Nuffnang Ads

Showing posts with label ipts. Show all posts
Showing posts with label ipts. Show all posts

Friday, 5 June 2015

The Maze Crawler

Photo by Aemirage Production

1st week of the new semester is such a hectic week! It means, AddDrop Session, update CRS,pergi IT Department sebab tak dapat nak connect dengan WiFi,check result EPT & APT and many more! (dalam konteks UIA) Yes. Masuk-masuk je memang dah sibuk. Seriously. No kidding here. Sebab tu kena dah pandai berdikari. No more bunyi loceng and berhimpun kat tapak perhimpunan and nyanyi lagu sekolah. No more beratur panjang-panjang untuk check rambut and kasut. No. But, usually nanti time dapat elaun, akan ada sport check on pemakaian student ke kelas. So,don't forget your matric card and never wear slipper to class, okay? And avoid from wearing jeans.

What I want to say is,takde dah orang yang nak suruh korang buat itu ini. Takde dah orang yang nak remind korang buat kerja tu, buat kerja ni. It's on your own. Kau tak alert untuk check study plan,kau kena tinggal lah. Kau tak alert dengan announcement kat notice board,goodbye to you! Nampak kejam eh? Nope. This is reality. It's not that I want to sound harsh on you guys,but the truth is sometimes ugly. Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. I like to quote one of the famous Imam Syafie's quotes about learning:

''Bila kamu tak tahan lelahnya belajar,maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan!''

Well, for me,quote tu bukan apply time nak exam je. The whole process of studying sebenarnya. Yes. Sepanjang tempoh kau belajar tu. Ingat ni. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. There you go. Another quote of the day! Hahaha. For juniors,selamat datang ke alam baru! University it is.

I know. I know. Mesti most of you guys tengah blur time awal-awal ni. Chillax. Kena selalu update dengan campus news. Usually mesti ada Facebook group yang dah di-create oleh pihak tertentu. Manfaatkan Facebook tu. Jangan asyik main Farmville or Candy Crush. Seriously,ada lagi ke yang main game Facebook? Lol. 

Explore sikit kawasan kampus. Biar tahu blok ni kat mana. Blok tu kat mana. Senang untuk kau tahu lokasi kelas kau kat mana. Dah boleh timing nanti nak lari dari kelas A ke kelas B macam Hussain Bolt. Lulz. Kaum Hawa jangan pakai heels sudah. Ni bukan citer Hollywood yang kau tengok pasal life kat universiti. We wear sneakers. Kasut bertutup. Plus,bila dah tahu kelas kat mana,kau takkan sesat macam kat Bermuda triangle on your first day! Macam aku time 1st day kat kampus degree. Seriously. Penat doe. Waze tak berfungsi kat dalam kampus. Takdenya dia nak cakap, 

"Go straight then turn left. Find the spiral staircase. That's the Administration Building." 

Aku pun nak download kalau Waze dah upgrade macam tu sekali!! :p

Go out and explore. Petang-petang tu pergi keluar. Terokai kampus anda. Bukannya explore tempat nak bershopping,tempat nak berjimba yer. Save it on next time. Awal-awal ni adalah masa untuk kau adapt dengan suasana baru tu dulu. Jangan duk sibuk layan Runningman je dalam bilik. Tak pun main CoC, DOTA, Rival Kingdom, etc. You name it all the lagho thing. Tahu. Mesti nanti ada yang homesick. Tak salah. Semua orang pernah rasa. Cuba sibukkan diri. Cari kawan-kawan baru & pergi pasar malam berdekatan.  You know what? Human beings are actually friendly if you treat them nicely.  :D

P/S: May the odds be ever in your favour! Assalamualaikum. Have faith in yourself. Yes. You.

Monday, 23 February 2015

Blur




''Once kau blur,kadang-kadang akan munculnya penampakan muka nerd di wajahmu!''



Hahaha. Ayat tak boleh blah. >_<

Ni waktu minggu orientasi kat pusat asasi UIA atau pun lebih dikenali sebagai Centre of Foundation Studies(CFS). Kat sini kitaorang panggil Taaruf Week. Waktu ni lah kau rasa lain. Rasa macam dah matang sebab dah tak jadi budak sekolah dah. Waktu ni lah kau rasa dah senior daripada junior-junior hingusan di sekolah kau. Padahal,masuk-masuk situ,kau lah junior. -,- 

Minggu orientasi sangat penting walaupun bosan gila. Like seriously. Duduk dalam dewan. Dengar itu dengar ini. Briefing. Aku jenis yang tak boleh duk diam. Kalau pasif je,rasa mengantuk. Sebab tulah time Form 5,dalam kelas aku akan perlahankan kipas waktu pagi takut aku terlentok semasa cikgu mengajar kat depan. :0

Well,minggu orientasi ni sangat penting. Take note! Waktu ni lah akan diberitahu pasal dokumen-dokumen yang kau kena ada,nak cop tu lah,tandatangan tu lah. Dapat beg,baju batik,tali leher,etc.(produk keluaran tempat kau belajar). Kena pakai baju warna seragam lah. Just in case kalau kau sesat,senang fasi-fasi nak cari. Tak payah buat announcement! Lulz.

Kat sini,kitaorang kena amik banyak test. Seriously! Test Bahasa Arab(APT),Bahasa Inggeris(EPT),Tilawah & Fardhu Ain. Tu je kot. Ke ada lagi. Banyak kan? Haa. That's what makes us special. Hahaha. Masuk-masuk dah kena ujian. Untuk budak yang amik B.Arab time SPM,APT takde soalan-soalan nahu,ikrob bagai. Balaghoh pun takde. Just kena buat ayat,baca petikan,tulis karangan. Those yang takde basic B.Arab,anda dibenarkan untuk tulis nama then keluar dewan awal. Nak cuba jawab pun boleh juga. Saya suggest,time cutilah korng pergi belajar basic Arab ngan geng korang yang ada belajar.


EPT pula,tak sama macam SPM tau. Takdenya nak kena tulis karangan, 


''Write a story that starts with..'' 

No.No more narrative essay. Semuanya karangan fakta. Ada petikan.Baca dan jawab. And ada karangan yang paparkan bar graph or pie chart. Then kita kena ulas. Compare and contrast,etc. To be honest,tu korang boleh check soalan MUET or IELTS. Sebab format dia sama je. Untuk writing and reading lah.


Soalan Fardhu Ain dalam Bahasa Inggeris. Haaa. Yang Bahasa Melayu punya pun tak habis hadam lagi. Objektif semuanya.Pergilah tengok term-term yang berkait kat Google yer. Untuk Tilawah,revise balik hukum tajwid. Sebab nanti kau diminta untuk baca depan ustaz/ustazah. Diaorang nak dengar cara kau baca. Makhraj huruf,bertajwid atau tak.


And for your information,EPT and APT result do effect your year of study kat asasi. But,don't worry. I mean,nak cepat pergi mana? Seriously,bagi aku,EPT and APT ni sangat membantu improve aku punya bahasa. Bagi yang tak pernah belajar Bahasa Arab,time ni lah korang nak kenal keindahan Bahasa Syurga. Yer dok? EPT sangat bermanfaat. UIA kan English Speaking Campus. Dalam kelas subjek kos kau pun nanti,boleh kata most of the time,lecturer speaking BI je. Well,nanti dalam alam pekerjaan pun English ni still important. Kau tentu tak nak ketinggalan kan? So,belajar lah.Yang tak dapat BI A+ dalam SPM,time ni lah korang nak tebus balik.

And tolong sedar bahawa korang dah jadi mahasiswa & mahasiswi. Bukan lagi budak sekolah menengah. No more spoon-fed. Kena pandai urus masa untuk diri dan untuk study. Nak share satu quote. ''Better be late than being absent..'' 

