Nuffnang Ads

Friday, 26 June 2015

Model Teladan


       Semuanya kerana sekeping gambar.Sebuah perbualan bermula. Gambar seorang kawan ku, (junior to be exact) yang memakai baju uniform pengangkap. Satu sekolah panggil dia Baim. Gambar ni dah lama dah aku upoad ke galeri insta ku. Actually ni gambar candid. Well,bila kau tangkap gambar candid ni,sebenarnya kau expect orang tu korek hidung ke,korek telinga,korek mata,(eh,garu mata lah.) and etc. But,then kawan kau tu fotogenik sangat. Maka sesuailah untuk diupload ke Instagram, di-edit dijadikan gambar quotes of the day. QOTD bak kata 'igers' sekalian. Hahaha. Kontemporari sungguh.


Perbualan di ruangan komen gambar Instagram itu berbunyi begini(dengan turutan):


Brad: Hey man

Me: Hi!

Brad: I appreciate your leadership! Where are you from?

Me: I'm a Malay and live in Malaysia.

Brad: Oh cool! I'm in the USA. Do you wish to go to the military after school or is it mandatory?

Me: Thanks,bro! Actually, that's a uniform for boy scout. It's not mandatory for us to go to military. But,we do have national service here. USA? I always have the American Dream. Wishing to go to NYC one day! Well,the media influence from the US is quite strong here.

Brad: Ahh. Okay. Cool! It's good to work with a team. Anything is possible with one and a mutual focus. What do you wish to do after school? I am in NYC actually. A couple hours east from the city for the weekend, but still in NYC.

Me: Well, I'm in college. Taking English-Communication. Hoping one day that I could be like Nicholas Sparks or John Green. Funny thing about New York is that, when I was 14, I wished that I could go to The Juilliard School. I'm into drama. I used to write a script and stories back in school.

Brad: Yes. I love people. Aspiring to inspire every day. People need help ya know? What is your dream after school?

Me: Write some books for sure and probably become an English lecturer or interpreter. 


.................................................................................................

Baim: Wow! I'm a model now!


Lol, Baim! Lol!  -,-


Hahaha. So,the conversation macam tu lah bunyinya. Then,aku pun pi lah visit akaun Instagram mat salleh tu. I was wondering kenapa tetiba dia  menapak kat ruangan komen gambar aku. Check punya check,rupa-rupanya dia tu seorang model di New York! Terus terlintas kat fikiran aku yang maybe dia ingatkan yang dalam gambar tu aku,and nampak yang aku ada bakat modelling kot?? But,kalau yer pun,tu bukan aku.I need to lose some weight dulu. Hahaha!  :p

Anyway,aku tulis ni bukan nak cakap pasal kerjaya sebagai model or whatsoever. But,what I'm trying to say is kita semua ni model! Yup.Be proud everybody!! Wut! Wut! XD

Model Teladan. Tanpa kita sedar,orang perhatikan kita. Bukan stalker eh. I mean,some people look up to us. Especially kalau orang tu ada big influence like the celebs,so called 'insta femes' or blogger like me! Hahaha. Famous ke aku? Kidding! We have to realize yang,without millions of followers or friends,there must be somebody yang contohi kita. For example,parents kepada anak-anak,anak sulung kepada adik-beradik,cikgu kepada pelajar-pelajar and so on so forth. So,jangan terkejut bila somebody yang kau kenal dulu berubah jadi jahat or senang kata tak sebaik dahulu kala.(jahat tu kejam sangat). Sebab apa jangan terkejut? Sebab people change not 100% on them. Kawan kau tak jadi kaki ponteng sebab dia yang nak. Yes. Memang kemahuan diri. But,ada some little percentages yang mendorong dia jadi begitu probably because of you(kalau kau kaki ponteng juga lah). And other examples as well yang boleh korang apply sama.

In conclusion,spread goodness. Write good stuff. Your good actions maybe will lead someone else to do good. Mana tahu kan? Jangan tahu nak upload video Dubsmash je kerja kau. -,-


Salam Ramadhan!


                              

Sunday, 7 June 2015

Kais Pagi Makan Pagi


''Adabi. Melazatkan. Adabi. Menyelerakan. Mengandungi pelbagai rempah. Melazatkan kari dan kuah. Adabi. Adabi!''


Okay. Did I just promote Adabi? Never mind. Kids of 21st century wouldn't even know that. So, I bet you guys already know topik hari ni pasal apa,kan? Sorry kalau tajuk post ni buat korang 'touching'. Macam slot Bersamamu pula.. I didn't mean to make anyone sad. Motif aku tulis post ni, untuk share pengalaman, share cadangan. Yup. We're gonna talk about GST!!



...... kidding.


Bajet di universiti. Hmm. Baca dengan nada yang betul yer. Seriously,nada memainkan peranan. Budak bahasa akan belajar pasal ni. Under semantic. Kalau kau baca dengan nada sinis/sarkastik,it would sound like, ''showing off in university.'' Instead, what I'm trying to talk about is about bajet perbelanjaan. First of all, aku bukan budak kos ekonomi and yang setaraf dengannya. This is me, just share pengalaman, share cadangan.. There you go. I just quote myself.


Hari ni kita akan cakap pasal T.U.B.


1) Tempat 

Kau kena tahu,sekarang kau kat mana. Tempat kau duduk sekarang tu, kat pinggir hutan ke,kawasan kampung ke,tepi pantai or tengah bandar? Or even pekan? Tempat memainkan peranan penting in order for you to make a rough guess on the prices. Tak percaya? Burger McD yang kau beli kat mana-mana restoran McD yang berharga around RM3 something or even RM4, ada kemungkinan besar harga tu menaik kat tempat macam Genting Highland. Dulu time aku pergi time lawatan selepas UPSR, punyalah terkejut sampai tercekik. Tercekik darah.. Hahaha. Get it?  :p

Tempat yang grand or maju or senang kata banyak bangunan besar, peluang pekerjaan tinggi, those kind of places biasanya harga barang mahal than tempat yang berlawanan dengannya. Kalau kau melancong luar  negara or belajar oversea, tengok currency. Kalau tinggi duit negara tu daripada duit kita,means mahal lah barang dia. Bagi kau lah. Bagi diaorang,biasa-biasa je sebab they work there and they get their income.

2) Usha

Bukan usha awek eh. Tajdid balik niat, brother. Hahaha. Usha. Contemporary word. Perkataan yang budak-budak sekarang guna untuk ganti perkataan check. As in ''Cuba check cikgu dah datang ke belum.'' Tak lupa juga untuk ganti perkataan intai. As in ''Dia intai perempuan yang sedang belajar dalam kelas tu, melalui tingkap.'' There you go. I'm not that old. Pfftt.. Teens with their new words every day. It's sickening me..  -_-
\
Lol. Now I sound like a grandpa!

Usha harga barang kat kedai-kedai yang ada dalam kampus kau. Be it alat tulis or makanan. Compare and contrast. Alat tulis pun ada beza tau. Ada kedai jual mahal sikit. Biarlah 20 sen or 30 sen pun. Kau tak rasa sebab bukan kau yang kerja. #sentap. Lol. Ni bukan Tarbiyah Sentap eh. All I'm saying is,try to be jimat. Try to manage your money well. Kena pandai cari barang yang harga murah. Macam kartun Hagemaru pula aku ni.  :p

Untuk makanan pula,I know. Among you guys,mesti dah ada yang broke sebab beli makanan kan? Hahaha. I know right? Kau lapar so kau makanlah. Sebab ni bukan rumah yang boleh tambah bila kau nak tambah,so kau amik nasi banyak-banyak, am I right? Tak salah pun. I used to do that. Sekarang pun buat lagi. ONLY time really-really lapar. (Sorry Teacher, I just ruined English grammar..) Kalau makan lauk-pauk yang boleh pilih tu,that would cost something. Depend on kau makan apa lah. For me,biasanya ada dua. Ayam or ikan. Siapa yang tak suka ayam? But,lepas dah makan tu rasa macam nak menangis tengok harga makanan macam tu. :0

