Nuffnang Ads

Monday, 28 September 2015

Belajar Sampai Jadi Pakar


Alhamdulillah pada tarikh 28 September 2015, kami diberi kesempatan untuk mendengar perkongsian daripada Dr. Zulkifli Hassan, pensyarah dari fakulti Undang-undang & Syariah di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) di Malam Tautan PPINS(Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan). Tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan bagaimana seseorang itu boleh menjadi pakar dalam bidang yang diambilnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk menjadi pakar,kita kena ada semangat yang tinggi untuk menjadi yang terbaik. To be the best among the best. Kena ada semangat dan cita-cita untuk berusaha mendapat pengiktirafan bertaraf dunia dalam bidang akademik. And before that,kita kena decide untuk menjadi ilmuwan/intellectual yang bagaimana. Kena ada perbezaan that will help us to show our individuality. Our uniqueness to be exact. Dr. Zukifli ada menyebut tentang Nobel Prize(anugerah berprestij bertaraf dunia) Persoalan yang diutarakan kepada kami yang hadir, ''Berapa ramai orang Islam yang mendapat anugerah Nobel?'' Kami semua terdiam sebentar. Cuba memberikan angka. Beliau memberitahu kami bahawa institusi barat yang terkenal seperti Universiti Oxford, Universiti Cambridge dan MIT telah mengeluarkan puluhan pemenang anugerah Nobel. Jawapan kepada soalan beliau sebelum itu menimbulkan sedikit rasa sedih dan kami tahu soalannya itu bertujuan untuk memupuk lagi semangat kami yang rata-ratanya masih lagi bergelar sebagai mahasiswa untuk belajar bersungguh-sungguh dan cuba untuk menjadi pakar pada suatu hari nanti. Menjadi intellectual person dalam bidang masing-masing.

Kami dikejutkan lagi apabila dia menyatakan tentang bajet yang diperuntukkan oleh negara Israel mengikut turutan: pendidikan, research & development serta startup company.

Untuk menjadi pakar, kita kena ikut 3 langkah:

1) Kuasai ilmu dalam bidang yang kita ceburi. (discipline of knowledge)
2) Berhikmah dalam menggunakannya. (wisdom)
3) Punya semangat atau keghairahan yang tinggi terhadap ilmu itu. (passion)


''Science is organised knowledge. Wisdom is organised life.'' - Immanuel Kant

Mungkin ada di antara kita yang sering bertanya tentang cara bagaimana untuk memupuk minat dalam sesuatu perkara terutamanya dalam bidang yang sedang kita ceburi. Dalam konteks pelajar, kos yang sedang kita ambil di universiti. Untuk kita develop minat/passion, kita perlu,

1) Cari ikon untuk dicontohi. (orang yang memberi inspirasi dalam bidang kita)
2) Betulkan worldview kita. (niat belajar untuk apa)
3) Berada dalam kelompok/circle yang boleh mendorong kita ke arah menguasai bidang ilmu itu.

Untuk tahu minat kita apa, perlulah tengok pada apa yang kita suka buat atau kelebihan kita seperti, menulis, membuat video, berdebat and etc. Kalau kita minat, hasilnya akan jadi luar biasa. Kalau kita kita biasa-biasa sahaja, hasilnya akan jadi biasa. Tipikal.

Environment factor plays an important role. Ini kerana, suasana sekeliling boleh mempengaruhi cara kita berfikir, cara kita berakhlak dan lain-lain. Circle kita perlu ada orang yang membantu kita untuk menggarap bakat kita. Namun ini sepatutnya tidak menghalang kita untuk bergaul dengan orang yang berada dalam kelompok yang lain. Ilmu yang kita ada bukan milik mutlak kita. Justeru itu, kita kena berkongsi ilmu dengan orang lain.

Pesan beliau kepada kami sebelum mengakhirkan perkongsian itu adalah agar kami gunakan sebaik-baiknya masa yang kami ada sebagai pelajar kerana nanti apabila telah masuk alam pekerjaan dan alam perkahwinan, masa luang yang ada itu akan berkurang kerana komitmen yang banyak.

Untuk mereka yang ingin mengenali Dr.Zulkifli Hassan, bolehlah singgah di blog beliau.

P/S: Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan kerana menjemput beliau ke program Malam Tautan dan memilih tajuk yang sesuai untuk didiskusikan.

4 comments: