Nuffnang Ads

Monday 16 March 2020

Perempuan,Inai & ...

Ada satu kisah yang berlaku di sebalik program ini. Funny one actually. So,as a promoter,well budak-budak kelas aku memang pandang aku sebagai Encik Wartawan takpun Mr.Google. Sebab aku selalu update benda-benda yang berlaku kat kampus. Disebabkan majoriti classmate aku tu perempuan, and program ni ada hadiah untuk siapa yang datang awal,dapat henna(inai),so,aku rasa seperti terpanggil untuk promot kepada mereka.

It happened sebelum kelas bermula. Time tu kelas terakhir untuk most of us. Kelas pukul 5 petang. Kami semua duk tunggu untuk masuk ke dalam kelas since dalam kelas tu still ada pensyarah lain and student-student lain. Sementara menunggu mereka semua keluar,aku pun mulakan tugasku sebagai promoter.

''Malam ni,ada program kat Experimental Hall. Al-Andalus. Earlybirds dapat inai/henna nanti.'' kataku cuba menarik perhatian.


Riak muka mereka menunjukkan rasa minat tetapi tidak seperti 2 kawanku ini. ''Nab'' dan ''Elly''. 
Mereka berdua menghampiriku untuk mendengar apa yang diperkatakan.

''Weyh,weyh. Apa dia?Program apa? Dapat henna(inai) eh?? Serius ah?''

Aku hanya mengiyakan tetapi tidak menjelaskan dengan terperinci kepada mereka kerana fikirku bahawa mereka berdua tidak berminat program-program seperti ini dan mungkin mereka sibuk dengan hal yang lain pada malam itu.

Tetapi,TIDAK..

Pada malam itu,aku dalam dilema. Ada 2 program yang berlangsung serentak. Program Al-Andalus itu dan program mengenai bahayanya rasuah. Mulanya,aku datang ke program talk berkenaan rasuah. Disebabkan program itu belum bermula,aku pergi ke Experimental Hall untuk melihat keadaan pogram Al-Andalus. Dan aku cuba peruntukkan masa dalam 15 - 30 minit untuk berada di situ sebelum kembali ke program talk berkenaan rasuah sebentar tadi. Masa yang diperuntukkan telah habis. Lalu aku bangun perlahan-perlahan untuk tidak menganggu konsentrasi penonton-penonton yang lain.

Pada waktu itu,keadaan di dalam dewan itu sudah penuh sehinggakan ada yang terpaksa duduk di tangga. Keluarnya aku dari dewan itu,aku terlihat 2 orang yang agak familiar di pintu masuk dewan.

''Hey,Eizat! Hang pun datang?'

kata Nab. Rakan sekelasku itu. Dia ditemani dengan Elly pada waktu itu.

''Hey!'' kataku.

Mereka melambaikan tangan lalu masuk ke dewan dengan muka yang teruja. Penuh dengan adrenalin. Aku beransur ke program yang lain. Sedikit terkejut melihat kehadiran mereka. Mungkin mereka minat program seperti ini. Aku tersenyum keseorangan.

Tibanya aku di tempat program talk berkenaan rasuah itu,aku menarik nafas dan cuba memberi fokus pada isi-isi program yang disampaikan oleh panel-panel yang hadir. Dan setelah beberapa minit,ada 2 orang yang menghantar mesej via Whatsapp kepadaku ketika itu:

''Woi,Eizat! Henna apanya?''

''Apa talk ja ni''

''Grrr.. Marah ni.''

''Henna kat Andalus ka?''

''Mende apa ni wehhh? Ngantuknya..''

''Mende henna nya weh.''

''Dah ah ngantuk ugh.''

''Apa yang dia ngarut tu weh??''

Sekali lagi,aku senyum.

Emosi Budak & Filem 'Inside Out'



Alhamdulillah. Aku pernah diberikan peluang untuk 'membedah filem' dalam suatu program yang diberi nama Bibliophilia. Program Bibliophilia merangkumi dua benda iaitu 'membedah buku' & juga 'membedah filem'. Aku ditawarkan untuk membedah filem.

-INSIDE OUT-

Filem animasi 2015 keluaran PIXAR yang lain daripada lain pada tahun ini. Bermain dengan emosi,kisahnya fokus pada seorang gadis kecil. Seorang yang dahulunya emosi dominannya adalah gembira(Joy),kini itu semua berubah setelah dia berpindah ke bandar baru yang jauh daripada rumah lamanya yang selesa serta jauh daripada rakan-rakan baiknya.

