Assalamualaikum.
First and foremost,tahniah untuk semua lepasan SPM! Be it straight As or not. You have done your best and completed your studies in school.Isn't that great? Ceh! Ber'mat salleh pula aku. Tahniah korang! Alhamdulillah ala kulli hal. Those yang tak capai target tu,don't be so sad. Jadikan ini sebagai pembakar semangat! This is not the end of your life. Ini adalah permulaan untuk chapter yang baru dalam liku-liku kehidupan yang penuh dengan dugaan yang menanti.. Perghhh!! Dah lama gua tak berpuitis! >_<
Siyes tak tipu.
Oklah. To be fair,biar aku ceritakan tentang SPM & Aku.
This is my result:
Haaa. Itulah dia. So,basically,korang sendiri boleh tahu aku ni ke arah mana. Yup.
Aku Budak Bahasa. Time SPM lah pencapaian terbaik aku untuk Add Math. Hahaha! :p
Aku Budak Bahasa. Time SPM lah pencapaian terbaik aku untuk Add Math. Hahaha! :p
Subjek-subjek sains pun biasa-biasa je. Dari kecil memang dah minat ngan bahasa.
Aku jenis yang lemah dengan nombor.
Aku jenis yang lemah dengan nombor.
Pada hari amik result SPM 2012, aku tak letak harapan yang tinggi. Sebab aku tahu usaha aku tak setinggi itu. I know. My mistakes. Honeymoon. Yang masih bersekolah,jangan leka time Form 4 tau! Serious talk. Belajarlah daripada pengalaman orang lain. Untuk semua lepasan SPM,be ready for the next level. Ni ada cadangan untuk korang.
Cadangan teknik pemilihan kos:-
a) Jumpa kaunseling
Kau pergilah buat ujian personaliti ke tengok minat kau ke arah mana or minta nasihat kalau kau masih celaru minda tak tahu kau ni orang jenis otak kanan or otak kiri. Padahal,memang dua-dua otak kita guna. Lol!! Cuma cenderung lebih dominan yang mana. >_<
b) Bincang dengan parents
PENTING. Sebab parents kita lah yang besarkan kita. So,they had been watching us until now. Diaorang mesti tahu kita ni orang yang macam mana. Praktikal ke,jenis yang suka membaca dan menghafal ke,suka menulis ke,suka bercakap,etc.
Selain itu,kita perlu dapat restu mereka berdua. Bukan time kau nak kahwin je kena minta restu. Time nak belajar pun. Kalau kau tu teringin nak belajar kat Mesir,katanya selepas tengok citer 'Ketika Cinta Bertasbih',teringin nak bajet ala-ala Anna Althafunnisa ngan Azzam. Belajar kat Al-Azhar.
Tak pun sebab kau teringin nak belajar kat bumi Anbiya di Jordan or memang kau teringin nak belajar kat luar negara. Kalau parents kata NO,means NO. Diaorang ada reason diaorang sendiri. Probably sebab risau keadaan negara tu tak selamat. Sedang bergolak ke,ada rusuhan or perperangan or ada gerakan anti-muslim,etc. They know better than us. Kan ''orang tua makan lebih garam daripada kita.'' Plus,kat Malaysia ada banyak universiti. Antara faktor pertama best belajar kat negara sendiri is senang nak balik rumah. Serius. Taklah homesick sangat. Kalau jauh pun,at least kau ada sanak saudara kat sini.
c) Solat istikhoroh
Haa. Ni bukan tajuk drama Melayu yang tayang kat ASTRO tu eh. Aku pun tak paham citer tu. