Nuffnang Ads

Showing posts with label communication skills. Show all posts
Showing posts with label communication skills. Show all posts

Monday, 27 June 2016

#KeKoreaKeKita?


Pada dua sem yang lepas,aku ada baca buku yang bertajuk Opah Gangnam Style keluaran syarikat buku Kopi Press. Rasanya mesti korang tahu kenapa aku baca buku tu. Yes. I admit it! Aku minat Korea. Hehehe.. Banyaklah faktor yang membuatkan aku minat dengan Korea. Bila aku baca buku Opah Gangnam Style tu,dapatlah aku tahu pengalaman student Malaysia belajar kat sana. Especially pelajar yang beragama Islam. Sebab yer,adalah juga feeling-feeling nak belajar oversea etc etc. So,buku tu citer pasal life experience as a muslim student di Korea! KOREA SELATAN to be exact. Macam mana susahnya nak cari makanan halal,penulis tu banyak kali dah kena tanya kenapa dia berhijab etc. Dia juga ada citer pasal Korea. Tempat-tempat yang menarik di sana, pasal pembedahan plastik yang menjadi norma kehidupan mereka,teknologi maju negara Korea Selatan dan lain-lain. Dah. Dah. Aku nak citer pasal gambar ni pula.

Ni gambar yang ditangkap di UIA Gombak. Actually aku tengah on the way nak ke masjid then ke group discussion Bahasa Arab preparation untuk exam Bahasa Arab. Ternampak kawan aku, Soriz yang tengah duduk di salah satu meja kat depan kedai makan The Grill kat library. So,dia nampak macam lonely. Kesian sangat. Aku pergilah singgah. Hahaha.. Padahal nak rehat jap. Penat jalan dari mahallah.(hostel) Sembang lah kami berdua. Tanya khabar. Cakap pasal exam etc. Then tetiba aku terperasan ada orang tengah cakap Bahasa Korea. Aku pusing lah. Sekali ternampak beberapa orang Korea kat situ yang duduk berdekatan. Mula-mula aku ingatkan international students from China. So,macam tak hairan mana lah,lagipun sebab aku ada kawan-kawan yang from China juga. Bila tahu je yang diaorang tu from Korea, mulalah aku jadi jakun. Yerlah. Susah kot nak jumpa. 

Aku cakap kat Soriz yang aku nak gi tegur diaorang. Tapi macam malu. Tapi macam nak. Boleh jadi ni once in a lifetime. Then diaorang dah mula bangun nak beredar. Aku pun spontan je lah..

''Excuse me, Assalamualaikum.'' sapa aku.

Diaorang pusing ke belakang.

''Are you guys the exchange students from Korea?''

''Yes.'' jawab mereka

''Annyeonghaseyo. Jeoneun Eizat-imnida. Pangawoyo!'' 

aku berseloroh mengeluarkan vocab Korea aku hasil tontonan drama and Runningman kot.. (suatu ketika dahulu :p)

Mereka pun mula senyum and ketawa sebab terkejut nampak pemuda melayu depan mereka ni boleh cakap Korea. *sikit-sikit je*

Disebabkan nervous,(aceceh..) disebabkan nampak macam awkward and aku macam takde modal nak cakap apa, aku pun cakap yang aku suka K-Drama and K-Pop. (taklah die-hard fan pun) muzik je catchy. Siap bagi list kat diaorang. Super Junior lah konon, EXO etc. Aku ada tanya juga diaorang kenal tak Park Shin Ye & Lee Min Ho. Lol sangat! Saje nak buat diaorang rasa connected dengan aku yang stranger bagi mereka time tu. Creating solidarity macam yang kitaorang belajar dalam kelas Persuasion Speech & Communication dengan Madam Lili. Yerlah. First time jumpa kot.

Selain tu, aku pun tanya lah apa pendapat diaorang tentang Malaysia. Diaorang cakap,

''Malaysian people are very nice!''

''Kuala Lumpur's tower is beautiful!''

Aku pun malu tersipu-sipu dengan pujian rakyat negara yang mempunyai kelajuan internet terlaju di dunia tu. Lantas aku membalas sambil tunduk ke bawah,

''Ney. Kamsahamnida!'' :D

Sekali lagi diaorang ketawa and senyum dengar aku berKorea.

Diaorang cakap yang makanan Korea kat Malaysia ni mahal bebenar. (Yerlah.. Import kot.) Aku pun sebutlah makanan Korea yang aku tahu.

''Kimbap! Black noodle!!''

Diaorang garu kepala. Then ada seorang daripada mereka cakap.

''Jajangmyeon..''

Lulz. Tak hafal aku nama semua tu.

Aku pun bagitahu diaorang yang aku ni so-called die-hard fan Samsung phone. Muka diaorang time tu, macam errr...

''Korean people don't like Samsung. Because they sell to the Korean so expensive. But outside Korea, it's cheaper. I love iPhone!''  sambil menunjuk iPhone 6 dia kat tangan. Ke iPhone 6s ke apa entah. Lol. Aku ingatkan majoriti rakyat Korea pakai Samsung. Dalam citer drama Korea,mostly pakai Samsung kot. Orang gaji pun pakai! Hahaha.. :p

Aku tanya lagi, kali ni mengenai persepsi mereka di Korea tentang Islam pula. Diaorang cakap, diaorang tak tahu mana pasal agama ni. And kat media diaorang sendiri pun,kalau ada info pasal Islam,mesti yang tak baik. IS/ISIS etc. Diaorang bagitahu aku,pasal tujuan diaorang datang buat exchange program kat UIA.

''We want to know about Islam, and tell them back there that Islam is Islam and IS is IS.'' (Islam is not equal to IS/ISIS)

Aku terharu.

''So, you guys are the minority muslims over there?'' soal aku kepada mereka.

Aku cuba meneka. Sebab yang lelakinya memakai jubah and yang perempuannya bertudung.

''No.No.. We are not Muslims. But we love to learn about Islam and the culture here..''

Ada salah seorang daripada mereka cakap,

''I know some Arabic words. Assalamualaikum, Kaifa haluka etc.''

Kali ni aku pula tersenyum sebab dengar diaorang cakap Bahasa Arab. Lol. Aku pun berkata,

''I think if I'm not mistaken, Kaifa haluka in Korean is ''Kenchana. Kenchanayo? Is it?''

''Yes! Yes!'' puji dia.

Hahaha.. 
Nasib baik teka betul. Sesi temu ramah aku belum habis actually. Banyak lagi nak tanya diaorang. Tapi, masing-masing tengah in hurry. So,ni lah gambar kitaorang. Tak semua ada. Ada antara mereka yang dah beredar dulu time tu. Aku doakan yang terbaik buat mereka. By the way,mereka ni merupakan student exchange dari Sun Moon University. Senior-senior ENCOM aku dari Kulliyah Languages & Management pergi ke universiti diaorang. Mereka dari sana datang ke sini. Exchange antara UIA dengan Sun Moon University.

P/S: Those yang minat nak tahu pasal Korea, nak dengar pasal pengalaman di Korea, etc, bolehlah baca buku Opah Gangnam Style keluaran syarikat buku Kopi Press. Sekian sahaja pengalaman aku BUKAN di Korea, tapi bersama orang Korea di sini. Ni lah antara sebab aku suka UIA. Serata dunia. Sebab tu aku suka KLM(Kulliyah of Languages & Management). Ada exchange program di peringkat degree. Annyeong! ^_^

*dengan aku.kita informal je lah. Kenchana?

Sunday, 25 October 2015

Mat Salleh Celup


First of all,tak semua Melayu macam tu. But,this post just me talking about those Malay yang macam tu. Ever heard of these?

''Kau orang Melayu ke orang putih?''

''Kita kat Malaysia. Cakap Melayu je lah!''

''Bahasa melambangkan bangsa,bro..''

''Dasar Mat Salleh celup!''


Siapa pernah dengar ayat-ayat tu,kita geng!

Yup. I know. It hurts. Like seriously.
Biasanya jadi pada orang yang minat Bahasa Inggeris. Usually masa zaman sekolah menengah. Well,zaman buli-membuli kuat time tu. Hormon tengah belajar macam nak stabil etc. And ditakdirkan kau jumpa dengan those people yang cakap ayat-ayat tu dekat muka kau. Directly or indirectly. I experienced both. Or lebih janggal lagi,kau akan dengar ayat macam ni,


''Tahu tak Bahasa Inggeris tu asal dari Barat?''

''Ni mesti sokong Amerika & Israel ni?''

''Pergilah duk Amerika sana tu!''


Pelik kan? Out of all subjects kat sekolah tu,kenapa Bahasa Inggeris? I mean,kenapa tak Math or Physics or Biology? Tak pula kau dengar,


''Tahu tak Newton's Law tu teori orang kafir?!''

''Persamaan antara saintis yang perkenalkan Bohr's Atomic model dengan saintis yang perkenalkan Lewis structure adalah,kedua-dua mereka bukan orang Islam.''


Funny isn't it?


We,aku guna perkataan kami lah senang. Takut kena bash nanti bila speaking..
Kami,yang minat Bahasa Inggeris dan suka bertutur dalam Bahasa Inggeris di khalayak ramai dan apabila berada dengan rakan-rakan yang lain,sebenarnya bukanlah asal dari luar negara pun. Well,mungkin ada yang kacukan or dari kecil tinggal kat US etc. But,in my case,aku memang duduk Malaysia dari kecil. It's just I love English. Taklah nak kata yang aku ni sangat pro dengan subjek Bahasa Inggeris. Sebab tak pro lah aku practice. Like duh..

''Practice makes Perfect..''

Mungkin ada yang tak tahu pasal isu ni. But yeah. Sesetengah tempat,ada. Bagi diaorang,bukan subjek Add Math yang jadi killer subject. Tapi,Bahasa Inggeris. No need for me to write down negeri mana. Because that's just me over-generalization. Kat mana-mana pun mungkin ada orang yang berfikiran macam tu. Yeah. Bahasa melambangkan bangsa. We(those who love English) do speak Malay too,you know. Probably better than those people yang keep bashing us. Well, we speak with no thick dialect.. 
Oops..

Seriously? Kat sekolah lah some of us nak practice speak in English with other friends. Kat rumah,maybe susah sikit. Maybe ada parents yang cannot speak in English because of the education background. So,we speak full Malay at home. Tapi bila kat sekolah,those people persoalkan jati diri kita,kemelayuan kita etc. Laa tahzan,(don't be sad) in the end, diaorang akan sedar juga yang what they did were actually wrong. First sebab down kan orang. Yeah. I was depressed during those days back in school bila orang panggil aku Mat Salleh celup, tak cukup dengan tu, attack me on Facebook saying that, ''Bahasa melambangkan bangsa etc.'' Hashtag Cyberbully. Hashtag Not Cool.

Bila akan berakhir? First, bila exam dah nak dekat. Diaorang akan datang minta ampun minta maaf. Mungkin sebab dah sedar akan kesalahan dulu or maybe just for the sake of exam. But,husnul zhon je. Second, masa diaorang perlu bantuan dalam subjek Bahasa Inggeris. Or tahun tu, diaorang tengah nak ambil MUET. Time tu, kita just sabar je. I know. Mesti kita nak cakap, ''Baru sekarang kau tahu kenapa aku belajar and minat Bahasa Inggeris?'' But,sabar je. Kenapa? Because we worth it and they don't. Show that we can be better than them. Show that,we can show kindness instead of doing revenge.

P/S: And for the record,just because we love English the most,doesn't mean that we're bad at Bahasa Melayu. Actually,I am that kind of person who just love learning languages. My favourite subjects dulu would be Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris & Bahasa Arab. Yeah. And Alhamdulillah,now I'm studying at Islamic International University Malaysia and I get to use all three languages that I learned. Well,still learning though. Kat sini ambil subjek elektif Bahasa Arab. Kat sini dapat kenal with people from all around the globe! Do make dua' for me that I manage to learn as many languages as I can. Au revoir!

Tuesday, 17 March 2015

Speak Like a Pro!


Tahu apa itu gugup? Ok. Bahasa tak bakunya is nervous. LoL. Tu Bahasa Inggeris nya.  :p 
Gementar! Yup.That is the exact word to describe saat kau rasa cemas time berdiri depan orang ramai. Buat presentation,bagi ucapan,buat persembahan,etc. I know that feeling because dulu aku pun macam tu. Ceh. Introvert juga rupanya aku. Dulu lah.. 

