Nuffnang Ads

Monday, 29 December 2014

Antara Dua Darjat



"Aku sedih dan dengki dengan kau.." jelas si kucing bandar.

"Aik?Apasal lak?! Kau ada semuanya.Aku ni,kais pagi makan pagi.
Kais petang makan petang tahu tak.Tu pun sekarang dah susah aku nak cari makan
sebab ada tong sampah recycle.Huhuhu.."  rungut Jacob Black.

"Itu aku tahu.Tapi,apa guna hidup mewah kalau aku sendiri tak bebas??Aku tak mampu berdikari macam kau.Walaupun aku tak bebal macam kau sebab aku ni educated sikit,tapi kau untung.Orang macam kau ni street smart.Pandai dalam hidup.Aku ni Pak Turut manusia.Ikut je apa yang mereka perintah.Pakai rantai loceng lah,grooming bagai,pakai costume,kena bedak wangi lah,etc.."

keluh hati si Edward Cullen.

"Kau transgender ke???" Jacob kehairanan.

Edward: "Kalau dah bebal tu,memang bebal lah kan.Anyway,nice talking to you." -,-

#cats #cerpen #AntaraDuaDarjat #ceritapendek

Tuesday, 2 December 2014

Cinta Buta


"Alah.Sebagai pemberi semangat.Dia ada,aku rasa lagi semangat nak belajar.." kata Aaron Husin kepada kawannya yang merupakan ahli BADAR sekolah.

Itulah hujah dia yang diguna untuk meng'okay'kan pilihan dia untuk bercouple dengan Nur Lauren.

"Kamu semua kalau couple,takkan ke mana.Nanti bawa haluan masing-masing juga selepas SPM.Kalau kekal pun,mungkin tak lama.Boleh jamin ke nanti kamu kahwin dengan pasangan kamu tu??"

Dush! Cikgu Azura memberi pesanan yang telah menyentapkan pelajar-pelajar menengah atas di sekolah itu.Namun seperti biasa,Aaron Husin memekakkan telinga.Membuta sahaja.

Dia telah lama mengenali Nur Lauren.Tiap malam mereka ber'sms'.Kononnya ingin bertanya tentang pelajaran.Seolah-olah dia tiada rakan sekelas yang sama jantina dengannya.Kononnya nak tiru kisah Cinta Islamik.Disuruhnya Nur Lauren mengingatkan dia untuk bangun Tahajud pada pukul 4 pagi.
Hmmm..

            Sudah 2 tahun berlalu.Ayahnya sudah pencen.Ibunya hanya seorang penjual kuih di pasar.Nur Lauren menyambung pelajarannya di universiti swasta.Ayahnya Encik Faisal,mampu membiayai pengajian anaknya itu dengan gajinya yang tinggi.Aaron Husin tidak ke mana-mana.Keputusan SPM nya langsung tidak layak untuk membuat permohonan UPU.Masuk matrik pun tidak.Leka dan cuai dengan cinta monyetnya.Lauren tidak lagi bersama dia.

Setiap hari Isnin hingga Jumaat,dia akan pergi ke depan sekolah.Mengimbau sejarah lalu.Andai masa diputar semula dia pasti akan berjaya..

#CintaButa #cerpen #cintaMonyet #pelajarsekolah #fokus #spm2015