''Once kau blur,kadang-kadang akan munculnya penampakan muka nerd di wajahmu!''
Hahaha. Ayat tak boleh blah. >_<
Ni waktu minggu orientasi kat pusat asasi UIA atau pun lebih dikenali sebagai Centre of Foundation Studies(CFS). Kat sini kitaorang panggil Taaruf Week. Waktu ni lah kau rasa lain. Rasa macam dah matang sebab dah tak jadi budak sekolah dah. Waktu ni lah kau rasa dah senior daripada junior-junior hingusan di sekolah kau. Padahal,masuk-masuk situ,kau lah junior. -,-
Minggu orientasi sangat penting walaupun bosan gila. Like seriously. Duduk dalam dewan. Dengar itu dengar ini. Briefing. Aku jenis yang tak boleh duk diam. Kalau pasif je,rasa mengantuk. Sebab tulah time Form 5,dalam kelas aku akan perlahankan kipas waktu pagi takut aku terlentok semasa cikgu mengajar kat depan. :0
Well,minggu orientasi ni sangat penting. Take note! Waktu ni lah akan diberitahu pasal dokumen-dokumen yang kau kena ada,nak cop tu lah,tandatangan tu lah. Dapat beg,baju batik,tali leher,etc.(produk keluaran tempat kau belajar). Kena pakai baju warna seragam lah. Just in case kalau kau sesat,senang fasi-fasi nak cari. Tak payah buat announcement! Lulz.
Kat sini,kitaorang kena amik banyak test. Seriously! Test Bahasa Arab(APT),Bahasa Inggeris(EPT),Tilawah & Fardhu Ain. Tu je kot. Ke ada lagi. Banyak kan? Haa. That's what makes us special. Hahaha. Masuk-masuk dah kena ujian. Untuk budak yang amik B.Arab time SPM,APT takde soalan-soalan nahu,ikrob bagai. Balaghoh pun takde. Just kena buat ayat,baca petikan,tulis karangan. Those yang takde basic B.Arab,anda dibenarkan untuk tulis nama then keluar dewan awal. Nak cuba jawab pun boleh juga. Saya suggest,time cutilah korng pergi belajar basic Arab ngan geng korang yang ada belajar.
EPT pula,tak sama macam SPM tau. Takdenya nak kena tulis karangan,
''Write a story that starts with..''
No.No more narrative essay. Semuanya karangan fakta. Ada petikan.Baca dan jawab. And ada karangan yang paparkan bar graph or pie chart. Then kita kena ulas. Compare and contrast,etc. To be honest,tu korang boleh check soalan MUET or IELTS. Sebab format dia sama je. Untuk writing and reading lah.
Soalan Fardhu Ain dalam Bahasa Inggeris. Haaa. Yang Bahasa Melayu punya pun tak habis hadam lagi. Objektif semuanya.Pergilah tengok term-term yang berkait kat Google yer. Untuk Tilawah,revise balik hukum tajwid. Sebab nanti kau diminta untuk baca depan ustaz/ustazah. Diaorang nak dengar cara kau baca. Makhraj huruf,bertajwid atau tak.
And for your information,EPT and APT result do effect your year of study kat asasi. But,don't worry. I mean,nak cepat pergi mana? Seriously,bagi aku,EPT and APT ni sangat membantu improve aku punya bahasa. Bagi yang tak pernah belajar Bahasa Arab,time ni lah korang nak kenal keindahan Bahasa Syurga. Yer dok? EPT sangat bermanfaat. UIA kan English Speaking Campus. Dalam kelas subjek kos kau pun nanti,boleh kata most of the time,lecturer speaking BI je. Well,nanti dalam alam pekerjaan pun English ni still important. Kau tentu tak nak ketinggalan kan? So,belajar lah.Yang tak dapat BI A+ dalam SPM,time ni lah korang nak tebus balik.
And tolong sedar bahawa korang dah jadi mahasiswa & mahasiswi. Bukan lagi budak sekolah menengah. No more spoon-fed. Kena pandai urus masa untuk diri dan untuk study. Nak share satu quote. ''Better be late than being absent..''
Jangan ponteng kelas yer. Cukup beberapa kali,kau akan diharamkan untuk amik exam. Jangan kata tak bagi warning pula. Hahaha..
And yeah,tips berguna: Jadikan fasilitator sebagai kawan anda. Senang nak minta tolong,tanya itu ini,etc. Treat others like you want to be treated. Macam friends for benefits pula. Well,hidup biar berjasa,kan?
Thanks to the facilitators yang awesome menolong saya,Kamsahamnida! Owh yer. Buat lepasan SPM yang dapat asasi UIA,saya ucapkan selamat datang! Ahlan wa sahlan! Kalau ada sebarang soalan, jemput tanya di group Facebook ni: CFS IIUM 2016/2017
:D
P/S: Kat degree nanti,ada lagi minggu orientasi. Like seriously. >_<
Mood: Rindu CFS T.T
No comments:
Post a Comment