Nuffnang Ads

Showing posts with label spm. Show all posts
Showing posts with label spm. Show all posts

Sunday, 7 June 2015

Kais Pagi Makan Pagi


''Adabi. Melazatkan. Adabi. Menyelerakan. Mengandungi pelbagai rempah. Melazatkan kari dan kuah. Adabi. Adabi!''


Okay. Did I just promote Adabi? Never mind. Kids of 21st century wouldn't even know that. So, I bet you guys already know topik hari ni pasal apa,kan? Sorry kalau tajuk post ni buat korang 'touching'. Macam slot Bersamamu pula.. I didn't mean to make anyone sad. Motif aku tulis post ni, untuk share pengalaman, share cadangan. Yup. We're gonna talk about GST!!



...... kidding.


Bajet di universiti. Hmm. Baca dengan nada yang betul yer. Seriously,nada memainkan peranan. Budak bahasa akan belajar pasal ni. Under semantic. Kalau kau baca dengan nada sinis/sarkastik,it would sound like, ''showing off in university.'' Instead, what I'm trying to talk about is about bajet perbelanjaan. First of all, aku bukan budak kos ekonomi and yang setaraf dengannya. This is me, just share pengalaman, share cadangan.. There you go. I just quote myself.


Hari ni kita akan cakap pasal T.U.B.


1) Tempat 

Kau kena tahu,sekarang kau kat mana. Tempat kau duduk sekarang tu, kat pinggir hutan ke,kawasan kampung ke,tepi pantai or tengah bandar? Or even pekan? Tempat memainkan peranan penting in order for you to make a rough guess on the prices. Tak percaya? Burger McD yang kau beli kat mana-mana restoran McD yang berharga around RM3 something or even RM4, ada kemungkinan besar harga tu menaik kat tempat macam Genting Highland. Dulu time aku pergi time lawatan selepas UPSR, punyalah terkejut sampai tercekik. Tercekik darah.. Hahaha. Get it?  :p

Tempat yang grand or maju or senang kata banyak bangunan besar, peluang pekerjaan tinggi, those kind of places biasanya harga barang mahal than tempat yang berlawanan dengannya. Kalau kau melancong luar  negara or belajar oversea, tengok currency. Kalau tinggi duit negara tu daripada duit kita,means mahal lah barang dia. Bagi kau lah. Bagi diaorang,biasa-biasa je sebab they work there and they get their income.

2) Usha

Bukan usha awek eh. Tajdid balik niat, brother. Hahaha. Usha. Contemporary word. Perkataan yang budak-budak sekarang guna untuk ganti perkataan check. As in ''Cuba check cikgu dah datang ke belum.'' Tak lupa juga untuk ganti perkataan intai. As in ''Dia intai perempuan yang sedang belajar dalam kelas tu, melalui tingkap.'' There you go. I'm not that old. Pfftt.. Teens with their new words every day. It's sickening me..  -_-
\
Lol. Now I sound like a grandpa!

Usha harga barang kat kedai-kedai yang ada dalam kampus kau. Be it alat tulis or makanan. Compare and contrast. Alat tulis pun ada beza tau. Ada kedai jual mahal sikit. Biarlah 20 sen or 30 sen pun. Kau tak rasa sebab bukan kau yang kerja. #sentap. Lol. Ni bukan Tarbiyah Sentap eh. All I'm saying is,try to be jimat. Try to manage your money well. Kena pandai cari barang yang harga murah. Macam kartun Hagemaru pula aku ni.  :p

Untuk makanan pula,I know. Among you guys,mesti dah ada yang broke sebab beli makanan kan? Hahaha. I know right? Kau lapar so kau makanlah. Sebab ni bukan rumah yang boleh tambah bila kau nak tambah,so kau amik nasi banyak-banyak, am I right? Tak salah pun. I used to do that. Sekarang pun buat lagi. ONLY time really-really lapar. (Sorry Teacher, I just ruined English grammar..) Kalau makan lauk-pauk yang boleh pilih tu,that would cost something. Depend on kau makan apa lah. For me,biasanya ada dua. Ayam or ikan. Siapa yang tak suka ayam? But,lepas dah makan tu rasa macam nak menangis tengok harga makanan macam tu. :0