Tersebutlah al-kisah,aku masuk Choral Speaking waktu darjah 5. Time practice,suddenly aku pitam. Masa hari pertandingan,almost pitam sebelum turn kitaorang naik pentas, Siyes. Ok. ENOUGH about me.

Hari ni aku nak share some useful tips yang aku dapat daripada Kak Hanan Binti Othman a.k.a HBO. This post will tell you on how to be confident on stage or when you do your presentation,etc.

''Alah.. Buat apa? Yang penting,message yang kita nak sampaikan tu,sampai. Janji orang faham.''

Fine. If kau still nak macam tu. Tak nak berubah jadi better. Yang still reading this post,Insha Allah,you'll get some benefits out of this.  :)

''3 K''

Apa kebenda tu? Bukan citer PK arh. 3 K adalah singkatan untuk:

- Keyakinan
- Kerangka
- Kemahiran

Ok. Let's go one by one.


1) Keyakinan

Untuk rasa yakin bila kita bercakap,kita kena tahu benda yang kita nak cakap tu. Contoh,kawan kau dari oversea tanya,durian tu apa. Kau pun explain lah yang tu sejenis buah. Berduri kat luar,rasa sedap,bau kuat,etc. Tu sebab kau yakin lah kau boleh bagitahu dia. Cuba kalau kawan kau minta explain beza antara Linear Momentum & Angular Momentum. Kau tu baru je masuk matrikulasi lepas amik result SPM beberapa bulan yang lalu. Momentum? Kau baru tahu p = mv.That's it. So,kau sama ada cakap yang kau tak tahu or kau explain apa yang kau tahu dan mengakhiri ayat kau dengan perkataan yang menguatkan hujah kau yang lemah. Kot. ''Macam tu kot..Rasanya kot..''  :D

Kita kena yakin dengan mesej yang nak disampaikan. Barulah orang yakin dengan kita/point kita.

''There's so many public talking,but not many public thinking..''

Before you speak,think about the thing that you want to talk about. Jangan cakap semberono je. Kena ada sebab kenapa kita cakap. Fikirkan impak yang akan memberi kesan kepada orang lain. Tanya. Kalau aku cakap ni,apa yang orang akan dapat? Only then,keyakinan akan datang.


2) Kerangka

- Pendahuluan
- Badan
- Penutup

Yes. Sama macam teknik tulis karangan BM kan? Teringat zaman SPM dulu.Nostalgia giler..  :/

Dalam memberi ucapan,the first 60 seconds is crucial! Sangat mustahak giler! Ok. Abaikan tatabahasa aku.  -_-  

60 saat tu lah yang menentukan whether orang nak dengar ucapan kau atau tak.

''Nama saya Eid Sheeron.Matric number,1234567. Hari ni group saya akan bentang tajuk, 
'How to Become Famous..'' 

The conventional matter. Benda common. Nama,kos,tajuk,etc. Whenever you want to give a speech,start with a good intro. Start with a bang! Instead of kita mula dengan benda common tu,why not start with one of these:

- Personal story

Citer tentang kisah kita. I admit,I do this sometimes. Plus,bila buat teknik ni,it will actually make ourselves become comfortable dengan audiences. Let the audiences be part of us.

- Bagi soalan.

Normally,bila bentang topik pelajaran. Kau tanya,apa beza proses Mitosis 1 & Mitosis 2. Teknik ni sangat bagus untuk kau guna so that,kawan-kawan kau lain tak take advantage. Means,tak mengharapkan kau je yang present. They should read too. Bila kau tanya,barulah nanti kantoi sape yang baca and sape yang tak.Hehehe..  >_<

- Nyanyi

Well,aku tak rekomen sangat. Takut diaorang kutuk kau depan-depan sebab suara kau tu sumbang. Tone deaf lah katakan. Just kidding..  :p

- Puisi

Ni pun boleh gak. Tapi,make sure kau tahu lah beza nada pantun,sajak,gurindam,etc sume tu.

Dan lain-lain.
Oh yeah. Lagi satu,don't show your weakness. Like,

''Sorry,slide saya tak lengkap..'' 

''Maaf sesangat.Saya tak prepare mana..''  

''Ampunkan saya. Saya tak hebat bab cakap depan orang ramai ni..''

Seriously? Kau baru je buka pekong di dada kau sendiri. Yes. Jangan buka aib orang lain. 
AND so does yours! Never show your weakness to others,ok?  :')

Dalam body ucapan pula,FOKUS kepada beberapa point yang penting untuk kita sampaikan je, so that kita tak bazir masa. At the end of the day,you want everyone to remember your points. So,in order for that to happen,you need to REDUCE your points. Kurangkan point.Kena JELAS point mana yang UTAMA. Bagitahu audiences,today diaorang akan dapat berapa points out of your presentation. Macam tips yang Kak Hanan bagi ni, 3 K.Ada 3 point. Then,kita kena kaitkan from one point to another. Susunkan point ikut kategori kalau point banyak sangat. You have to know what do you want to talk about.

Untuk penutup,ada 3 benda yang kau kena buat:

- Summarize balik sume point kau
- Jangan tambah point baru.(dah nak habis pembentangan,sempat pula kau nak menambahnya..  -,- )
- KENA yakinkan audiences point yang kau bentang.

It's not about, ''Dengar aku cakap,sebab aku nak cakap..''
But,it's about, ''Dengar aku cakap,sebab benda ni penting & aku nak kau tahu benda ni.''

Closing kau kena buat macam orang marketing! ''Kesimpulannya,Samsung S7 Edge lebih baik daripada iPhone 6s dalam aspek--aspek yang saya bentangkan tadi.'' (baca dengan nada yakin,bukan riak..)  :p

To speak like a pro,content yang bagus je tak cukup. Kau kena ada skills!


3) Kemahiran

Eye contact

Make everyone in the room feels like,kita tengah cakap dengan diaorang one by one. You know. Make them all feel yang diaorang tengah participate dengan kita. Macam tengah berbual direct dengan kita. It's very easy untuk cakap tanpa pandang ke arah mata seseorang itu. Looking into their eyes adalah cabarannya. The impact of eye contact is that,orang tu akan rasa tersentap. Especially,kalau tengah bagi tazkirah. Rasa sentap tak kalau ustaz tu pandang kau bila cakap bab dosa je? Try this:

''Saya rasa awak sangat hebat. Tiada orang yang hebat daripada awak. Awak mampu mengubah dunia ini.''

Cuba luahkan kata-kata ini kepada kawan kau dengan nada gembira,nada sedih,nada marah. Then,cuba pula luahkan tanpa pandang ke arah mata & pandang ke arah mata. Dengan pergerakkan badan & tanpa pergerakkan badan .Lepas tu,tanya. Which one is better?

Having variety in your voice tone is great! Suara kena fit dengan situation. Kalau kau tengah berhadapan dengan audiences yang lemah,contoh kau ni kaunseling or penceramah motivasi PMR/SPM,kau perlu suara yang lantang untuk naikkan semangat diaorang. Time bab sedih,perlahankan suara kau. Kalau tengah berhadapan dengan audiences yang hatinya keras,contohnya,kau ni warden asrama ke. Suara kena kuat & garang lah. It depends on situation.

Body language sangat penting. Without it,kita pun tak semangat. Bayangkan kau tengah present kat depan,berdiri tegak macam budak skema sambil present. Tangan kau kat dalam poket. Awkward giler kan? And of course,mesti krik krik giler. Cuba tengok,those great speaker like Dato' Fadzillah Kamsah,Prof Dr.Muhaya,even those Pencetus Ummah & Imam Muda or any other public figure,time diaorang cakap,mesti tangan diaorang bergerak. Body language. It's a part of communication skills.
And,don't forget your facial expression!  --->      :D  >_<  :p  :)  :(  :')  :'(  -_-  -,-

The Power of Pause

You have to pause at the right time to give the right impact. Mesti kena pada waktunya. Bayangkan kau tengah baca speech dengan satu nafas je. Boring kan? To know whether it works or not,you have to try.

Sesi Q & A with Kak Hanan:

1) Cara to be organised dalam menyusun idea?

- Be prepared.Buat peta minda.Kaitkan one point to another.It's okay to bring notes. Simple notes as references. Notes yang ada main keywords.