Jangan ponteng kelas yer. Cukup beberapa kali,kau akan diharamkan untuk amik exam. Jangan kata tak bagi warning pula. Hahaha..

And yeah,tips berguna: Jadikan fasilitator sebagai kawan anda. Senang nak minta tolong,tanya itu ini,etc. Treat others like you want to be treated. Macam friends for benefits pula. Well,hidup biar berjasa,kan?


Thanks to the facilitators yang awesome menolong saya,Kamsahamnida! Owh yer. Buat lepasan SPM yang dapat asasi UIA,saya ucapkan selamat datang! Ahlan wa sahlan! Kalau ada sebarang soalan, jemput tanya di group Facebook ni: CFS IIUM 2016/2017

:D


P/S: Kat degree nanti,ada lagi minggu orientasi. Like seriously. >_<




                   Mood: Rindu CFS  T.T

Biasiswa & Temuduga


Bismillah.
Haa.As I promised before, aku akan tulis entry post mengenai 'Tips Biasiswa & Temuduga'.First of all,nak habaq mai kat hampa suma yang ni merupakan catatan yang aku tulis semasa aku menghadirkan diri ke Karnival Lepasan Sekolah pada 24 Januari 2015.Tips ni,aku dapat daripada Kak Hanan Binti Othman a.k.a HBO. 
Siapa dia?Haaa.Tu kerja hampa suma untuk pi Google naa.  ^_^


Tanpa membuang saat,minit dan jam,yuk kita mula!! Yuk follow!!  Hahahaha..

(spam kat Twitter aku je akaun tu.) >_<


Tentang Biasiswa:



Hohoho.Kata nak apply biasiswa?Demo tahu dok biasiswa tu mende? Kenal kan?Jangan jadi kura-kura dalam perahu eh.Pura-pura tak tahu konon. Ok. Simple word, biasiswa ni merupakan bantuan kewangan dalam pengajian. Means, ada orang tolong bayar kos pengajian kau kat univesiti nanti.



1) Kenali bidang apa yang diminati



Before that,benda pertama kau kena buat is to know yourself. Kenal pasti kau minat bidang apa? I know.I know.Maybe ada antara korang yang still celaru minda.Tak tahu nak pilih apa. Girlfriend kau nak amik kulinari kat UNITAR.Sebab tak rela berjauhan,kau pun berhijrah lah bersama dia.Huish. Belum belajar lagi,niat dah salah. PILIH kos berdasarkan minat dan kemampuan.Kemampuan as in kau boleh bawa ke tak subjek kos tu nanti. 



Kak Hanan ada pesan time karnival tu,



''Walau apa pun kita plan nak jadi,jangan lupa yang Allah tentukannya.Mohon kat Allah.Biar kita redha kalau Allah tentukan yang sebaliknya..''



2) Kenal pasti pilihan biasiswa



Secondly is, kenal pilihan biasiswa. Kau kena tahu biasiswa mana yang tawarkan kos yang kau minat, biasiswa mana yang full biasiswa.Kena tahu beza biasiswa dan pinjaman.Emangnya ada beda yaa? Yaa iya dong. Sekali kau amik pinjaman. Habis belajar datang surat cinta.Kau pun perasaan lah untuk nano-second. Ingatkan jiran sebelah ada crush ngan kau.Rupa-rupanya notis pembayaran balik pinjaman.

Kih kih kih kih.  :p


Kalau nak biasiswa,cari biasiswa.Bukannya pinjaman.Sebelum kau apply tu,baca dulu syarat-syarat & perjanjian yang tertera. Kau kena kerja ngan company tu lepas belajar ke, or time belajar tak dibenarkan kahwin ke,(jangan terkejut,ada certain biasiswa yang tetapkan perjanjian ni) or kalau pointer kau rendah,biasiswa tu kena tarik balik and etc.AND kau kena tahu bila tarikh buka untuk mohon and tarikh tutup mohon.