So,kurangkan makan ayam. Bukan tak boleh. Set. Dalam seminggu, bila kau makan ayam. Like, hari Ahad and Jumaat je ke. Etc. The rest, makan nasi with ikan. Try. It's cheaper. Owh. By the way,ada lagi satu cara yang boleh save duit. Makan makanan ala carte. Makanan yang dah dalam set. Senang kata, makanan yang kena order. Macam Nasi Goreng Kampung or Kuey Teow, etc. They cost lower than yang lauk-pauk yang pihak catering hidang tu.

3) Bajet

Amik wallet. Check. Berapa kau ada? Pergi atm machine,cucuk kad, check balance yang masih tinggal. Sekali lagi, ni bukan slot Bersamamu. I didn't mean to make anyone sad. Just nak bawa korang sedar sama-sama. Spend your money based on your lifestyle. Kalau duit belanja yang parents bagi kau RM100 2 minggu, janganlah spend macam kau dapat RM1000. Tiap-tiap hari makan mewah. Tiap minggu nak pergi pasar malam. Tiap weekend,lepak Midvalley.

Tak pun pergi The Gardens, One Utama, etc. You name it. Bajet. Jangan tahu spend je. Ingat orang yang kerja separuh mati nak dapatkan kau duit tu. Remember that. (Wait. Mata aku bocor lah pula..) 
And, aku tahu. Kadang-kadang bila dah susah macam ni, mesti ada bisikkan syaiton suruh kau curi itu ini. Aku nak share dengan korang apa yang ustaz kat sekolah aku dulu pernah cakap. Ustaz Muda nama dia kalau tak silap. Lebih kurang begini bunyinya,

''Biar kita mati kelaparan. Daripada kenyang dengan benda yang haram..''

Ni baru sentap namanya. Just ingat ni sampai bila-bila. Jangan lah sampai curi even desperate takde duit pun. Aku dulu pinjam duit kawan bila poket dah berhabuk. Pinjam sikit-sikit lah. Nanti senang untuk kau bayar balik. I know. Mesti akan rasa malu. So what? Kata kawan. Pinjam is 150 juta lebih baik daripada mencuri.  :')

I think that's all. Sekarang budak-budak UIA Gombak(kampus degree) tengah bercuti. So, bosan-bosan ni, jari-jemari ku gatal menulis kembali. Any suggestion for the next post will be highly appreciated. By the way, cara aku bajet? Average, sebulan dalam RM300 or RM250. Sehari RM10. Average eh. Breafast makanlah roti. Around RM2. Kalau lunch aku makan giler-giler around RM5, malam makan murah. RM3 tu boleh burger kot. Tak pun maggie.. which is not recommended. Hahaha. Anyway,good luck untuk korang yang baru nak start belajar. It's gonna be awesome. Siapa tahu, jumpa jodoh dalam first lecture? Hahaha. Haish. Tajdid niat anda brother and sister..  :p

Kidding!

Tuesday, 24 March 2015

UIA, Aku Jatuh Cinta!


''De...sir pasir di padang tandus. Segersang pemikiran hati. Terpisahku di antara cinta yang suci..''

LoL! Mode 'Ayat-Ayat Cinta' pula!  :p No lah. Don't worry! Aku bukan nak cakap pasal hal jiwang-jiwang. Hari tu ada junior tanya, why UIA? So,sementara aku tengah cuti midsem ni, bolehlah aku kongsi sikit pendapat aku kenapa aku belajar kat sini and apa yang lain pasal tempat aku belajar ni.

First and foremost, macam dalam karangan SPM Bahasa Melayu aku dulu, aku akan start dengan definisi. What is UIA? It stands for Universiti Islam Antarabangsa. Tak pun UIAM. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tak pun IIUM. International Islamic University Malaysia. UIA / UIAM / IIUM, merujuk pada benda yang sama.Ok?  :D



Triple I C E



Integration, Islamisation, Internationalization & Comprehensive Excellence.




