Nuffnang Ads

Saturday, 14 March 2015

Hashtag Sentap!!


       Alhamdulillah,pada minggu lepas aku diberi peluang untuk menghadiri sebuah forum yang bertajuk ''Revival of Ummah,Begins With Da'wah & Tarbiah''. Panelis dia Syafiq Aizat,salah seorang mahasiswa dan merupakan Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Panelis kedua ni,rasanya korang kenal kot. Ustaz Adnin Roslan. Admin page Facebook Tarbiyah Sentap.

So,aku akan start dengan menulis balik point-point yang aku dapat daripada Ustaz Adnin. WARNING!! Anda mungkin akan TERSENTAP sesentap-sentapnya! So, beware,human! :0

Ada orang rasa dia dah buat dakwah. Duduk terperap kat bilik,share post-post agama kat laman sosial. Medan dakhwah lah katakan.Kena ikut peredaran zaman katanya. Memang betul. Tapi sebenarnya,dia hanya mengejar populariti. Batak likes! Dakwah yang sebenar adalah Tarbiyah. Those people who so called Dai'e a.k.a Pendakwah yang tak lakukan Tarbiyah,mereka bukan pendakwah..

Tarbiyah ni in simple word is 'Berubah.'
Sistem yang membuat kita berubah menjadi hamba Allah yang diredhoi
Kalau berdakwah sekadar mengejar populariti,dakwah takkan berkesan!

Imam Hassan Al-Banna,bukan sekadar menyampaikan dakwah,tapi dia membina (jiwa) manusia.Dakwah ialah kita tegur seseorang tu sampai orang tu pun jadi pendakwah. Rasulullah S.A.W bina (jiwa) para sahabat. Then,para sahabat bina (jiwa) Tabi'e. Tabi'e pula bina (jiwa) Tabi' Tabi'e and so on so forth. Proses itu berlarutan hingga ke sekarang. So,dapatlah kita konklusikan bahawa ukuran dakwah itu ialah,

''Kita mengubah seseorang sehingga dia mengubah orang lain..''

Mahasiswa ni agen perubah. Kalau pemuda Islam sendiri tak bangunkan Islam,macam mana Islam nak jadi HEBAT? Kita kena percaya bahawa Islam merupakan jalan penyelesaian buat semua masalah. Dengan Tarbiyah Islam lah kita tahu mana baik dan mana buruk.

Kekeliruan dalam Dakwah & Tarbiyah:

Ada orang yang dah LAMA ikut Tarbiyah,(budak sekolah agama,tahfiz,sekolah pondok,etc) 
tapi masalah seperti IKHTILAT dan serangkai dengannya still TAK JAGA.
Kenapa benda ni boleh berlaku? Why? Kenapaaaaa??

Tarbiyah ini ada 3:

1) Tarbiyah Jama'iyah

- contohnya,hadiri kuliah,ceramah,etc.

2) Tarbiyah Fardhiyah

- means,kita tegur seseorang face to face.

3) Tarbiyah Dzatiyah

- tarbiyahkan diri sendiri.(baca Al-Quran,zikir,muhasabah diri,etc.)

Tarbiyah yang KE-3 tu yang PALING PENTING!


Statistik anggaran menunjukkan kita spend 8% daripada masa kita dalam sebulan pada Tarbiyah. Hadiri usroh dalam 3 jam,solat 5 waktu dalam 40 minit. Baca Quran dalam 20 minit,etc. Total up plus minus darab bahagi,dapat lah hasil 8%. KEBANYAKKAN orang tak berubah,sebab lagi 92% tu tak guna sebaiknya untuk Tarbiyah. Kata cinta Nabi. Tapi,sirah Nabi tak baca. Banyak buku ilmiah yang perlu dibaca. Tapi,MASA KOSONG,kita buat apa?? Banyak benda kita buat sebenarnya.

Akhirnya,jadilah pendakwah-pendakwah yang MENDABIK DADA kata dah ditarbiyah(kononnya),tapi Tarbiyah Dzatiyah tak settle lagi..

Bila kali terakhir kita Qiyam? *krik krik krik krik*
Qiyam ni,jangan lebih tiga hari kita tinggal. Berubahlah. Dakwah itu WAJIB. Jahat ke,baik ke,KENA buat dakwah. Once,dia mengucap Kalimah Syahadah,(being in state of Muslim) dia kena berdakwah.
Cara mencegah maksiat ada 3 cara. Dengan tangan(kuasa),lisan(nasihat) & hati. Mencegah dengan hati adalah selemah-lemah Iman.

Cegah dengan Hati:

1) Benci maksiat tersebut.
2) Jauhi tempat maksiat itu.
3) Berazam tegur kalau mampu.

Itu cara yang SELEMAH-LEMAH Iman. Mula-mula sekali,kena benci maksiat itu.


Fenomena kes Drama Korea & Drama Jepun yang bermaharajalela kat Malaysia sekarang. 
Para remaja tanpa rasa bersalah rasa SYOK je tengok drama-drama tersebut. Sweet sangat 
tengok Lee Min-Ho pegang tangan heroin tu! Boleh menangis tengok diaorang peluk nak berpisah! 
Apa ni??Langsung takde rasa bersalah. Malah suka! Ingat balik cara cegah maksiat dengan hati ialah 
benci maksiat itu. Mana rasa benci tu??