Ni aku sertakan senarai biasiswa: Scholarships in Malaysia

Tak pun kau Google je.Manfaatkan sikit internet tu.Bukan untuk online Twitter and Facebook je. -,-

3) Cuba je


Apply je.Tak kiralah biasiswa tu kata untuk lepasan SPM,syarat dia at least 8A or 9A. Kau cuma dapat 5A je.Or 6A or etc.Or untuk lepasan asasi or diploma,kata nak at least pointer 3.5 . Kau tu cuma 3.3 or 3.4 etc je.Cuba.Redah je! Belum cuba belum tahu.



Kak Hanan cakap,



''Kita tak tahu rezeki kita kat mana.Kalau tak try,tak dapatlah..''



Make sense kan.Dah kau yang tak apply.Jangan haraplah nak dapat biasiswa....

At least bila kita try,peluang tu ada. Probability istilah dalam Math Modern. :D
Ingat lagi kot istilah tu! Hohoho..



Okay.Tadi kita bercakap pasal biasiswa.Ni nak bercakap pasal temuduga pula.Basically,kalau korang nak apply biasiswa,there would be an interview.Temuduga.Yes.Tutup mulut yang ternganga tu,please.  :0



Apa kau ingat senang? Mohon online,then terus dapat?No,no,no,no.

Diaorang nak jumpa kau face to face.And THIS is where it begins.
Otak geliga je tak cukup.Kau kena ada rekod kokurikulum yang mantap.
Tahu.Bagi kau,tu pun senang kan?Tetibe nama kau tertera kat sijil yakni kau ada memegang jawatan etc dalam kelab or persatuan.Aku tahu taktik itu.Muaahahahahahaha...  >_<
Oh lupa satu benda.Kau kena ada communication skills yang bagus.


Jemput baca lebih lanjut di sini: Kurikulum vs Kokurikulum



Tentang Temuduga:



1) Persiapan awal



Berlatih bercakap dengan lancar.Be it in Malay atau Bahasa Inggeris.

Haaa..Did I hear some people kata, 


''No!!''



''Alah.BI lagi.Dah habis sekolah pun masih menyusahkan aku.Huhuhu..''



''Kawe lemoh bab speaking-speaking ni.''



''Tak tahu lah..''



''Tak pandai lah..''



''Nervous lah.Orang suruh aku jadi imam kat surau pun aku tolak.Nervous sesangat..''



Hmm..



''It's never too late to start.''



''Kita sebenarnya orang hebat.Kita lemah,sebab kita sendiri yang fikir kita lemah..''



- Kak Hanan



Dah tahu lemah bab bercakap,berlatih lah.Depan cermin ke,dengan kawan ke.Lemah Bahasa Inggeris?Belajar lah.Pergi kelas tuisyen ke,belajar ngan cikgu ke,internet ke.Demo speaking BI,tapi malu sebab ada bunyi Kelate?Doksoh malu.Dialect time speaking takpe.Asalkan orang faham.Pssstt..Ambo dulu sekoloh 3 tahun kat Pasir Puteh,Kelantan.Saranghae,Kelantan!!  :D




2) Cari soalan-soalan temuduga


Anda tahu apa itu Google?? Start gunakannya.  >_<



3) Banyak membaca isu semasa



Start reading.Hmm.Jangan kau gembira kata kononnya kau ni memang dah rajin membaca.I know.Tapi,komik Lawak Kampus or novel Melayu cintan cintun or majalah-majalah tu TAKKAN membantu kau langsung dalam temuduga nanti.KE ada temuduga yang tanya, 



''Siapakah penulis novel Ombak Rindu?''



''Why Bella Swan picked Edward Cullen over Jacob Black?''



''Siapa nama perempuan yang Nobita minat?''



Hahahaha.Kalau ada temuduga biasiswa yang tanya macam tu,tell me.So,aku boleh tulis tips on how to excel temuduga yang tu pula.Lol!  :p




4) Berlatih berhujah dengan yakin



Pernah tengok pertandingan debat tak?Ada tak some moment yang kau rasa pendebat tu point dia tak masuk akal langsung or hujah yang lemah? Tapi,tengok-tengok,pasukan dia menang.Kau pun berdendam lah dengan sekolah dia 7 Keturunan.Lol! Drama je lebih..