Di sini kita dapat melihat bahawa betapa pentingnya untuk memastikan emosi seseorang itu terkawal dan dalam keadaan yang baik. Cerita ini mengingatkan aku pada suatu post di Facebook mengenai kisah seorang budak yang kematian ibu bapanya. Dia kemudian dibesarkan oleh neneknya yang sudah tua lagi daif. Pengawasan terhadap dirinya yang kurang,anasir-anasir jahat mengambil peluang. Dihampirinya dia oleh golongan yang sudah tidak sepenuh waras lagi akal pemikiran mereka. Budak itu diperkenalkan dengan gam. Ya. Dia diajar untuk menghisap gam. Setelah lama bersama mereka,budak itu kemudiannya disuruh untuk mencuri barang daripada rumah orang. Pada suatu hari,dia tertangkap oleh tuan rumah yang ada ketika itu.

Sayang. Children's emotion are so simple yet so fragile. They don't have the ability to control it. Unlike the adults that have complex emotions due to the experiences that they have gone through in life and already being able to control some part of it.

Mesej yang cuba aku sampaikan semalam adalah,emosi itu penting untuk dijaga. Kerana itu akan mengorak hidup kita tanpa kita sedar. Tapi,tidak bermakna kita perlu gembira sepanjang masa. Adakalanya kita akan menangis,marah dan sebagainya kerana semua itu membentuk siapa diri kita pada hari ini. Emosi perlu dibimbing dan disalurkan pada saluran yang betul. Lebih-lebih lagi,kanak-kanak. Jangan dimarahi selalu. Perlu sentiasa beri kata-kata positif.

P/S:Thanks to penganjur and thanks to those yang datang! Dah lama tak bedah movie. 
Insha Allah,jika diberi peluang lagi,aku beraksi lagi! :D

Photo by Aini Syahira.

Soal Tanya



Semantics. The study of meaning.Siapa yang amik kos bahasa akan jumpa perkataan tu. Contohnya perkataan 'Mereka'. To some people,ecpecially designer or architect ke,diaorang akan tafsir the word 'Mereka' as in designing. To others,it's just simply means They.

It's amazing how words can be interpreted differently by different people. Sebab itu juga kadang-kadang akan munculnya perbalahan,persengketaan gara-gara salah faham yang berlaku terhadap kata-kata yang diperkatakan.

Let's say,I suddenly stop talking. Well,people that know me will know that I'm a talkative person. So,one day aku pergi jumpa kawan. And I don't talk much. Bila dia tanya aku okay ke tak,aku jawab ok je. Tanya sepatah jawab sepatah. Dia mungkin interpret yang aku emo lah,kera sumbang lah,ada dendam kesumat dengan dia lah. Hasad dengki bagai etc. Tapi actually,I just have a toothache. Sakit gigi.

So,ask. Don't assume. Tanya. Jangan pandai-pandai nak buat kesimpulan. Sebab tafsiran manusia tak selalu tepat. Siapa kita nak tahu semua benda? Hanya DIA je yang Maha Mendengar & Maha Mengetahui. Sebab sikap kita yang suka tunjuk pandai 'meneka' isi hati orang tulah yang menimbulkan perbalahan. Lepas tu,cakap kat orang lain yang si dia tu tak nak kawan dah etc.Padahal diam sebab sakit gigi. Well,I did assume before this. Ends up,aku yang rasa miserable.

Apa yang korang boleh interpret daripada gambar ni? Yang tengok citer keluaran Marvel,akan cakap tu pose time Spiderman nak keluarkan spider web. To others,they might interpret it as Rock n Roll. Or yang paranoid,probably going to say Illuminati or Freemason punya simbol.

But,to minority people yang tahu sign language,pekak or bisu or just suka sign language,they will know this is the sign of saying, "I Love You." Tengok 3 gambar yang kotak bahagian atas tu. Dari kiri,huruf I,L,Y. All together jadi:

I
Love
You

^_^

Oppaaaa!!



Pada suatu hari zaman aku belajar dulu, sewaktu aku di kafe bersedia untuk makan lunch, terserempaklah dengan seorang yang ada 'mutual friend' dengan aku. Means,kawan aku,kawan dia juga. Pelajar dari China. Nama dia Isa. Aku tanyalah mana kawan aku Yusuf tu. Diaorang dua from China. Isa cakap yang Yusuf pergi berjimba kat Langkawi. Advance giler. Aku yang Malaysian ni pun tak sampai sana lagi. Kebetulan dia pun tengah lunch sorang-sorang,aku pun temanlah. Then ada kawan dia datang duduk sebelah aku. Aku intro sikit.

''Wo jiao Eizat. Wo shi malai ren.''

Dia pun gelak. Hopefully bukan sebab aku salah pronounce. 
Lol. Aku pun tanya dia,

''Bu hao yi si, ni jiao shenme mingzi?''

