Nuffnang Ads

Saturday 25 October 2014

Bahasa Jannah


Bahasa Arab Komunikasi. Yup. Subjek ekstra yang aku ambil untuk PMR.
To be honest, sebelum ni takde pengalaman pun belajar subjek Bahasa Arab pada peringkat sekolah rendah. Zero.  :0

Habis tu? Kenapa pula ambil Bahasa Arab untuk PMR?
Buang tebiat??  -,-
*tetibe*

Meh sini nak cerita.  :)

               
             Al-Kisah,tersebut lah cerita seorang pemuda yang pertama kalinya belajar di Bumi Kelantan.SMK Dato' Ismail yang terletak di Pasir Puteh. Or also known as SMK(A) Dato' Ismail. 'A' nya dalam kurungan sebab Bahasa Arab bukan merupakan subjek wajib di sekolah itu. Kelas aliran agama. Only selected classes je yang ada Bahasa Arab. Untuk Form 1 & Form 2,ada 3 kelas yang tawarkan subjek Bahasa Arab. Form 3 je yang tawarkan 1 kelas untuk Bahasa Arab.

             Kisahnya bermula sewaktu pemuda itu mula bersekolah di situ. Bahasa Arab.
''Habislah..Mana ada belajar time sekolah rendah..'' rungut hatinya. Benar. Setakat 'wahid, isnani, salasa' tu bolehlah. Cuba suruh dia sebut sampai nombor 20. Ke laut jadinya. Dia bertemu dengan guru Bahasa Arab nya. Ustaz SnS. Setiap kali belajar, pemuda itu berasa malas. Kena buat ayat lah. Tulis karangan lah.Hafal sifir fe'el madhi pun kadang-kadang tergagap.

''Kataba katabaa katabu. Katabat katabata katabna. Katabta katabtuma katabtum. Katabti katabtuma katabtunna. Katabtu katabnaa.''

Tu bukan mentera nak mandrem-mandrem eh. Husnul dzhon sikit.  -__-
Tu sifir fe'el madhi.(past tense)


Ha.Ni bukan rancangan Roda Impian.Ni lah sifir yang dimaksudkan tu.Kena hafal,you know! Pernah dulu,setiap kali kelas bermula, Ustaz SnS akan wajibkan pelajar-pelajar tasmik sifir fe'el dulu. Lancar baru duduk.Mula lah mulut tersyashul-syashul..  :p


Sebab minatnya tiada. Sampaikan,dia akan doa yang macam-macam.

''Ya Allah,semoga Ustaz SnS tak datang sebab MC..''

''Semoga Ustaz SnS ada meeting yang lebih penting..''

''Semoga Ustaz SnS pergi bercuti..''

Yup. Semoga Ustaz SnS itu ini.Asalkan tak datang kelas.

Sebab dia malas and muak nak belajar Bahasa Arab.
Tahu tak?Bahasa Arab tu susah!!
Katanya.  -,-


Tahun demi tahun. Sampai ke Tingkatan 3, Ustaz SnS lah yang kekal sebagai guru Bahasa Arab untuk kelasnya.Markahnya tetap sama. Angka 1 digit tu sudah menjadi kebiasaan.Baginya ketika itu, angka 2 digit macam 18% or 20% macam tu. Still,gred E. Tak pun D.

Entah mengapa dan bagaimana. Pada pertengahan tahun, sebelum Trial PMR menjelang, dia tersentap keseorangan.

''Kalau bukan PMR,bila lagi aku nak dapat 'A' ?'' bisik hatinya.

Semuanya berubah.Setiap kali kelas Bahasa Arab bermula, dia akan simpan semua buku-buku yang tidak berkaitan.Alhamdulillah.Dia mendapat keputusan seperti yang diharapkan olehnya.


Betul lah kata pepatah orang putih:-


''Do what you love and love what you do!''

Mesti ada minat.Kalau dah tak minat,yang senang pun jadi susah..
Siapa lagi yang kena belajar bahasa Al-Quran kalau bukan orang Islam sendiri.

                                                        Ustaz Sanusi & me


Jazakallahu khoiron kasiron!
Uhibuk,yaa muallim!
^_^

No comments:

Post a Comment