Nuffnang Ads

Friday, 5 June 2015

The Maze Crawler

Photo by Aemirage Production

1st week of the new semester is such a hectic week! It means, AddDrop Session, update CRS,pergi IT Department sebab tak dapat nak connect dengan WiFi,check result EPT & APT and many more! (dalam konteks UIA) Yes. Masuk-masuk je memang dah sibuk. Seriously. No kidding here. Sebab tu kena dah pandai berdikari. No more bunyi loceng and berhimpun kat tapak perhimpunan and nyanyi lagu sekolah. No more beratur panjang-panjang untuk check rambut and kasut. No. But, usually nanti time dapat elaun, akan ada sport check on pemakaian student ke kelas. So,don't forget your matric card and never wear slipper to class, okay? And avoid from wearing jeans.

What I want to say is,takde dah orang yang nak suruh korang buat itu ini. Takde dah orang yang nak remind korang buat kerja tu, buat kerja ni. It's on your own. Kau tak alert untuk check study plan,kau kena tinggal lah. Kau tak alert dengan announcement kat notice board,goodbye to you! Nampak kejam eh? Nope. This is reality. It's not that I want to sound harsh on you guys,but the truth is sometimes ugly. Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. I like to quote one of the famous Imam Syafie's quotes about learning:

''Bila kamu tak tahan lelahnya belajar,maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan!''

Well, for me,quote tu bukan apply time nak exam je. The whole process of studying sebenarnya. Yes. Sepanjang tempoh kau belajar tu. Ingat ni. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. There you go. Another quote of the day! Hahaha. For juniors,selamat datang ke alam baru! University it is.

I know. I know. Mesti most of you guys tengah blur time awal-awal ni. Chillax. Kena selalu update dengan campus news. Usually mesti ada Facebook group yang dah di-create oleh pihak tertentu. Manfaatkan Facebook tu. Jangan asyik main Farmville or Candy Crush. Seriously,ada lagi ke yang main game Facebook? Lol. 

Explore sikit kawasan kampus. Biar tahu blok ni kat mana. Blok tu kat mana. Senang untuk kau tahu lokasi kelas kau kat mana. Dah boleh timing nanti nak lari dari kelas A ke kelas B macam Hussain Bolt. Lulz. Kaum Hawa jangan pakai heels sudah. Ni bukan citer Hollywood yang kau tengok pasal life kat universiti. We wear sneakers. Kasut bertutup. Plus,bila dah tahu kelas kat mana,kau takkan sesat macam kat Bermuda triangle on your first day! Macam aku time 1st day kat kampus degree. Seriously. Penat doe. Waze tak berfungsi kat dalam kampus. Takdenya dia nak cakap, 

"Go straight then turn left. Find the spiral staircase. That's the Administration Building." 

Aku pun nak download kalau Waze dah upgrade macam tu sekali!! :p

Go out and explore. Petang-petang tu pergi keluar. Terokai kampus anda. Bukannya explore tempat nak bershopping,tempat nak berjimba yer. Save it on next time. Awal-awal ni adalah masa untuk kau adapt dengan suasana baru tu dulu. Jangan duk sibuk layan Runningman je dalam bilik. Tak pun main CoC, DOTA, Rival Kingdom, etc. You name it all the lagho thing. Tahu. Mesti nanti ada yang homesick. Tak salah. Semua orang pernah rasa. Cuba sibukkan diri. Cari kawan-kawan baru & pergi pasar malam berdekatan.  You know what? Human beings are actually friendly if you treat them nicely.  :D

P/S: May the odds be ever in your favour! Assalamualaikum. Have faith in yourself. Yes. You.

Wednesday, 27 May 2015

KOE



Jangan didengar hasutan diri.
Jangan percaya sangkaan hati.
Kelak kau rebah ke bumi.
Kau harus terus qowiy!

Jangan lena diulit mimpi.
Jangan dilayan perasaan ini.
Kelak akan kau sesali.
Kau harus terus qowiy!

Perkuatkan diri dan juga hati.
Kau harus terus qowiy!

Qowiy! Qowiy! Qowiy!