Kenapa Tarbiyah Sentap? Bukan berdakwah kena berhikmah ke?
Ramai public figure,(bukan semua) di Malaysia nakkan populariti sehingga sanggup melonggarkan agama agar disukai orang ramai. So,that's why Ustaz Adnin gunakan cara Tarbiyah Sentap. Cakap terus terang tanpa ada kiasan. Kalau salah,salah. Kalau betul,betul. Tarbiyah Sentap bukanlah mentarbiyah orang dengan cara menyentap. Tapi,dengan cara tarbiyah yang akan membuat orang itu tersentap.

Dakwah berhikmah bukan bermakna dakwah secara lembut. TAPI,dakwah mengikut keadaan. Kalau dengan orang yang hati lembut,kita guna cara lembut. Kalau hati keras,kita guna cara tegas. Etc. Macam tu lah juga Umar R.A yang terkenal dengan sifat berani dan tegasnya. Tak berhikmah ke dia? Dakwah kena ada pelbagai cara. Nak cara formal,lembut,tegas sentap menyentap,lawak,etc. Sebab hati manusia lain-lain dan pelbagai.

Dakwah kena berjemaah.
Cara nak pilih jemaah? Baca balik buku sirah Nabi.Tengok jemaah mana yang dekat dengan Nabi.(amalkan sunnah Nabi/ajaran Nabi). Tanya jemaah A pasal jemaah A.Tanya jemaah B pasal jemaah B. Only then kita akan tahu kelebihan setiap jemaah. Kalau tanya jemaah A pasal jemaah B,ada kemungkinan,dia akan bash jemaah B and vice versa.

Bash   = Kutuk. Dengki. Sume benda yang diaorang buat salah
Tegur = Bagi hujah yang kuat kalau tak setuju dengan diaorang. Kalau betul,kita sokong.

Cara tegur orang secara lembut supaya tak terasa?
Tegur selembut mana pun,orang tu tetap akan terasa. Tapi,dia akan terasa sekejap je. 
Kalau dia terasa,means dia masih ada Iman..

Cara nak tegur orang yang Bergelumang dalam Dosa:

1) Kena rapat dengan dia.

- Rapat = apabila dia mengadu masalah dia kepada kita

2) Cerita pasal Iman

- Bawak bersiar-siar,tengok langit,ciptaan Allah,sentuh dan kait sikit pasal topik Iman.

3) Take care Ibadah

- Tanya dia pasal Ibadah dia. Solat dia macam mana. Puasa sunat,etc.

4) Tegur dosa dia.

- Bagitahu dia benda yang dia buat dulu tu,dosa.

5) Suruh dia ajak orang lain berubah.

- Bila kita dah sampaikan ilmu kepada dia,suruh dia sampaikan pula kepada orang lain.(praktikal)

6) Ajak dia ikut jemaah.

- Sebab,manusia ni lemah kalau bersendirian..

Definis Lalai = Kalau korang boleh main game lama-lama,khusyuk tengok drama, 
TAPI,time nak baca buku ilmiah,fikrah,etc,cuma sekejap je. Lalai lah tu..


Ok. Cukuplah bab sentapan. Now,kita pergi pada point Brother Syafiq Aizat pula yer.  :D

Imam Hassan Al-Banna mula berdakwah dari usia muda beliau lagi. 
Beliau menggariskan sifat yang mesti ada dalam diri pemuda Islam:

1) Keyakinan yang mantap (Iman)
2) Ikhlas dalam berjuang
3) Semangat yang kuat
4) Keazaman yang tinggi

Suara pemuda-pemuda sangat penting untuk didengari.(pendapat.bukan suara nyanyian eh..)  -,-


Dakwah ni boleh mengembangkan potensi yang ada pada mahasiswa/remaja. Dapat menjadikan mereka orang yang hebat. Ini kerana Dakwah & Tarbiyah dapat memberikan impak yang besar kepada manusia. Contohnya,dengan mengikuti usroh,daurah,halaqah,etc. Those things dapat membina potensi para remaja.


That's all from me. Thanks for spending your time reading this post. Maaf kalau ada tersalah bahasa dan bicara. Post yang aku tulis,is dalam bentuk nota salinan yang aku catat. Sebagai peringatan buat aku juga dan sahabat-sahabat sekalian. By the way,good job kepada PEMBINA UIAM kerana menganjurkan program ini! Insha Allah,aku akan update lagi post pasal ceramah/talk/seminar etc yang aku pergi. Kita sharing-sharing ilmu.  :D


Aku SANGAT REKOMEN korang cari buku ni! Sangat BERMANFAAT. Siyes. Tak tipu. 
Untuk maklumat lanjut,boleh singgah page Facebook Tarbiyah Sentap.


                                   

Nak hadiah buat para pembaca. Hayati dan jiwai bait-bait lagu ini dari lubuk hati sanubari..
(ceh! ayat puitis giler)  XD

No comments:

Post a Comment