So,kurangkan makan ayam. Bukan tak boleh. Set. Dalam seminggu, bila kau makan ayam. Like, hari Ahad and Jumaat je ke. Etc. The rest, makan nasi with ikan. Try. It's cheaper. Owh. By the way,ada lagi satu cara yang boleh save duit. Makan makanan ala carte. Makanan yang dah dalam set. Senang kata, makanan yang kena order. Macam Nasi Goreng Kampung or Kuey Teow, etc. They cost lower than yang lauk-pauk yang pihak catering hidang tu.

3) Bajet

Amik wallet. Check. Berapa kau ada? Pergi atm machine,cucuk kad, check balance yang masih tinggal. Sekali lagi, ni bukan slot Bersamamu. I didn't mean to make anyone sad. Just nak bawa korang sedar sama-sama. Spend your money based on your lifestyle. Kalau duit belanja yang parents bagi kau RM100 2 minggu, janganlah spend macam kau dapat RM1000. Tiap-tiap hari makan mewah. Tiap minggu nak pergi pasar malam. Tiap weekend,lepak Midvalley.

Tak pun pergi The Gardens, One Utama, etc. You name it. Bajet. Jangan tahu spend je. Ingat orang yang kerja separuh mati nak dapatkan kau duit tu. Remember that. (Wait. Mata aku bocor lah pula..) 
And, aku tahu. Kadang-kadang bila dah susah macam ni, mesti ada bisikkan syaiton suruh kau curi itu ini. Aku nak share dengan korang apa yang ustaz kat sekolah aku dulu pernah cakap. Ustaz Muda nama dia kalau tak silap. Lebih kurang begini bunyinya,

''Biar kita mati kelaparan. Daripada kenyang dengan benda yang haram..''

Ni baru sentap namanya. Just ingat ni sampai bila-bila. Jangan lah sampai curi even desperate takde duit pun. Aku dulu pinjam duit kawan bila poket dah berhabuk. Pinjam sikit-sikit lah. Nanti senang untuk kau bayar balik. I know. Mesti akan rasa malu. So what? Kata kawan. Pinjam is 150 juta lebih baik daripada mencuri.  :')

I think that's all. Sekarang budak-budak UIA Gombak(kampus degree) tengah bercuti. So, bosan-bosan ni, jari-jemari ku gatal menulis kembali. Any suggestion for the next post will be highly appreciated. By the way, cara aku bajet? Average, sebulan dalam RM300 or RM250. Sehari RM10. Average eh. Breafast makanlah roti. Around RM2. Kalau lunch aku makan giler-giler around RM5, malam makan murah. RM3 tu boleh burger kot. Tak pun maggie.. which is not recommended. Hahaha. Anyway,good luck untuk korang yang baru nak start belajar. It's gonna be awesome. Siapa tahu, jumpa jodoh dalam first lecture? Hahaha. Haish. Tajdid niat anda brother and sister..  :p

Kidding!

Friday, 5 June 2015

Istanbul Aku Di Malaysia



Itu Kota Constantinople
Zaman gemilang umat Islam. Tersergam indah empayar gah Turki Uthmaniyah.
Padanya warisan dan khazanah yang tiada tanding dengan harta 100 raja.
Kini ada yang dimomok agar belayar ke tanah barat.
Jangan dipandang mahu disinggah di kota empayar Islam nun jauh di sana.

Di layar perak,dipapar watak pengganas memburu manusia lalu ditembak.
Mahu apa diburukkan imej ini di kota empayar suatu ketika?
Supaya pemuda hari ini jika mahu pergi belayar mencari pelita,
jangan belayar jauh di sana. Tanah barat diagung-agung.
Agar kita lupa agar kita alpa bahawa masih punya khazanah 
yang perlu diterokai di bumi bertuah. .

Untungnya Ahmad Ammar.

P/S: Berbelit lidah eden nak speaking Turki.
Well,everything is difficult on the first attempt. ;)

The Maze Crawler

Photo by Aemirage Production

1st week of the new semester is such a hectic week! It means, AddDrop Session, update CRS,pergi IT Department sebab tak dapat nak connect dengan WiFi,check result EPT & APT and many more! (dalam konteks UIA) Yes. Masuk-masuk je memang dah sibuk. Seriously. No kidding here. Sebab tu kena dah pandai berdikari. No more bunyi loceng and berhimpun kat tapak perhimpunan and nyanyi lagu sekolah. No more beratur panjang-panjang untuk check rambut and kasut. No. But, usually nanti time dapat elaun, akan ada sport check on pemakaian student ke kelas. So,don't forget your matric card and never wear slipper to class, okay? And avoid from wearing jeans.

What I want to say is,takde dah orang yang nak suruh korang buat itu ini. Takde dah orang yang nak remind korang buat kerja tu, buat kerja ni. It's on your own. Kau tak alert untuk check study plan,kau kena tinggal lah. Kau tak alert dengan announcement kat notice board,goodbye to you! Nampak kejam eh? Nope. This is reality. It's not that I want to sound harsh on you guys,but the truth is sometimes ugly. Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian. I like to quote one of the famous Imam Syafie's quotes about learning:

''Bila kamu tak tahan lelahnya belajar,maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan!''

Well, for me,quote tu bukan apply time nak exam je. The whole process of studying sebenarnya. Yes. Sepanjang tempoh kau belajar tu. Ingat ni. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. There you go. Another quote of the day! Hahaha. For juniors,selamat datang ke alam baru! University it is.

I know. I know. Mesti most of you guys tengah blur time awal-awal ni. Chillax. Kena selalu update dengan campus news. Usually mesti ada Facebook group yang dah di-create oleh pihak tertentu. Manfaatkan Facebook tu. Jangan asyik main Farmville or Candy Crush. Seriously,ada lagi ke yang main game Facebook? Lol. 

Explore sikit kawasan kampus. Biar tahu blok ni kat mana. Blok tu kat mana. Senang untuk kau tahu lokasi kelas kau kat mana. Dah boleh timing nanti nak lari dari kelas A ke kelas B macam Hussain Bolt. Lulz. Kaum Hawa jangan pakai heels sudah. Ni bukan citer Hollywood yang kau tengok pasal life kat universiti. We wear sneakers. Kasut bertutup. Plus,bila dah tahu kelas kat mana,kau takkan sesat macam kat Bermuda triangle on your first day! Macam aku time 1st day kat kampus degree. Seriously. Penat doe. Waze tak berfungsi kat dalam kampus. Takdenya dia nak cakap, 

"Go straight then turn left. Find the spiral staircase. That's the Administration Building." 

Aku pun nak download kalau Waze dah upgrade macam tu sekali!! :p

Go out and explore. Petang-petang tu pergi keluar. Terokai kampus anda. Bukannya explore tempat nak bershopping,tempat nak berjimba yer. Save it on next time. Awal-awal ni adalah masa untuk kau adapt dengan suasana baru tu dulu. Jangan duk sibuk layan Runningman je dalam bilik. Tak pun main CoC, DOTA, Rival Kingdom, etc. You name it all the lagho thing. Tahu. Mesti nanti ada yang homesick. Tak salah. Semua orang pernah rasa. Cuba sibukkan diri. Cari kawan-kawan baru & pergi pasar malam berdekatan.  You know what? Human beings are actually friendly if you treat them nicely.  :D

P/S: May the odds be ever in your favour! Assalamualaikum. Have faith in yourself. Yes. You.