Saturday, 23 May 2015

Catalyst Ukhuwah



Mungkin kau pernah kena tolak sampai jatuh terluka. Atau mungkin juga kau ditikam belakang berdarah kesepian. Well,tu semua kawan makan kawan. Kawan yang betul kawan,dia tolak juga. Tapi,dia tolak kau ke arah kejayaan. Dia tahu kau mampu,ada potensi dalam suatu bidang tu,dia tolong galakkan. Dia tolak. 

Kawan yang betul,dia tikam juga. Tapi,dia tikam dari depan.Kau buat salah. Ada nafsu nak ponteng kelas,malas nak study,leka bagai,dia mula bagi ceramah. Kutuk kau depan-depan.

''Pemalas. Hati hodoh. Diri sendiri tak terjaga ada hati nak cari 'tulang rusuk kiri'. Bergetar konon. Ni kaki aku bergetar nak sepak orang!!''

Dia tikam. Persis catalyst. Dalam chemistry,catalyst is a substance that causes or accelerates a chemical reaction. Tapi,yang ni catalyst ukhuwah. A person that causes or accelerates you in becoming a better person. When you have that kind of friend,don't let them go. As the saying goes, Kawan saat kita ketawa sangat ramai. Kawan tika menangis boleh dikira..

P/S: Let's just appreciate those friends that we have. Those who bring out the best of us!


Monday, 18 May 2015

The Perks of Taking Language Courses



Frequently Asked Questions. Short form nya FAQ. Hang jangan dok kata aku mencarut ah.
Jaga sikit tatasusila mu itu. :0

Maybe dah adat or trend kot yang selalu terjadi kat budak-budak yang amik kos bahasa. Tak kisah bahasa apa pun.Inggeris,Arab,Turki,Korea,Mandarin,German,Perancis,Russia & lain-lain kos bahasa di dunia ni. Tak larat ceq nak tulis satu-satu. Tulis bahasa yang ceq berangan nak kuasai je..

Soalan yang selalu bikin panas: 

"Kau amik kos ni,nanti jadi apa?" 

Pfftt..  -,- 
Siyes. Panas telinga bila soalan itu diutarakan. Kos bahasa ni open. Means,ada variasi. Jobs yang involve communication or fokus mengenai kos bahasa yang kitaorang sendiri,kat situ kitaorang pergi. Yup. Menulis ke bercakap ke. Jadi cikgu or lecturer ke. Translator,journalist and etc.

Soalan yang aku tak tahu nak respon macam mana dengan cara sopannya: 

"Weh weh! Kau tahu maksud perkataan ni? Yang ni tahu tak? Tak pun yang tu? Kata kos bahasa.." 

%$@#!&*^$$
Tut... Tut...Hahaha. Hiperbola terlebih! Ya, Aku Budak Bahasa. Tak semestinya amik kos bahasa,masuk-masuk asasi kitaorang dah terus hafal satu kamus. Memang semua kamus Oxford Fajar kt kedai buku MPH tu kami yang tulis. Saja je bagi penghargaan nama kat orang lain. Tak nak riak dengan ilmu..  -,-

Hakikatnya,kami masih lagi ada banyak benda kena belajar.
Even pasal grammar sekalipun.  :0

Rasanya tu je kot. Say 'Cis'!  :p
Hihihi. I admit sebenarnya,those kind of people yang tanya soalan-soalan macam tu,they somehow encourage kita untuk master bahasa yang kita amik tu & agar kita ada lagi banyak vocabulary.Yer ke tidak? :D

P/S: Maka dengan ini,ayuhlah semua budak kos bahasa,kita menyahut seruan untuk bawa kamus ke mana saja! Bajet hafal kamus. Senang nanti orang tanya,terus kau boleh bagi definisi dengan contoh sekali. Direct dari kamus Cambridge,kamus Marbawi ke,Oxford Fajar or kamus lain yang setebal Kamus Dewan Bahasa cetakan ketiga. Siap quote & bagitahu sumber sekali dalam style APA book citation format! Amik kau. Hahaha..
Sekian.  >_<

Mujahid,M. (2015). The Perks of Taking Language Courses. Gombak: Blogspot Press Enterprise.