Nuffnang Ads

Showing posts with label international university. Show all posts
Showing posts with label international university. Show all posts

Monday, 29 May 2017

Ada Apa Dengan Negara Matahari Terbit?



Sedang aku berjalan ke kelas pagi tadi,(well,sebenarnya pagi hari ni takde kelas,ni kelas ganti cuti jerebu) aku terlihat seorang wanita jauh di hadapanku. Wanita yang bertudung biru. Ber-long skirt putih. Aku cuba meneka dan meneka namanya. Lalu,aku menghampirinya,

Lari dan lari. Aku kearahnya. Dan perbualan kami bermula:

Me: Konichiwa! 

*abaikan grammar kalau salah sebab aku tidak mahir berbahasa Jepun*

Dia: Ohayou! (good morning) Awww... You take Japanese? 

Dia cuba meneka.

Me: No. I'm taking Arabic. The twins(roommates aku) take Japanese.

Dia: I see. That's the texbook? 

Dia memandang buku di tanganku.

Me: Yes. I'm going to the class. Go first,Madam.(yang ingin dimaksudkan aku adalah I go first. LoL)

Itu dia. Dr.Hiroko Shiozaki. Wanita berbangsa Jepun yang beragama Islam yang pernah mengajarku sewaktu semester pertamaku di peringkat ijazah. Sungguh,aku rindu belajar dengannya. Di dalam kelasnya,dia selalu senyum dan tidak pernah marah walaupun sekali. TAPI,kalau datang lambat ke kelas,tak dapatlah korang sign attendance yer..

Masih lagi aku teringat di awal semester ku dulu. Dia menceritakan bagaimana pintu hatinya diketuk hidayah milik Allah.

Sewaktu itu,dia sedang membuat research di sebuah negeri di Malaysia.(Kedah kalau tak silap) 
Dan dia membuat research di pondok! (tempat belajar agama) Dek kerana selalu melihat orang Islam di situ beribadah dan menunjukkan akhlak yang baik, Alhamdulillah hatinya terbuka untuk memeluk Islam. Dan Alhamdulillah,dia bertemu dengan jodohnya,juga orang Jepun yang beragama Islam.

Kini,dia menetap di Malaysia dan mengajar di universiti ku ini. Katanya,dia suka duduk di Malaysia. Dan antara sebabnya,kerana dia ingin anaknya berada di persekitaran yang ada syiar Islam. Islamic environment. Menurutnya lagi,peratusan orang Jepun beragama Islam,sangatlah kecil.

Alhamdulillah. Terima kasih,ya Allah kerana menemukan aku dengannya. Dr.Hiroko Shiozaki. Lecturer subjek Intro to Communication ku di suatu ketika dahulu.

Sensei,arigatou gozaimashita!

P/S: Ni gambar bersamanya pada hari terakhir belajar dengannya.

Monday, 27 June 2016

#KeKoreaKeKita?


Pada dua sem yang lepas,aku ada baca buku yang bertajuk Opah Gangnam Style keluaran syarikat buku Kopi Press. Rasanya mesti korang tahu kenapa aku baca buku tu. Yes. I admit it! Aku minat Korea. Hehehe.. Banyaklah faktor yang membuatkan aku minat dengan Korea. Bila aku baca buku Opah Gangnam Style tu,dapatlah aku tahu pengalaman student Malaysia belajar kat sana. Especially pelajar yang beragama Islam. Sebab yer,adalah juga feeling-feeling nak belajar oversea etc etc. So,buku tu citer pasal life experience as a muslim student di Korea! KOREA SELATAN to be exact. Macam mana susahnya nak cari makanan halal,penulis tu banyak kali dah kena tanya kenapa dia berhijab etc. Dia juga ada citer pasal Korea. Tempat-tempat yang menarik di sana, pasal pembedahan plastik yang menjadi norma kehidupan mereka,teknologi maju negara Korea Selatan dan lain-lain. Dah. Dah. Aku nak citer pasal gambar ni pula.

Ni gambar yang ditangkap di UIA Gombak. Actually aku tengah on the way nak ke masjid then ke group discussion Bahasa Arab preparation untuk exam Bahasa Arab. Ternampak kawan aku, Soriz yang tengah duduk di salah satu meja kat depan kedai makan The Grill kat library. So,dia nampak macam lonely. Kesian sangat. Aku pergilah singgah. Hahaha.. Padahal nak rehat jap. Penat jalan dari mahallah.(hostel) Sembang lah kami berdua. Tanya khabar. Cakap pasal exam etc. Then tetiba aku terperasan ada orang tengah cakap Bahasa Korea. Aku pusing lah. Sekali ternampak beberapa orang Korea kat situ yang duduk berdekatan. Mula-mula aku ingatkan international students from China. So,macam tak hairan mana lah,lagipun sebab aku ada kawan-kawan yang from China juga. Bila tahu je yang diaorang tu from Korea, mulalah aku jadi jakun. Yerlah. Susah kot nak jumpa. 

Aku cakap kat Soriz yang aku nak gi tegur diaorang. Tapi macam malu. Tapi macam nak. Boleh jadi ni once in a lifetime. Then diaorang dah mula bangun nak beredar. Aku pun spontan je lah..

''Excuse me, Assalamualaikum.'' sapa aku.

Diaorang pusing ke belakang.

''Are you guys the exchange students from Korea?''