Ya'kub namanya.
Then diaorang pun makan. Aku yang tengah tunggu mood makan datang, joinlah sembang sekali. Tanya Isa,

''Do you know any Korean singer?''

*sabit lah sangat aku tanya orang yang dari China pasal Korean culture* -_-

Dia kata tak sangat. tahulah sikit-sikit. Isa cakap dia tak minat Kpop-Kpop tu. Jatuh saham dia. Yerlah, kawan-kawan perempuan dia kat China tu bila dengar pasal Kpop or tengok Kpop je terus, 

''Oppaaaaa!!''

Hahaha.. Aku gelak dengar reasoning dia. Tapi kan, tak tahu nak kata ironic atau apa, muka dia ada iras-iras sikit dengan Park Chan-Yeol.(EXO)

Then sembang pula dengan Ya'kub. Kesian pula dia rasa awkward sebab aku tak cakap apa-apa. Aku start dengan citer pasal Xiaolin Soccer. Citer femes zaman aku kecil. Nak tahu dia tengok ke tak. Then dari situ, cakap pasal Tai Chi pula. Hahaha.. Kehabisan modal. Tapi, takpe. Orang kata yang penting confident! Dia kata yang Tai Chi tu sejenis martial art. Baru aku tahu. Ingatkan yang Tai Chi tu satu bentuk meditasi ala-ala Yoga.

Lepas tu, kitaorang sembang pula pasal citer Journey to The West. 
Citer pasal monyet yang ada tongkat ajaib tu pula.....

The X factor



This is when I was Simon Cowell. Lol. Elly(the that was wearing spectacle) was Rachel and Nab was Demi Lovato. We were the judges like The X Factor.

But,yesterday was more intense. It was a mock-interview that me and my other classmates had to carry out for English for Workplace(one of the subject that we're taking this semester) This picture was the moment my group became the interviewers. Sitting in front of us were 3 candidates. Freshly graduated from local university.

"BUT, we only hire the BEST out of thousands of applicants that apply for our company." 

I said. Making the atmosphere less comfortable. Trying to push them to the limit.

It is because,some students in university take things for granted and lack of experience. To their eyes,it seems that working is all about fun. Unfortunately,no. There will come the day where they will be at the lowest part of their life,being shouted at and other terrible things that you can imagine.

Alhamdulillah. All candidates managed to answer the questions well even though I gave them a lot of pressure. Sorry girls. By the way,great job everyone! 

P/S: That's me trying to look as mean as possible.

:p

Sebenarnya Saya Student Dia




Ni lecturer Bio. One of my favourites. Actually,semua aku sayang. Ni yang dapat jumpa time Raya tahun 2016. Cikgu Rohani. Pensyarah subjek Bio time aku belajar di Kolej Matrikulasi Melaka. So,here's a story.

Cikgu Rohani was my lecturer untuk time amali. Lab session. But,sometimes ada certain masa dia mengajar dalam kuliah juga. Dia lah yang ajar cara-cara nak guna mikroskop dengan betul,ajar pasal nama-nama organelle,beza Rough Endoplasmic Reticulum & Smooth Endoplasmic Reticulum,etc. In simple word,dia antara yang pensyarah Bio yang memupuk minatku terhadap subjek Bio.

And yeah,aku pernah kena marah dengan dia.Habis rekod #BudakBaik aku. It was the time masa dalam makmal. Buku Jotter. Budak matrik mesti tahu. Buku yang kitaorang guna untuk tulis prosedur eskperimen and other things yang disuruh.Time tu,tugasannya adalah untuk lukis balik spesimen-spesimen keratan sel yang kitaorang perhati guna mikroskop. You know what I did wrong? Aku pergi ambil buku classmate aku,Nur Syulaika and fotostat gambar yang dia dah lukis. Then,aku potong and gam kat dalam Buku Jotter tu. So,memang patut pun task aku tu direject and kena marah dalam makmal.

But,guess what? Because of that,aku jadi rapat dengan dia.Unit Bio a.k.a Bilik Pensyarah-pensyarah Bio merupakan tempat aku selalu 'lepak'. Selalu jumpa lecturer-lecturer Bio kat situ,antaranya Teacher Fiqa Mohamed,Teacher Noraini and Cikgu Rohani. Di samping buat revision subjek Bio,aku juga dapat menghilangkan peluh tiap kali masuk Unit Bio.Aircond kot. So yeah,rajin-rajinkan lah diri pergi bilik lecturer yer. Hehehe. Just kidding! :p

Pertemuan aku dengan Cikgu Rohani has brought back memori lama aku. Termasuklah cita-cita lama aku to become a doctor. Haaa. Yup. That was my dream sebelum aku melanjutkan pelajaran di tempat lain dalam kos non-science. Still,minat tu ada lagi sedikit. Jauh di sudut hati. Masa beraya di rumah dia baru-baru ni,kitaorang sembang pasal isu kelayakkan budak matrik untuk jadi doktor kot. Lol. Sangat rare perbualan yang biasa kau dengar time musim Raya ni. Hahaha. :D

I told you that I once wanted to become a doctor. Tu yang baca buku #Diagnosis tu.
#Diagnosis2 belum beli lagi. Anyone would like to buy it for me? Hihihi.. :D

P/S: Terima kasih cikgu atas ilmu dan memori indah di matrik. Maaf atas salah silap yang pernah saya lakukan. Kosong-kosong.