Rahsia dia, KEYAKINAN. Dia buat orang yakin.Therefore,orang dengan sewenang-wenangnya,( ceh,bajet ayat high standard Malay) terima hujah dia.Haa.Macam tu lah kau kena buat.Start practice.




Pada Hari Temuduga:-



1) Persiapan diri



- Tepati masa.(Datang awal)

- Jangan salah tempat.( Jangan kau pergi warung depan selekoh jalan tu pula)
- Berpakaian kemas & professional 


Oh.Ada soalan eh?



''Perempuan kena pakai blazer and seluar panjang ala-ala Tiz Zaqyah dalam citer 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' ke? Macam baju modern pekerja wanita di office?''



Tak,awak.Awak tahu tak yang awak tak perlu pakai macam tu.Pakai baju kurung je dah cukup.Menutup aurat dengan sempurna for Muslimah.Non-Muslim cukup baju kurung je.

Baju kurung is pakaian yang kau kena pakai bila nak interview.(for girls)
Awak nampak cantik and kemas.  :)


For boys,haa.Jangan kau pakai seluar jeans biru lusuh(bajet band Indie) and baju 'I AM ....'

Dulu kat sekolah,cikgu suruh pakai name tag tak nak.Dah habis sekolah,sibuk nak 'I AM..'' bagai.Hahaha.Gurau saja.


Korang pakai baju kemeja.Lengan pendek or lengan panjang.Both accepted.Unless,ada dinyata kena pakai yang mana satu.Jangan pakai JEANS!! Pakai seluar slack.Basically,korrang kena nampak macam pekerja kat syarikat korporat macam dalam tv tu.Kasi poyo sikit hari temuduga tu.Hahahaha..  :p


                                             



2) Persiapan dokumen



- Borang-borang permohonan

- Sijil-sijil persekolahan(Weyh,jangan bawa sijil tadika kau and sijil sekolah rendah tu.Dah expired.Sijil sekolah menengah je yang ditengok nanti)
- Salinan kad pengenalan( pastikan bawa yang asal & salinan)
- etc..(based on apa yang dinyatakan)



3) Persiapan mental



- Senyum ( Jangan kau buat muka masam je.Sekali dia tengah tension,peergghh! Senyum lebih-lebih or buat muka menggatal pun tak boleh gak.Moderate je.Senyum ikhlas)

- Tenang & yakin diri
- Pemikiran kritis & kreatif
- Suara yang jelas( Nama pun interview.Mestilah nanti kau kena jawab banyak soalan.Jangan nak malu-malu kucing sangat lah..)



Alright.Alhamdulillah.Dah selesai satu bahagian.Ada lagi tau nanti sambungan pasal 'Jenis Temuduga' pula.Malas nak tulis sekali.Tulis pasal Biasiswa & Temuduga ni pun dah panjang macam surat berantai.Thanks bagi yang sudi baca blog ini.Harap bermanfaat.Maaf atas salah & silap.Bahasa yang digunakan sengaja digunakan kerana target pembaca saya ialah para remaja.So,guna bahasa kita je lah.Kan?Ceh,bajet 18 tahun lagi aku ni.Hahaha.. >_<



P/S: Most of the points tu,tips yang Kak Hanan bagi.Aku just elaborate supaya korang faham.And bolehlah korang invite rakan-rakan,jiran tetangga(yang bersekolah) untuk ziarah blog ni untuk baca.Harap bermanfaat.Segala komen dan cadangan digalakkan.




Ni gambar Kumpulan K1 time Karnival Lepasan Sekolah kat Masjid Wilayah Kuala Lumpur tu.With our facilitator yang awesome,abang Eqhwan! Hahaha.Abang aku jadi fasi.Terkejut nampak adik dia datang.

