Nuffnang Ads

Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Sunday, 25 October 2015

Mat Salleh Celup


First of all,tak semua Melayu macam tu. But,this post just me talking about those Malay yang macam tu. Ever heard of these?

''Kau orang Melayu ke orang putih?''

''Kita kat Malaysia. Cakap Melayu je lah!''

''Bahasa melambangkan bangsa,bro..''

''Dasar Mat Salleh celup!''


Siapa pernah dengar ayat-ayat tu,kita geng!

Yup. I know. It hurts. Like seriously.
Biasanya jadi pada orang yang minat Bahasa Inggeris. Usually masa zaman sekolah menengah. Well,zaman buli-membuli kuat time tu. Hormon tengah belajar macam nak stabil etc. And ditakdirkan kau jumpa dengan those people yang cakap ayat-ayat tu dekat muka kau. Directly or indirectly. I experienced both. Or lebih janggal lagi,kau akan dengar ayat macam ni,


''Tahu tak Bahasa Inggeris tu asal dari Barat?''

''Ni mesti sokong Amerika & Israel ni?''

''Pergilah duk Amerika sana tu!''


Pelik kan? Out of all subjects kat sekolah tu,kenapa Bahasa Inggeris? I mean,kenapa tak Math or Physics or Biology? Tak pula kau dengar,


''Tahu tak Newton's Law tu teori orang kafir?!''

''Persamaan antara saintis yang perkenalkan Bohr's Atomic model dengan saintis yang perkenalkan Lewis structure adalah,kedua-dua mereka bukan orang Islam.''


Funny isn't it?


We,aku guna perkataan kami lah senang. Takut kena bash nanti bila speaking..
Kami,yang minat Bahasa Inggeris dan suka bertutur dalam Bahasa Inggeris di khalayak ramai dan apabila berada dengan rakan-rakan yang lain,sebenarnya bukanlah asal dari luar negara pun. Well,mungkin ada yang kacukan or dari kecil tinggal kat US etc. But,in my case,aku memang duduk Malaysia dari kecil. It's just I love English. Taklah nak kata yang aku ni sangat pro dengan subjek Bahasa Inggeris. Sebab tak pro lah aku practice. Like duh..

''Practice makes Perfect..''

Mungkin ada yang tak tahu pasal isu ni. But yeah. Sesetengah tempat,ada. Bagi diaorang,bukan subjek Add Math yang jadi killer subject. Tapi,Bahasa Inggeris. No need for me to write down negeri mana. Because that's just me over-generalization. Kat mana-mana pun mungkin ada orang yang berfikiran macam tu. Yeah. Bahasa melambangkan bangsa. We(those who love English) do speak Malay too,you know. Probably better than those people yang keep bashing us. Well, we speak with no thick dialect.. 
Oops..

Seriously? Kat sekolah lah some of us nak practice speak in English with other friends. Kat rumah,maybe susah sikit. Maybe ada parents yang cannot speak in English because of the education background. So,we speak full Malay at home. Tapi bila kat sekolah,those people persoalkan jati diri kita,kemelayuan kita etc. Laa tahzan,(don't be sad) in the end, diaorang akan sedar juga yang what they did were actually wrong. First sebab down kan orang. Yeah. I was depressed during those days back in school bila orang panggil aku Mat Salleh celup, tak cukup dengan tu, attack me on Facebook saying that, ''Bahasa melambangkan bangsa etc.'' Hashtag Cyberbully. Hashtag Not Cool.

Bila akan berakhir? First, bila exam dah nak dekat. Diaorang akan datang minta ampun minta maaf. Mungkin sebab dah sedar akan kesalahan dulu or maybe just for the sake of exam. But,husnul zhon je. Second, masa diaorang perlu bantuan dalam subjek Bahasa Inggeris. Or tahun tu, diaorang tengah nak ambil MUET. Time tu, kita just sabar je. I know. Mesti kita nak cakap, ''Baru sekarang kau tahu kenapa aku belajar and minat Bahasa Inggeris?'' But,sabar je. Kenapa? Because we worth it and they don't. Show that we can be better than them. Show that,we can show kindness instead of doing revenge.

P/S: And for the record,just because we love English the most,doesn't mean that we're bad at Bahasa Melayu. Actually,I am that kind of person who just love learning languages. My favourite subjects dulu would be Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris & Bahasa Arab. Yeah. And Alhamdulillah,now I'm studying at Islamic International University Malaysia and I get to use all three languages that I learned. Well,still learning though. Kat sini ambil subjek elektif Bahasa Arab. Kat sini dapat kenal with people from all around the globe! Do make dua' for me that I manage to learn as many languages as I can. Au revoir!

Saturday, 1 August 2015

Beraya di Uni



~Raya Syawal~

#FunFact Raya di Malaysia:

''Puasa sebulan,Raya pun sebulan lah..''

Dulu lain. Kat sekolah,kita minta izin mak untuk kita bawa kuih-kuih yang ada ke sekolah. Tulis kad raya untuk cikgu-cikgu(kalau rajin lah). Malam tu,iron baju siap sampin sekali. Excited gila nak tunjuk baju raya kat kawan-kawan. LoL! (Macam ada pengalaman je.) Beraya dengan classmates dan satu sekolah. Rasa awesome kan? Especially,bila kita jadi senior. Pencetus trend lah konon! Kalau ada persembahan,paling common adalah baca sajak,puisi,pantun. Wish kat cikgu-cikgu. You know what? Boleh kata 60% cikgu-cikgu kat sekolah kita kenal. Sebab dah berapa tahun kita belajar kat sekolah tu. Lama kot. Most of us lah.

Sekarang lain. Kalau society kita yang nak buat jamuan raya,tulis proposal dulu. Minta duit kat pihak universiti. Kalau kena tolak,duit poketlah nampaknya. Order katering je. Invite lecturer-lecturer yang ajar kita,lecturer yang jadi advisor society/kelab yang kita join tu. If bajet besar,orang-orang from admin/orang atasan pun kita invite. Tu pun kalau dewan kita boleh guna or dapat sewa kanopi. Grand sikit. Hahaha. Takdenya kad raya. Just copy paste ucapan raya kat Whatsapp tu. Wish kat lecturer dalam group. Persembahan pun ada kalau event kita tu besar. Sekarang tak sampai 30% pun lecturer-lecturer kat U yang kita kenal. Lain kos. Lain bidang.

Semoga kita semua ketemu lagi Ramadhan tahun depan. Insha Allah, Ameen.

P/S: Ni gambar jamuan raya yang aku pernah join time asasi dulu. Anjuran Global Community Club (GCC).Raya 2014. Tahun ni tak dapat pergi. Diaorang tak invite. Hahaha.Just kidding! Dah habis asasi lah..