1) Integration



Haaa. Ada sesape ingat topik Integration dalam Add Math? Hehehe. Well,menurut kamus yang aku refer,it means to make (a person or a group) part of a larger group or organization. Well, once belajar kat sini,kau dah jadi family member UIA. Kat sini panggil IIUM Community. UIA ni ada banyak cawangan. Ni based yang aku tahu, untuk tempat asasi ada 3, main campus pun ada 2.


Asasi/CFS

Centre for Foundation Studies.(CFS) a.k.a Pusat Asasi bahasa Melayunya. Kalau macam pusat asasi UM panggil PASUM,UIA ada CFS. Kitaorang ada 2 cawangan. CFS Petaling Jaya,CFS Gombak & CFS Gambang. Well, CFS Gambang tu baru lagi. Buat masa sekarang, certain courses je yang ditempatkan di CFS Gambang. The rest,kat CFS Petaling Jaya.Kat CFS Gambang sekarang,ada budak-budak kos sains. Like Medic,Allied Health Science,etc. Baru certain kos lah. Tak sume kos sains. Kos Engineering & ICT still kat CFS Petaling Jaya. CFS Gombak pula pada asalnya menempatkan pelajar kos ECONS. Katanya pelajar kos Human Science akan dipindahkan ke sana.

Main Campus

Ada 2. UIA Gombak & UIA Kuantan. Well,basically, UIA Kuantan untuk sume kos sains except for Engineering & kos ICT.Engineering & ICT kat UIA Gombak. Kos selain tu,which are non-science macam kos bahasa,law,kos agama,sains kemanusiaan,etc. In simple word kos sains sosial ada kat UIA Gombak. For your information,akan ada kampus baru bagi UIA. UIA Pagoh di Johor.


Well,that's it. Our family. Tak kira students,staff. Kitaorang semua satu keluarga yang besar.
IIUM Community.


2) Islamisation

''Kamu percaya jodoh,Fahri?''

''Ya. Setiap orang memilikinya.''

''..jodohnya masing-masing.Itu yang sering kamu bilang. Aku rasa Sungai Nil & Mesir itu jodoh. Senang ya kalau kita bisa bertemu dengan jodoh yang diberikan Tuhan dari langit.''

''Bukan dari langit,Maria. Tapi dari hati. Dekat sekali..''

Wuish. Bak kata Eqhwan, aktifkan mode Anti Tulang Rusuk Bergetar. Hahaha!  :p

Haaa. Bukan Islamisation yang ni yang aku maksudkan eh. Hihihi. Well,UIA ada usaha untuk islamize kan all aspects. Mainly dalam aspek ilmu. Tak kira ilmu bidang sains or bukan sains. UIA terapkan nilai-nilai Islam dalamnya. Justeru, pensyarah-pensyarah beragama Islam di sini digalakkan untuk terapkan nilai Islam dalam pembelajaran dalam kelas. Teringat lagi waktu aku kat CFS Petaling Jaya. Waktu kelas subjek Critical Thinking, aku punya lecturer,Sir Shahrizal Wahab,ada masanya dia akan kaitkan tentang Islam and he would say,

''Okay.Sekian sahaja tazkirah untuk hari ini..''

LoL! ;D
Those days. Sangat dirindui.

Just because someone tu bukan pelajar kos agama,doesn't mean dia tak perlu mendalami agama. UIA provides subjek-subjek dan kelas university requirement. Antaranya adalah,Understanding Islam, Religions in Islam,Basic Themed Al-Quran,Study Cirlce,Fardhu Ain,Tilawah & Halaqah @ Study Circle. Selain daripada subjek yang related to course yang pelajar tu amik,pelajar juga berpeluang untuk amik kelas-kelas yang disediakan UIA ni.