Thursday, 19 February 2015

Jeritan Gentar


"Shouting while standing in the crowd is nothing.To stand alone and say what's on your mind is definitely something.."

You've got to learn how to give some respects to those who have guts in voicing out their opinions. Even though you're not in the same page as them,it's alright because it's not even a crime to disagree. Dulu waktu zaman sekolah rendah,aku ni jenis yang nervous giler.Introvert gitu.Tak caya?Hahaha.Siyes.Dulu nak tanya nama orang pun pemalu.Sopan giler.Bila masuk pertandingan Choral Speaking waktu darjah 5,pernah 2 kali rasa nak pitam atas pentas.Ada rama-rama mana entah,yang sesat dalam perut.Tak mau keluar. >_<

Alhamdulillah.
All those choral speaking,story telling,nasyid,singing,choir,debating,acting,etc had helped me in building up my confidence level.Bila kau dah besar lah,baru sedar faedah-faedah masuk kelab,persatuan,badan uniform & segala competition bagai tu.Waktu ada aktiviti kokurikulum petang-petang,tak mau pergi,nak ponteng lah.Iyer dok?Hahaha.  :p
Kat universiti nanti kau akan rasa pentingnya masuk kelab,persatuan & competition sume tu.

Firstly,sebab nak cukupkan markah kokurikulum untuk apply masuk U.Second,sebab kau perlu skills time nak buat presentation kat depan kelas.Lagi banyak kot! Siap kena buat slideshow guna Powerpoint lagi.Peerrghhh! Memang nganga luas-luas lah.Bila ke depan je,kau diam seribu bahasa.Kononnya kau budak paling alim dalam kelas.Tak banyak cakap.Cakap bila perlu je.Tu yang bila present kau ''Krik..Krik..'' je. Tapi,bila tengok balik rakaman CCTV(kalau ada),time lecturer mengajar,kau lah budak yang sembang kat belakang.Al-maklumlah,nak try buat part-time jadi juruhebah kat MyDin Mall..Then,kau pun tanpa segan silu guna Plan B.

......Which is baca je apa yang tertera kat slide sambil pandang muka audiences dengan perasaan malu tu.Bagi kau,tu lah cara nak present. T.T

Sekian.

Tuesday, 17 February 2015

How to Do Well in Job Interview?

              

Last Friday,(13th February 2015) I had attended to an industrial talk.It was compulsory for all students of Kulliyah of Languages & Management.So,this is the summary of it:-  

         The talk mainly focuses on how to excel during jobs interview for young graduates. The first thing that the speaker told us was to set our goal in our mind about the things that we want to achieve, when we apply for a job. Our appearance on the big day has to be perfect. Like they said, first impression is everything. For examples, the way we walk in to the room, the way we dress, the way we smile and greet the interviewer, all those things are important for us in order to give a great impression in the interview.

Other than that, we were also had been told that communication is very important in getting a good job. Having a great communication skills is a bonus for us. Something that will make us stand out among other candidates that will apply for the same job as us. We must be prepared for all sort of questions whether it is about our personal life or it may be about the current issue. That is why we need to read a lot in order to gain more knowledge. Doing some research about the company that we apply for, will actually give some benefits to us. We need to know about the job task for the position that we apply for.

         Last but not least, as a student we need to perform well when are still studying in university. Our academic performance is priority number one. The highest CGPA will be considered as something great that can be highlighted in our resume. Despite our academic performance, we cannot neglect our curricular activities like joining a club or society. It is also a vital component for it can train our leadership skills and soft skills that are needed in the future. It is because, nowadays those companies that want to hire people do not want a person who is just a book wise. All young graduates need to be equipped with knowledge and communication skills that they can get throughout their studies period in university. As a conclusion, we need to prepare ourselves from now with knowledge and soft skills for getting a better future.



Info about the speaker of the Industrial Talk:



Name: Rohizat Baharum

Occupation: Director of Human Resources at Convex Malaysia Sdn Bhd