Bismillah.
Haa.As I promised before, aku akan tulis entry post mengenai 'Tips Biasiswa & Temuduga'.First of all,nak habaq mai kat hampa suma yang ni merupakan catatan yang aku tulis semasa aku menghadirkan diri ke Karnival Lepasan Sekolah pada 24 Januari 2015.Tips ni,aku dapat daripada Kak Hanan Binti Othman a.k.a HBO.
Siapa dia?Haaa.Tu kerja hampa suma untuk pi Google naa. ^_^
Tanpa membuang saat,minit dan jam,yuk kita mula!! Yuk follow!! Hahahaha..
(spam kat Twitter aku je akaun tu.) >_<
Tentang Biasiswa:
Hohoho.Kata nak apply biasiswa?Demo tahu dok biasiswa tu mende? Kenal kan?Jangan jadi kura-kura dalam perahu eh.Pura-pura tak tahu konon. Ok. Simple word, biasiswa ni merupakan bantuan kewangan dalam pengajian. Means, ada orang tolong bayar kos pengajian kau kat univesiti nanti.
1) Kenali bidang apa yang diminati
Before that,benda pertama kau kena buat is to know yourself. Kenal pasti kau minat bidang apa? I know.I know.Maybe ada antara korang yang still celaru minda.Tak tahu nak pilih apa. Girlfriend kau nak amik kulinari kat UNITAR.Sebab tak rela berjauhan,kau pun berhijrah lah bersama dia.Huish. Belum belajar lagi,niat dah salah. PILIH kos berdasarkan minat dan kemampuan.Kemampuan as in kau boleh bawa ke tak subjek kos tu nanti.
Kak Hanan ada pesan time karnival tu,
''Walau apa pun kita plan nak jadi,jangan lupa yang Allah tentukannya.Mohon kat Allah.Biar kita redha kalau Allah tentukan yang sebaliknya..''
2) Kenal pasti pilihan biasiswa
Secondly is, kenal pilihan biasiswa. Kau kena tahu biasiswa mana yang tawarkan kos yang kau minat, biasiswa mana yang full biasiswa.Kena tahu beza biasiswa dan pinjaman.Emangnya ada beda yaa? Yaa iya dong. Sekali kau amik pinjaman. Habis belajar datang surat cinta.Kau pun perasaan lah untuk nano-second. Ingatkan jiran sebelah ada crush ngan kau.Rupa-rupanya notis pembayaran balik pinjaman.
Kih kih kih kih. :p
Kalau nak biasiswa,cari biasiswa.Bukannya pinjaman.Sebelum kau apply tu,baca dulu syarat-syarat & perjanjian yang tertera. Kau kena kerja ngan company tu lepas belajar ke, or time belajar tak dibenarkan kahwin ke,(jangan terkejut,ada certain biasiswa yang tetapkan perjanjian ni) or kalau pointer kau rendah,biasiswa tu kena tarik balik and etc.AND kau kena tahu bila tarikh buka untuk mohon and tarikh tutup mohon.
Tak pun kau Google je.Manfaatkan sikit internet tu.Bukan untuk online Twitter and Facebook je. -,-
3) Cuba je
Apply je.Tak kiralah biasiswa tu kata untuk lepasan SPM,syarat dia at least 8A or 9A. Kau cuma dapat 5A je.Or 6A or etc.Or untuk lepasan asasi or diploma,kata nak at least pointer 3.5 . Kau tu cuma 3.3 or 3.4 etc je.Cuba.Redah je! Belum cuba belum tahu.
Kak Hanan cakap,
''Kita tak tahu rezeki kita kat mana.Kalau tak try,tak dapatlah..''
Make sense kan.Dah kau yang tak apply.Jangan haraplah nak dapat biasiswa....
At least bila kita try,peluang tu ada. Probability istilah dalam Math Modern. :D
Ingat lagi kot istilah tu! Hohoho..
Okay.Tadi kita bercakap pasal biasiswa.Ni nak bercakap pasal temuduga pula.Basically,kalau korang nak apply biasiswa,there would be an interview.Temuduga.Yes.Tutup mulut yang ternganga tu,please. :0
Apa kau ingat senang? Mohon online,then terus dapat?No,no,no,no.
Diaorang nak jumpa kau face to face.And THIS is where it begins.
Otak geliga je tak cukup.Kau kena ada rekod kokurikulum yang mantap.
Tahu.Bagi kau,tu pun senang kan?Tetibe nama kau tertera kat sijil yakni kau ada memegang jawatan etc dalam kelab or persatuan.Aku tahu taktik itu.Muaahahahahahaha... >_<
Oh lupa satu benda.Kau kena ada communication skills yang bagus.
Tentang Temuduga:
1) Persiapan awal
Berlatih bercakap dengan lancar.Be it in Malay atau Bahasa Inggeris.
Haaa..Did I hear some people kata,
''No!!''
''Alah.BI lagi.Dah habis sekolah pun masih menyusahkan aku.Huhuhu..''
''Kawe lemoh bab speaking-speaking ni.''
''Tak tahu lah..''
''Tak pandai lah..''
''Nervous lah.Orang suruh aku jadi imam kat surau pun aku tolak.Nervous sesangat..''
Hmm..
''It's never too late to start.''
''Kita sebenarnya orang hebat.Kita lemah,sebab kita sendiri yang fikir kita lemah..''
