Nuffnang Ads

Monday, 16 March 2020

Lie To Me

Photo by Siakap Keli

PERNAH KENA??
Aku pernah. But,bukan kat Melaka. Kat sini. Dulu time zaman aku kat asasi UIA PJ, kalau gi Midvalley,akan nampak these people kat area berhampiran kaunter tiket KTM Midvalley tu. Dekat ngan tangga eskalator nak naik ke Midvalley. Tempat orang ramai lalu lalang. Situ mereka punya port. Sekarang tak tahu ada lagi atau tak.
Tahun ni pun ada jumpa juga. Tapi kat dalam mall. NU Sentral. Mereka take one step further tu. Yang aku jumpa ni seorang lelaki remaja dalam 20-an, berbangsa cina. Pakai seluar pendek and t-shirt. Dia tahan aku. Kali ni yang aku jumpa ada improvement sikit dia punya skill. Tapi aku sebagai pelajar komunikasi dapat detect those lies. Dia speaking English sikit. Baru nampak macam professional punya matter kan.. Dia kata ni assignment project apa benda tah. Layan je lah.. Aku memang dah tahu yang tu tipu. Sebab apa?

1) Dia tak bagi penjelasan yang assignment dia pasal apa? Orang kalau turun padang sebab kena buat assignment, bagitahu lah tu untuk subjek apa, nama kau siapa. tunjuk matric card. dari universiti mana.
2) Takde surat pengesahan,proposal ke atau apa-apa surat bertulis yang mengatakan tu benar. Well,kalau urusan yang melibatkan duit ni, kalau benar dia kata tu assignment,(which is official matter) mesti ada kot black and white.Mesti ada bukti bertulis mcm surat minta sponsorship etc.
3) Pakaian tak formal. Tahulah bukan kat kuliah. But, kita dress to impress. Sangat tak professional bila kau berpakaian macam tu when you're doing an official matter. Aspek 'Kredibiliti' kot.
4) And tak lain tak bukan, kenapa aku kena bagi dia duit baru dia dapat markah dari 'so-called lecturer' dia? Ok fine. Let's say lecturer dia nak tengok student mana hebat bab entrepreneurship ni. Diaorang kena jual barang. But still, logik ke aku bagi dia duit dalam RM10/ RM15 or RM20 and then dia bagi aku key chain yang langsung tak sampai RM10?
Tu je kot aku nak komen. Tapi, aku salute lelaki tu punya skill berlakon. Time tengah dia explain-explain, aku pura-pura macam ada minat nak dengar, aku tengok kat buku yang dia pegang tu.
5) And then dia tanya aku asal mana. Aku cakap aku dari Melaka. Dia pun cakap dia dari Melaka. Itu taktik nak rapatkan jurang bro.. Dalam term communication yang kitaorang belajar, it's called 'Creating Solidarity'. Cari persamaan yang ada kat kita ngan stranger yang baru kita kenal so that stranger yang kau baru jumpa tu tak rasa awkward giler. Pandai lelaki tu. Dia tahu yang kitaorang ada Social Distance.
6) Masa dia explain pun, dia tak berani lawan balik bila aku pandang straight ke dalam mata dia. (Lol. Bukan citer Dilwale pun.) Tu aku cuba make strong eye-contact. Nak tahu dia fakta atau auta. Nak tengok dia punya tahap confident. Apa dia buat? Pandang kiri and kanan belakang aku. Check line lah tu. (takut security or mana2 pihak tahan)
Rasanya tu kot yang aku boleh ulas. Kalau salah term ke apa, tolong betulkan. Semoga bermanfaat buat para pembaca. Sediakan payung sebelum hujan.
Anyway,nice try, boy. Your acting skills emm.. bolehlah.
Alhamdulillah. Thanks to my lecturer-lecturer kelas Persuasive and Speech Communication serta kelas English for Workplace. Siapa kata kos Bahasa Inggeris boring? Hahaha.. Dah macam citer Criminal Mind. (feeling-feeling hero drama Lie to Me) 
Ini SEKADAR ANALISA aku sebagai pelajar:
English for International Communication.

International Islamic University Malaysia.

No comments:

Post a Comment