"Aku benci i'rob!! AKU BENCI!!"
Kata-kata itu mungkin akan dapat didengar sekiranya kalian kenal dia. Jejaka Bahasa.
Dia merupakan pelajar baru di sekolah itu. Jejaka Bahasa masuk ke sekolah itu di tingkatan 4. Sebelum ini,dia belajar di sekolah harian biasa. Sekolah SMK. Tetapi ada kelas aliran agama.
Dia membuat keputusan untuk pindah ke sekolah SMKA untuk menyambung belajar Bahasa Arab. Ini kerana sekolah SMK nya itu hanya menyediakan kelas Bahasa Arab untuk Tingkatan 1 - 3.
Namun,dia berasa sedikit kecewa. Bahasa Arab Tinggi bukanlah semudah Bahasa Arab Komunikasi. Jejaka Bahasa berasa sangat sukar mempelajari Bahasa Arab. Setiap kali kelas Bahasa Arab,dia berasa sangat takut. Seolah-olah sedang diburu. Ya. Diburu. Diburu dengan Ustazah.
Ustazah RM. Ustazah yang mengajarnya di Tingkatan 4. Soalan yang paling ditakutinya adalah,
"Bangun. Awak sila Ikrob perkataan tu."
Tiada jawapan yang diberikan.
Jejaka Bahasa hanya mampu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
Keputusan subjek Bahasa Arabnya selalu 40 ke bawah. Sekiranya dia berjaya mendapat markah 40,dia sudah rasa bersyukur kerana dia tahu dia tidak mampu.
Naik di Tingkatan 5,Jejaka Bahasa terpaksa turun kelas kerana memperoleh keputusan peperiksaan akhir tahun yang sangat teruk di tingkatan 4. Dia yang dahulunya berada di kelas yang pertama,turun 2 anak tangga. Memasuki kelas yang ketiga. Siapa sangka,pelajar yang dahulunya berjaya mendapat 9A di peringkat PMR mendapat keputusan yang corot di peringkat menengah atas. Dia sedar,ini salahnya sendiri kerana banyak menghabiskan masa dengan sosial media berbanding dengan membaca buku.
Pada awal tahun dia bertekad untuk belajar Bahasa Arab dengan semangat yang baru. Ini kerana,gurunya juga baru. Guru yang berbeza. Ustazah RA. Ustazah RA tidak begitu tegas seperti Ustazah RM. Itu yang membuatkan Jejaka Bahasa bersungguh-sungguh untuk belajar dengan semangat baru. Untuk menjadi lebih rajin dalam menanyakan soalan jika tidak tahu.
Namun,sudah menjadi 'adat' di sekolah itu untuk menukar jadual kelas setiap tingkatan. Perkara itu sangat menjejaskan hal lain. Apabila jadual kelasnya diubah,Ustazah RA tidak lagi mengajar kelasnya. Ya. Dia bertemu semula dengan ustazah tingkatan 4 nya itu. Ustazah RM.
Rancangannya untuk mempunyai semangat baru terbatal di situ sahaja. Dia belajar seperti biasa. Tetapi bukan luar biasa. Kini dia sudah berjaya untuk memperoleh markah melebihi angka 40.
Di dalam kelasnya itu,terdapat seorang pelajar perempuan yang selalu mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas berbanding dengan pelajar yang lain. 50 atau 50 lebih. Markahnya.
Jejaka Bahasa berasa cemburu. Jejaka Bahasa telah mula tinggal di asrama sejak awal tahun di tingkatan 5. Aktiviti pelajar asrama di situ,setiap kali selepas Maghrib,pelajar-pelajar asrama akan membaca Al-Quran sehingga Isyak. Setelah itu,mereka akan pergi mengulang kaji dan menyiapkan kerja rumah.
Pada suatu Maghrib sewaktu pertengahan tahun,sesuatu telah berlaku. Semasa Jejaka Bahasa sedang mengaji,membaca Kalam Allah,dia berasa sesuatu. Perasaan yang syahdu mula terbit di hati. Dia melihat ayat-ayat suci yang dibaca .Ada perkataan yang difahaminya.
Wa = Dan
Hum = Mereka
Laa = Tidak/Jangan
Laa = Tidak/Jangan
Dan sebagainya. Tapi bukan semua.
Dia berasa beruntung walaupun dapat memahami hanya beberapa perkataan. Terlintas di kepalanya satu soalan,
"Tahun ni last aku belajar Bahasa Arab.(SPM),Kalau bukan sekarang,bila lagi aku nak dapat A?"
Tiba-tiba dia mula menangis.
Sejak itu dia mula bertekad untuk berubah. Buku Fuyoo Nota Ajaib Bahasa Arab menjadi kawan rapatnya. Dia muka berani untuk bertanya di dalam kelas. Setiap kali apabila kelas bermula,dia akan simpan semua benda yang tidak berkaitan dengan subjek Bahasa Arab. Kedudukan mejanya yang berada betul-betul di meja guru,membuatkan urusannya menjadi lebih mudah.
Perlahan-lahan,dia mula menjadi rapat dengan ustazahnya itu. Jejaka Bahasa Arab sering ke bilik guru untuk rujuk kepada ustazahnya itu. Gurunya yang tegas dulu,tidak lagi ditakutinya. Tetapi,mula dihormatinya. Ustazah RM tidaklah garang. Tetapi tegas. Tegas demi kebaikan pelajar-pelajar.
----------------------
*Tahun kemudiannya*
Beberapa bulan sebelum keputusan SPM diumumkan,Jejaka Bahasa sering ke sekolah. Dia tidak mendapat panggilan PLKN. Masanya diisi dengan berada di sekolah. Berjumpa dengan guru-guru,menjaga koperasi serta bersembang dengan para junior.
Pernah suatu hari,dia mengganti guru yang tidak hadir. Dia mengajar pelajar tingkatan 1 Bahasa Arab. Tiba-tiba,Ustazah RM datang di kelas itu. Dia ingin berjumpa dengan salah seorang pelajar kelas itu. Ustazah RM tersenyum melihat Jejaka Bahasa berdiri di hadapan kelas yang sedang menulis di papan putih itu. Pelajar yang dahulunya apabila diminta Ikrob,akan menggaru kepala. Kini,dia berdiri di hadapan para junior. Formula/Akronim untuk mengingati Nahu atau Balaghoh yang dia tahu,dikongsinya kepada junior.
Jejaka Bahasa turut senyum. Dia berasa terharu kerana telah membuatkan ustazahnya bangga.
Alhamdulillah. Meskipun tidak mendapat Straight A dalam SPM 2012,dia berjaya mendapat A untuk subjek Bahasa Arab Tinggi. Keseluruhannya,dia mendapat 5A dalam SPM. Jejaka Bahasa tidak kecewa. Kerana dia tahu,hasil akan sama dengan usaha.
-----------------------
Kini,(2016) Jejaka Bahasa sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dia merupakan pelajar kos English for International Communication di bawah Kulliyah of Languages & Maanagement. Minatnya terhadap bahasa Arab masih lagi kekal. Cintanya terhadap Bahasa Syurga tidak hilang begitu sahaja, Dia mula mengambil subjek Bahasa Arab.
Kisah-kisah liku perjalanan hidupnya boleh dibaca di:
polyglot2be.blogspot.com
Siapa dia?
Dia ialah aku.
-Jejaka Bahasa-
No comments:
Post a Comment