- Kak Hanan
Dah tahu lemah bab bercakap,berlatih lah.Depan cermin ke,dengan kawan ke.Lemah Bahasa Inggeris?Belajar lah.Pergi kelas tuisyen ke,belajar ngan cikgu ke,internet ke.Demo speaking BI,tapi malu sebab ada bunyi Kelate?Doksoh malu.Dialect time speaking takpe.Asalkan orang faham.Pssstt..Ambo dulu sekoloh 3 tahun kat Pasir Puteh,Kelantan.Saranghae,Kelantan!! :D
2) Cari soalan-soalan temuduga
Anda tahu apa itu Google?? Start gunakannya. >_<
3) Banyak membaca isu semasa
Start reading.Hmm.Jangan kau gembira kata kononnya kau ni memang dah rajin membaca.I know.Tapi,komik Lawak Kampus or novel Melayu cintan cintun or majalah-majalah tu TAKKAN membantu kau langsung dalam temuduga nanti.KE ada temuduga yang tanya,
''Siapakah penulis novel Ombak Rindu?''
''Why Bella Swan picked Edward Cullen over Jacob Black?''
''Siapa nama perempuan yang Nobita minat?''
Hahahaha.Kalau ada temuduga biasiswa yang tanya macam tu,tell me.So,aku boleh tulis tips on how to excel temuduga yang tu pula.Lol! :p
4) Berlatih berhujah dengan yakin
Pernah tengok pertandingan debat tak?Ada tak some moment yang kau rasa pendebat tu point dia tak masuk akal langsung or hujah yang lemah? Tapi,tengok-tengok,pasukan dia menang.Kau pun berdendam lah dengan sekolah dia 7 Keturunan.Lol! Drama je lebih..
Rahsia dia, KEYAKINAN. Dia buat orang yakin.Therefore,orang dengan sewenang-wenangnya,( ceh,bajet ayat high standard Malay) terima hujah dia.Haa.Macam tu lah kau kena buat.Start practice.
Pada Hari Temuduga:-
1) Persiapan diri
- Tepati masa.(Datang awal)
- Jangan salah tempat.( Jangan kau pergi warung depan selekoh jalan tu pula)
- Berpakaian kemas & professional
Oh.Ada soalan eh?
''Perempuan kena pakai blazer and seluar panjang ala-ala Tiz Zaqyah dalam citer 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' ke? Macam baju modern pekerja wanita di office?''
Tak,awak.Awak tahu tak yang awak tak perlu pakai macam tu.Pakai baju kurung je dah cukup.Menutup aurat dengan sempurna for Muslimah.Non-Muslim cukup baju kurung je.
Baju kurung is pakaian yang kau kena pakai bila nak interview.(for girls)
Awak nampak cantik and kemas. :)
For boys,haa.Jangan kau pakai seluar jeans biru lusuh(bajet band Indie) and baju 'I AM ....'
Dulu kat sekolah,cikgu suruh pakai name tag tak nak.Dah habis sekolah,sibuk nak 'I AM..'' bagai.Hahaha.Gurau saja.
Korang pakai baju kemeja.Lengan pendek or lengan panjang.Both accepted.Unless,ada dinyata kena pakai yang mana satu.Jangan pakai JEANS!! Pakai seluar slack.Basically,korrang kena nampak macam pekerja kat syarikat korporat macam dalam tv tu.Kasi poyo sikit hari temuduga tu.Hahahaha.. :p
2) Persiapan dokumen
- Borang-borang permohonan
- Sijil-sijil persekolahan(Weyh,jangan bawa sijil tadika kau and sijil sekolah rendah tu.Dah expired.Sijil sekolah menengah je yang ditengok nanti)
- Salinan kad pengenalan( pastikan bawa yang asal & salinan)
- etc..(based on apa yang dinyatakan)
3) Persiapan mental
- Senyum ( Jangan kau buat muka masam je.Sekali dia tengah tension,peergghh! Senyum lebih-lebih or buat muka menggatal pun tak boleh gak.Moderate je.Senyum ikhlas)
- Tenang & yakin diri
- Pemikiran kritis & kreatif
- Suara yang jelas( Nama pun interview.Mestilah nanti kau kena jawab banyak soalan.Jangan nak malu-malu kucing sangat lah..)
Alright.Alhamdulillah.Dah selesai satu bahagian.Ada lagi tau nanti sambungan pasal 'Jenis Temuduga' pula.Malas nak tulis sekali.Tulis pasal Biasiswa & Temuduga ni pun dah panjang macam surat berantai.Thanks bagi yang sudi baca blog ini.Harap bermanfaat.Maaf atas salah & silap.Bahasa yang digunakan sengaja digunakan kerana target pembaca saya ialah para remaja.So,guna bahasa kita je lah.Kan?Ceh,bajet 18 tahun lagi aku ni.Hahaha.. >_<
P/S: Most of the points tu,tips yang Kak Hanan bagi.Aku just elaborate supaya korang faham.And bolehlah korang invite rakan-rakan,jiran tetangga(yang bersekolah) untuk ziarah blog ni untuk baca.Harap bermanfaat.Segala komen dan cadangan digalakkan.
Ni gambar Kumpulan K1 time Karnival Lepasan Sekolah kat Masjid Wilayah Kuala Lumpur tu.With our facilitator yang awesome,abang Eqhwan! Hahaha.Abang aku jadi fasi.Terkejut nampak adik dia datang.