Lie To Me

Photo by Siakap Keli

PERNAH KENA??
Aku pernah. But,bukan kat Melaka. Kat sini. Dulu time zaman aku kat asasi UIA PJ, kalau gi Midvalley,akan nampak these people kat area berhampiran kaunter tiket KTM Midvalley tu. Dekat ngan tangga eskalator nak naik ke Midvalley. Tempat orang ramai lalu lalang. Situ mereka punya port. Sekarang tak tahu ada lagi atau tak.
Tahun ni pun ada jumpa juga. Tapi kat dalam mall. NU Sentral. Mereka take one step further tu. Yang aku jumpa ni seorang lelaki remaja dalam 20-an, berbangsa cina. Pakai seluar pendek and t-shirt. Dia tahan aku. Kali ni yang aku jumpa ada improvement sikit dia punya skill. Tapi aku sebagai pelajar komunikasi dapat detect those lies. Dia speaking English sikit. Baru nampak macam professional punya matter kan.. Dia kata ni assignment project apa benda tah. Layan je lah.. Aku memang dah tahu yang tu tipu. Sebab apa?

1) Dia tak bagi penjelasan yang assignment dia pasal apa? Orang kalau turun padang sebab kena buat assignment, bagitahu lah tu untuk subjek apa, nama kau siapa. tunjuk matric card. dari universiti mana.
2) Takde surat pengesahan,proposal ke atau apa-apa surat bertulis yang mengatakan tu benar. Well,kalau urusan yang melibatkan duit ni, kalau benar dia kata tu assignment,(which is official matter) mesti ada kot black and white.Mesti ada bukti bertulis mcm surat minta sponsorship etc.
3) Pakaian tak formal. Tahulah bukan kat kuliah. But, kita dress to impress. Sangat tak professional bila kau berpakaian macam tu when you're doing an official matter. Aspek 'Kredibiliti' kot.
4) And tak lain tak bukan, kenapa aku kena bagi dia duit baru dia dapat markah dari 'so-called lecturer' dia? Ok fine. Let's say lecturer dia nak tengok student mana hebat bab entrepreneurship ni. Diaorang kena jual barang. But still, logik ke aku bagi dia duit dalam RM10/ RM15 or RM20 and then dia bagi aku key chain yang langsung tak sampai RM10?
Tu je kot aku nak komen. Tapi, aku salute lelaki tu punya skill berlakon. Time tengah dia explain-explain, aku pura-pura macam ada minat nak dengar, aku tengok kat buku yang dia pegang tu.
5) And then dia tanya aku asal mana. Aku cakap aku dari Melaka. Dia pun cakap dia dari Melaka. Itu taktik nak rapatkan jurang bro.. Dalam term communication yang kitaorang belajar, it's called 'Creating Solidarity'. Cari persamaan yang ada kat kita ngan stranger yang baru kita kenal so that stranger yang kau baru jumpa tu tak rasa awkward giler. Pandai lelaki tu. Dia tahu yang kitaorang ada Social Distance.
6) Masa dia explain pun, dia tak berani lawan balik bila aku pandang straight ke dalam mata dia. (Lol. Bukan citer Dilwale pun.) Tu aku cuba make strong eye-contact. Nak tahu dia fakta atau auta. Nak tengok dia punya tahap confident. Apa dia buat? Pandang kiri and kanan belakang aku. Check line lah tu. (takut security or mana2 pihak tahan)
Rasanya tu kot yang aku boleh ulas. Kalau salah term ke apa, tolong betulkan. Semoga bermanfaat buat para pembaca. Sediakan payung sebelum hujan.
Anyway,nice try, boy. Your acting skills emm.. bolehlah.
Alhamdulillah. Thanks to my lecturer-lecturer kelas Persuasive and Speech Communication serta kelas English for Workplace. Siapa kata kos Bahasa Inggeris boring? Hahaha.. Dah macam citer Criminal Mind. (feeling-feeling hero drama Lie to Me) 
Ini SEKADAR ANALISA aku sebagai pelajar:
English for International Communication.

International Islamic University Malaysia.