''Yes.'' jawab mereka

''Annyeonghaseyo. Jeoneun Eizat-imnida. Pangawoyo!'' 

aku berseloroh mengeluarkan vocab Korea aku hasil tontonan drama and Runningman kot.. (suatu ketika dahulu :p)

Mereka pun mula senyum and ketawa sebab terkejut nampak pemuda melayu depan mereka ni boleh cakap Korea. *sikit-sikit je*

Disebabkan nervous,(aceceh..) disebabkan nampak macam awkward and aku macam takde modal nak cakap apa, aku pun cakap yang aku suka K-Drama and K-Pop. (taklah die-hard fan pun) muzik je catchy. Siap bagi list kat diaorang. Super Junior lah konon, EXO etc. Aku ada tanya juga diaorang kenal tak Park Shin Ye & Lee Min Ho. Lol sangat! Saje nak buat diaorang rasa connected dengan aku yang stranger bagi mereka time tu. Creating solidarity macam yang kitaorang belajar dalam kelas Persuasion Speech & Communication dengan Madam Lili. Yerlah. First time jumpa kot.

Selain tu, aku pun tanya lah apa pendapat diaorang tentang Malaysia. Diaorang cakap,

''Malaysian people are very nice!''

''Kuala Lumpur's tower is beautiful!''

Aku pun malu tersipu-sipu dengan pujian rakyat negara yang mempunyai kelajuan internet terlaju di dunia tu. Lantas aku membalas sambil tunduk ke bawah,

''Ney. Kamsahamnida!'' :D

Sekali lagi diaorang ketawa and senyum dengar aku berKorea.

Diaorang cakap yang makanan Korea kat Malaysia ni mahal bebenar. (Yerlah.. Import kot.) Aku pun sebutlah makanan Korea yang aku tahu.

''Kimbap! Black noodle!!''

Diaorang garu kepala. Then ada seorang daripada mereka cakap.

''Jajangmyeon..''

Lulz. Tak hafal aku nama semua tu.

Aku pun bagitahu diaorang yang aku ni so-called die-hard fan Samsung phone. Muka diaorang time tu, macam errr...

''Korean people don't like Samsung. Because they sell to the Korean so expensive. But outside Korea, it's cheaper. I love iPhone!''  sambil menunjuk iPhone 6 dia kat tangan. Ke iPhone 6s ke apa entah. Lol. Aku ingatkan majoriti rakyat Korea pakai Samsung. Dalam citer drama Korea,mostly pakai Samsung kot. Orang gaji pun pakai! Hahaha.. :p

Aku tanya lagi, kali ni mengenai persepsi mereka di Korea tentang Islam pula. Diaorang cakap, diaorang tak tahu mana pasal agama ni. And kat media diaorang sendiri pun,kalau ada info pasal Islam,mesti yang tak baik. IS/ISIS etc. Diaorang bagitahu aku,pasal tujuan diaorang datang buat exchange program kat UIA.

''We want to know about Islam, and tell them back there that Islam is Islam and IS is IS.'' (Islam is not equal to IS/ISIS)

Aku terharu.

''So, you guys are the minority muslims over there?'' soal aku kepada mereka.

Aku cuba meneka. Sebab yang lelakinya memakai jubah and yang perempuannya bertudung.

''No.No.. We are not Muslims. But we love to learn about Islam and the culture here..''

Ada salah seorang daripada mereka cakap,

''I know some Arabic words. Assalamualaikum, Kaifa haluka etc.''

Kali ni aku pula tersenyum sebab dengar diaorang cakap Bahasa Arab. Lol. Aku pun berkata,

''I think if I'm not mistaken, Kaifa haluka in Korean is ''Kenchana. Kenchanayo? Is it?''

''Yes! Yes!'' puji dia.

Hahaha.. 
Nasib baik teka betul. Sesi temu ramah aku belum habis actually. Banyak lagi nak tanya diaorang. Tapi, masing-masing tengah in hurry. So,ni lah gambar kitaorang. Tak semua ada. Ada antara mereka yang dah beredar dulu time tu. Aku doakan yang terbaik buat mereka. By the way,mereka ni merupakan student exchange dari Sun Moon University. Senior-senior ENCOM aku dari Kulliyah Languages & Management pergi ke universiti diaorang. Mereka dari sana datang ke sini. Exchange antara UIA dengan Sun Moon University.

P/S: Those yang minat nak tahu pasal Korea, nak dengar pasal pengalaman di Korea, etc, bolehlah baca buku Opah Gangnam Style keluaran syarikat buku Kopi Press. Sekian sahaja pengalaman aku BUKAN di Korea, tapi bersama orang Korea di sini. Ni lah antara sebab aku suka UIA. Serata dunia. Sebab tu aku suka KLM(Kulliyah of Languages & Management). Ada exchange program di peringkat degree. Annyeong! ^_^

*dengan aku.kita informal je lah. Kenchana?

Tuesday, 20 October 2015

UIA, Te amo


Alhamdulillah.
I was given a chance to meet with new people here at my university. They come from different countries and have different life background. But,all of us have one thing in common. Islam. The unity among muslims around the world is just amazing. They were stranger to me before this. But now, they are my friends. This is one of the things that I like about IIUM. It feels like you are 'studying abroad'.(for local students)
LoL.

In my opinion, I do think that all of us need to get out of our comfort zone. Use this once in a lifetime wisely. The local students should get to know with the international students as much as they do with other local students. Same goes to international students. Vice versa. Learn about each other. The languages,cultures and share new knowledge with each other. Expand your social circle! Besides,we are studying at an international university. :)

UIA,
Te amo! Uhibbuk! Wa ai ni! Aishiteru! Mahal na mahal kita! Je vous aime! Maim tumase pyara karata hum! Ya Lyublyu tebya!

Photo by: Jakaria Ahmad