3) Internationalization 


UIA bukan sahaja untuk local students. Tapi untuk international students juga. Alhamdulillah.
Sejak masuk kampus Gombak ni,aku dapat ramai kawan baru dari serata dunia.


Ada yang dari India,Bangladesh,China,Singapore,Indonesia,Algeria,Nigeria,etc. Dapat belajar pasal budaya and bahasa diaorang. Even sekarang, aku dalam proses nak belajar Bahasa Perancis daripada kawanku yang dari Algeria! Oh La La. Bonjour! Hahaha. Best! Tak perlu merantau. Yup. Betul kata ayah aku. Tak payah susah-susah pergi luar negara. Orang dari luar yang datang sini. Haaa. Ikuti kisah aku sewaktu aku nak Terbang Jauh!  :D

Plus,UIA offer kelas Bahasa Inggeris & Bahasa Arab. Also know as English Placement Test(EPT) & Arabic Placement Test(APT).UIA is an English speaking campus. Pensyarah kitaorang most of the time speaking je memanjang dalam kelas. Well,for me,it is one way untuk aku improve Bahasa Inggeris aku. Bila lecturer dah speaking,students pun communicate dengan lecturer dalam Bahasa Inggeris.



4) Comprehensive Excellence


It means,kecemerlangan menyeluruh. Holistik. Bukan akademik je. Kitaorang pun ada macam universiti lain ada. Pasukan sukan,pasukan badan beruniform macam PALAPES & pasukan kelab-kelab macam debat,pantun,etc. Btw,try Google pasal pasukan debat Bahasa Inggeris IIUM. Other than that, UIA antara universiti yang offer subjek-subjek agama as university requirement subject.

I think,that's all from me. Aku tak kata sume yang masuk sini baik-baik belaka. Manusia. Rambut sama hitam. Hati lain-lain.UIA bukan khas untuk budak SMKA/SMA/IMTIAZ/DQ/Pusat Tahfiz etc. Budak sekolah harian biasa pun boleh masuk sini. Yang penting apply. Yang takde asas Bahasa Arab pun boleh masuk.

Kat mana-mana pun ada orang baik and orang jahat. Persoalannya,kita nak jadi yang mana satu?Pandai-pandai lah pilih geng kan. By the way,student perempuan kat sini diWAJIBkan bertudung & menutup aurat. So,rasa lah sikit suasana yang terjaga tu. Kat UIA ni,femes dengan lambakkan usroh. Banyak sangat usroh. Terpulang pada kau sendiri je nak join yang mana satu. All I can say is,UIA provide a platform. A unique one. Lain daripada lain.

By the way,nak promot sikit for those yang nak belajar di UIA: UIA/UIAM/IIUM

*maaf kalau ada salah silap*

Thursday, 5 March 2015

Mengorak Langkah




Assalamualaikum.

First and foremost,tahniah untuk semua lepasan SPM! Be it straight As or not. You have done your best and completed your studies in school.Isn't that great? Ceh! Ber'mat salleh pula aku. Tahniah korang! Alhamdulillah ala kulli hal. Those yang tak capai target tu,don't be so sad. Jadikan ini sebagai pembakar semangat! This is not the end of your life. Ini adalah permulaan untuk chapter yang baru dalam liku-liku kehidupan yang penuh dengan dugaan yang menanti.. Perghhh!! Dah lama gua tak berpuitis!  >_<

Siyes tak tipu.
Oklah. To be fair,biar aku ceritakan tentang SPM & Aku.
This is my result:

             

Haaa. Itulah dia. So,basically,korang sendiri boleh tahu aku ni ke arah mana. Yup. 
Aku Budak BahasaTime SPM lah pencapaian terbaik aku untuk Add Math. Hahaha! :p  
Subjek-subjek sains pun biasa-biasa je. Dari kecil memang dah minat ngan bahasa. 
Aku jenis yang lemah dengan nombor.