2) Untuk pembentangan yang guna slideshow, is it better for us to have full details of points dalam slideshow kita? Kalau tak,slideshow tu dikira complete tak?

- Real leaders,don't use powerpoint/slideshow. Sebenarnya lah. To have a slideshow full of notes,it's not good. Kalau banyak notes dalam slide kita,agak-agak audiences nak fokus kat kita or fokus untuk baca apa yang tertera dalam slide? Minimumkan slide. Slide sekadar pemberitahuan je. ''Ok.Now kita tengah cakap pasal ni.Let me explain...'' 

Image dalam slide is just a visual aid. TAPI,untuk presentation dalam kelas,you have to know lah apa yang lecturer nak. Kalau lecturer jenis yang nak notes dalam slide tu,go on.

3) How to keep eye contact with the audiences without feeling nervous? Boleh ke buat eye contact dengan opposite gender?

- For a start,you can just pandang belakang kelas/dewan. Or anggap takde orang kat situ. Kita tengah cakap sorang-sorang. It's all about mindset. About keeping an eye contact on opposite gender tu,just pandang sekali lalu. Jangan fokus kat seorang je.(Nanti obvious sangat yang kita ada crush dengan dia. LoL!!  :p)

4) Last minute presentation.

- Untuk last minute presentation,the key is to always do it. Redah je. You have to keep calm so that your brain can work. How to keep calm? Kena berlatih selalu.

5) Kena present dalam bahasa asing.(Bahasa Inggeris/Bahasa Arab,etc)

- Kena buat preparation and kena ada improvement from time to time. At the end of the day,it all matters whether the message is delivered or not.

6) Kalau terbuat salah time presentation,kena buat apa?

- Jangan bagitahu orang yang kita buat salah. Contoh,ada point penting yang kita tak letak. Jangan bagitahu. Don't show your weakness. Or,kita buat joke out of it. (berdiri depan nak buat presentation,point dalam slide pula tak cukup. Hahahaha..Okay,explanation aku hambar..  >_<)

Pheww. Alhamdulillah. Lega dah habis tulis. Thanks sebab spend masa baca post ni! Hopefully,you gain something out of it. Like always,sume point daripada penceramah tu sendiri. Ada some explanation yang aku tambah sendiri untuk korang faham. Any comment or suggestion amatlah dialu-alukan.Once again,thanks sebab luangkan masa!  :D

P/S: Thanks to PEMBINA UIAM kerana menganjurkan seminar ni! Bolehlah lepas ni praktiskan tips ni time nak kena present kat depan.  :D

Tuesday, 17 February 2015

How to Do Well in Job Interview?

              

Last Friday,(13th February 2015) I had attended to an industrial talk.It was compulsory for all students of Kulliyah of Languages & Management.So,this is the summary of it:-  

         The talk mainly focuses on how to excel during jobs interview for young graduates. The first thing that the speaker told us was to set our goal in our mind about the things that we want to achieve, when we apply for a job. Our appearance on the big day has to be perfect. Like they said, first impression is everything. For examples, the way we walk in to the room, the way we dress, the way we smile and greet the interviewer, all those things are important for us in order to give a great impression in the interview.

Other than that, we were also had been told that communication is very important in getting a good job. Having a great communication skills is a bonus for us. Something that will make us stand out among other candidates that will apply for the same job as us. We must be prepared for all sort of questions whether it is about our personal life or it may be about the current issue. That is why we need to read a lot in order to gain more knowledge. Doing some research about the company that we apply for, will actually give some benefits to us. We need to know about the job task for the position that we apply for.

         Last but not least, as a student we need to perform well when are still studying in university. Our academic performance is priority number one. The highest CGPA will be considered as something great that can be highlighted in our resume. Despite our academic performance, we cannot neglect our curricular activities like joining a club or society. It is also a vital component for it can train our leadership skills and soft skills that are needed in the future. It is because, nowadays those companies that want to hire people do not want a person who is just a book wise. All young graduates need to be equipped with knowledge and communication skills that they can get throughout their studies period in university. As a conclusion, we need to prepare ourselves from now with knowledge and soft skills for getting a better future.



Info about the speaker of the Industrial Talk:



Name: Rohizat Baharum

Occupation: Director of Human Resources at Convex Malaysia Sdn Bhd