Nuffnang Ads

Tuesday, 2 December 2014

Cinta Buta


"Alah.Sebagai pemberi semangat.Dia ada,aku rasa lagi semangat nak belajar.." kata Aaron Husin kepada kawannya yang merupakan ahli BADAR sekolah.

Itulah hujah dia yang diguna untuk meng'okay'kan pilihan dia untuk bercouple dengan Nur Lauren.

"Kamu semua kalau couple,takkan ke mana.Nanti bawa haluan masing-masing juga selepas SPM.Kalau kekal pun,mungkin tak lama.Boleh jamin ke nanti kamu kahwin dengan pasangan kamu tu??"

Dush! Cikgu Azura memberi pesanan yang telah menyentapkan pelajar-pelajar menengah atas di sekolah itu.Namun seperti biasa,Aaron Husin memekakkan telinga.Membuta sahaja.

Dia telah lama mengenali Nur Lauren.Tiap malam mereka ber'sms'.Kononnya ingin bertanya tentang pelajaran.Seolah-olah dia tiada rakan sekelas yang sama jantina dengannya.Kononnya nak tiru kisah Cinta Islamik.Disuruhnya Nur Lauren mengingatkan dia untuk bangun Tahajud pada pukul 4 pagi.
Hmmm..

            Sudah 2 tahun berlalu.Ayahnya sudah pencen.Ibunya hanya seorang penjual kuih di pasar.Nur Lauren menyambung pelajarannya di universiti swasta.Ayahnya Encik Faisal,mampu membiayai pengajian anaknya itu dengan gajinya yang tinggi.Aaron Husin tidak ke mana-mana.Keputusan SPM nya langsung tidak layak untuk membuat permohonan UPU.Masuk matrik pun tidak.Leka dan cuai dengan cinta monyetnya.Lauren tidak lagi bersama dia.

Setiap hari Isnin hingga Jumaat,dia akan pergi ke depan sekolah.Mengimbau sejarah lalu.Andai masa diputar semula dia pasti akan berjaya..

#CintaButa #cerpen #cintaMonyet #pelajarsekolah #fokus #spm2015

No comments:

Post a Comment