Nuffnang Ads

Monday, 29 May 2017

Ada Apa Dengan Negara Matahari Terbit?



Sedang aku berjalan ke kelas pagi tadi,(well,sebenarnya pagi hari ni takde kelas,ni kelas ganti cuti jerebu) aku terlihat seorang wanita jauh di hadapanku. Wanita yang bertudung biru. Ber-long skirt putih. Aku cuba meneka dan meneka namanya. Lalu,aku menghampirinya,

Lari dan lari. Aku kearahnya. Dan perbualan kami bermula:

Me: Konichiwa! 

*abaikan grammar kalau salah sebab aku tidak mahir berbahasa Jepun*

Dia: Ohayou! (good morning) Awww... You take Japanese? 

Dia cuba meneka.

Me: No. I'm taking Arabic. The twins(roommates aku) take Japanese.

Dia: I see. That's the texbook? 

Dia memandang buku di tanganku.

Me: Yes. I'm going to the class. Go first,Madam.(yang ingin dimaksudkan aku adalah I go first. LoL)

Itu dia. Dr.Hiroko Shiozaki. Wanita berbangsa Jepun yang beragama Islam yang pernah mengajarku sewaktu semester pertamaku di peringkat ijazah. Sungguh,aku rindu belajar dengannya. Di dalam kelasnya,dia selalu senyum dan tidak pernah marah walaupun sekali. TAPI,kalau datang lambat ke kelas,tak dapatlah korang sign attendance yer..

Masih lagi aku teringat di awal semester ku dulu. Dia menceritakan bagaimana pintu hatinya diketuk hidayah milik Allah.

Sewaktu itu,dia sedang membuat research di sebuah negeri di Malaysia.(Kedah kalau tak silap) 
Dan dia membuat research di pondok! (tempat belajar agama) Dek kerana selalu melihat orang Islam di situ beribadah dan menunjukkan akhlak yang baik, Alhamdulillah hatinya terbuka untuk memeluk Islam. Dan Alhamdulillah,dia bertemu dengan jodohnya,juga orang Jepun yang beragama Islam.

Kini,dia menetap di Malaysia dan mengajar di universiti ku ini. Katanya,dia suka duduk di Malaysia. Dan antara sebabnya,kerana dia ingin anaknya berada di persekitaran yang ada syiar Islam. Islamic environment. Menurutnya lagi,peratusan orang Jepun beragama Islam,sangatlah kecil.

Alhamdulillah. Terima kasih,ya Allah kerana menemukan aku dengannya. Dr.Hiroko Shiozaki. Lecturer subjek Intro to Communication ku di suatu ketika dahulu.

Sensei,arigatou gozaimashita!

P/S: Ni gambar bersamanya pada hari terakhir belajar dengannya.

No comments:

Post a Comment