Pada hari amik result SPM 2012, aku tak letak harapan yang tinggi. Sebab aku tahu usaha aku tak setinggi itu. I know. My mistakes. Honeymoon. Yang masih bersekolah,jangan leka time Form 4 tau! Serious talk. Belajarlah daripada pengalaman orang lain. Untuk semua lepasan SPM,be ready for the next level. Ni ada cadangan untuk korang.


Cadangan teknik pemilihan kos:-



a) Jumpa kaunseling

Kau pergilah buat ujian personaliti ke tengok minat kau ke arah mana or minta nasihat kalau kau masih celaru minda tak tahu kau ni orang jenis otak kanan or otak kiri. Padahal,memang dua-dua otak kita guna. Lol!! Cuma cenderung lebih dominan yang mana. >_<



b) Bincang dengan parents

PENTING. Sebab parents kita lah yang besarkan kita. So,they had been watching us until now. Diaorang mesti tahu kita ni orang yang macam mana. Praktikal ke,jenis yang suka membaca dan menghafal ke,suka menulis ke,suka bercakap,etc. 

Selain itu,kita perlu dapat restu mereka berdua. Bukan time kau nak kahwin je kena minta restu. Time nak belajar pun. Kalau kau tu teringin nak belajar kat Mesir,katanya selepas tengok citer 'Ketika Cinta Bertasbih',teringin nak bajet ala-ala Anna Althafunnisa ngan Azzam. Belajar kat Al-Azhar.

Tak pun sebab kau teringin nak belajar kat bumi Anbiya di Jordan or memang kau teringin nak belajar kat luar negara. Kalau parents kata NO,means NO. Diaorang ada reason diaorang sendiri. Probably sebab risau keadaan negara tu tak selamat. Sedang bergolak ke,ada rusuhan or perperangan or ada gerakan anti-muslim,etc. They know better than us. Kan ''orang tua makan lebih garam daripada kita.'' Plus,kat Malaysia ada banyak universiti. Antara faktor pertama best belajar kat negara sendiri is senang nak balik rumah. Serius. Taklah homesick sangat. Kalau jauh pun,at least kau ada sanak saudara kat sini.



c) Solat istikhoroh

Haa. Ni bukan tajuk drama Melayu yang tayang kat ASTRO tu eh. Aku pun tak paham citer tu. Mana ISTIKHOROH nya?? Sekali lagi. LOOOOLLLLLL!! :D
Apa-apa pun,minta petunjuk daripada DIA. Minta agar diberikan petunjuk dalam membuat keputusan.  :)

Dalam hidup ni,we need both people.Orang pandai and orang baik. Kalau jadi dua-dua lagi bagus. To those yang tak capai target,nangis pusa-puas. Then,STOP. Start tanam azam baru untuk berusaha di peringkat seterusnya pula. Be it matrik,asasi,form 6 or diploma,etc. ASALKAN sambung belajar. TAK KIRA kat mana pun.


Luangkan 5 minit anda dengar tazkirah daripada Mat Luthfi ni. AJAK parents sekali.

Monday, 23 February 2015

Blur




''Once kau blur,kadang-kadang akan munculnya penampakan muka nerd di wajahmu!''



Hahaha. Ayat tak boleh blah. >_<

Ni waktu minggu orientasi kat pusat asasi UIA atau pun lebih dikenali sebagai Centre of Foundation Studies(CFS). Kat sini kitaorang panggil Taaruf Week. Waktu ni lah kau rasa lain. Rasa macam dah matang sebab dah tak jadi budak sekolah dah. Waktu ni lah kau rasa dah senior daripada junior-junior hingusan di sekolah kau. Padahal,masuk-masuk situ,kau lah junior. -,- 

Minggu orientasi sangat penting walaupun bosan gila. Like seriously. Duduk dalam dewan. Dengar itu dengar ini. Briefing. Aku jenis yang tak boleh duk diam. Kalau pasif je,rasa mengantuk. Sebab tulah time Form 5,dalam kelas aku akan perlahankan kipas waktu pagi takut aku terlentok semasa cikgu mengajar kat depan. :0

Well,minggu orientasi ni sangat penting. Take note! Waktu ni lah akan diberitahu pasal dokumen-dokumen yang kau kena ada,nak cop tu lah,tandatangan tu lah. Dapat beg,baju batik,tali leher,etc.(produk keluaran tempat kau belajar). Kena pakai baju warna seragam lah. Just in case kalau kau sesat,senang fasi-fasi nak cari. Tak payah buat announcement! Lulz.

Kat sini,kitaorang kena amik banyak test. Seriously! Test Bahasa Arab(APT),Bahasa Inggeris(EPT),Tilawah & Fardhu Ain. Tu je kot. Ke ada lagi. Banyak kan? Haa. That's what makes us special. Hahaha. Masuk-masuk dah kena ujian. Untuk budak yang amik B.Arab time SPM,APT takde soalan-soalan nahu,ikrob bagai. Balaghoh pun takde. Just kena buat ayat,baca petikan,tulis karangan. Those yang takde basic B.Arab,anda dibenarkan untuk tulis nama then keluar dewan awal. Nak cuba jawab pun boleh juga. Saya suggest,time cutilah korng pergi belajar basic Arab ngan geng korang yang ada belajar.


EPT pula,tak sama macam SPM tau. Takdenya nak kena tulis karangan, 


''Write a story that starts with..'' 

No.No more narrative essay. Semuanya karangan fakta. Ada petikan.Baca dan jawab. And ada karangan yang paparkan bar graph or pie chart. Then kita kena ulas. Compare and contrast,etc. To be honest,tu korang boleh check soalan MUET or IELTS. Sebab format dia sama je. Untuk writing and reading lah.


Soalan Fardhu Ain dalam Bahasa Inggeris. Haaa. Yang Bahasa Melayu punya pun tak habis hadam lagi. Objektif semuanya.Pergilah tengok term-term yang berkait kat Google yer. Untuk Tilawah,revise balik hukum tajwid. Sebab nanti kau diminta untuk baca depan ustaz/ustazah. Diaorang nak dengar cara kau baca. Makhraj huruf,bertajwid atau tak.


And for your information,EPT and APT result do effect your year of study kat asasi. But,don't worry. I mean,nak cepat pergi mana? Seriously,bagi aku,EPT and APT ni sangat membantu improve aku punya bahasa. Bagi yang tak pernah belajar Bahasa Arab,time ni lah korang nak kenal keindahan Bahasa Syurga. Yer dok? EPT sangat bermanfaat. UIA kan English Speaking Campus. Dalam kelas subjek kos kau pun nanti,boleh kata most of the time,lecturer speaking BI je. Well,nanti dalam alam pekerjaan pun English ni still important. Kau tentu tak nak ketinggalan kan? So,belajar lah.Yang tak dapat BI A+ dalam SPM,time ni lah korang nak tebus balik.

And tolong sedar bahawa korang dah jadi mahasiswa & mahasiswi. Bukan lagi budak sekolah menengah. No more spoon-fed. Kena pandai urus masa untuk diri dan untuk study. Nak share satu quote. ''Better be late than being absent..'' 

Jangan ponteng kelas yer. Cukup beberapa kali,kau akan diharamkan untuk amik exam. Jangan kata tak bagi warning pula. Hahaha..

And yeah,tips berguna: Jadikan fasilitator sebagai kawan anda. Senang nak minta tolong,tanya itu ini,etc. Treat others like you want to be treated. Macam friends for benefits pula. Well,hidup biar berjasa,kan?


Thanks to the facilitators yang awesome menolong saya,Kamsahamnida! Owh yer. Buat lepasan SPM yang dapat asasi UIA,saya ucapkan selamat datang! Ahlan wa sahlan! Kalau ada sebarang soalan, jemput tanya di group Facebook ni: CFS IIUM 2016/2017

:D


P/S: Kat degree nanti,ada lagi minggu orientasi. Like seriously. >_<




                   Mood: Rindu CFS  T.T