu sign language,pekak or bisu or just suka sign language,they will know this is the sign of saying, "I Love You." Tengok 3 gambar yang kotak bahagian atas tu. Dari kiri,huruf I,L,Y. All together jadi:

I
Love
You

^_^

Oppaaaa!!



Pada suatu hari zaman aku belajar dulu, sewaktu aku di kafe bersedia untuk makan lunch, terserempaklah dengan seorang yang ada 'mutual friend' dengan aku. Means,kawan aku,kawan dia juga. Pelajar dari China. Nama dia Isa. Aku tanyalah mana kawan aku Yusuf tu. Diaorang dua from China. Isa cakap yang Yusuf pergi berjimba kat Langkawi. Advance giler. Aku yang Malaysian ni pun tak sampai sana lagi. Kebetulan dia pun tengah lunch sorang-sorang,aku pun temanlah. Then ada kawan dia datang duduk sebelah aku. Aku intro sikit.

''Wo jiao Eizat. Wo shi malai ren.''

Dia pun gelak. Hopefully bukan sebab aku salah pronounce. 
Lol. Aku pun tanya dia,

''Bu hao yi si, ni jiao shenme mingzi?''

Ya'kub namanya.
Then diaorang pun makan. Aku yang tengah tunggu mood makan datang, joinlah sembang sekali. Tanya Isa,

''Do you know any Korean singer?''

*sabit lah sangat aku tanya orang yang dari China pasal Korean culture* -_-

Dia kata tak sangat. tahulah sikit-sikit. Isa cakap dia tak minat Kpop-Kpop tu. Jatuh saham dia. Yerlah, kawan-kawan perempuan dia kat China tu bila dengar pasal Kpop or tengok Kpop je terus, 

''Oppaaaaa!!''

Hahaha.. Aku gelak dengar reasoning dia. Tapi kan, tak tahu nak kata ironic atau apa, muka dia ada iras-iras sikit dengan Park Chan-Yeol.(EXO)

Then sembang pula dengan Ya'kub. Kesian pula dia rasa awkward sebab aku tak cakap apa-apa. Aku start dengan citer pasal Xiaolin Soccer. Citer femes zaman aku kecil. Nak tahu dia tengok ke tak. Then dari situ, cakap pasal Tai Chi pula. Hahaha.. Kehabisan modal. Tapi, takpe. Orang kata yang penting confident! Dia kata yang Tai Chi tu sejenis martial art. Baru aku tahu. Ingatkan yang Tai Chi tu satu bentuk meditasi ala-ala Yoga.

Lepas tu, kitaorang sembang pula pasal citer Journey to The West. 
Citer pasal monyet yang ada tongkat ajaib tu pula.....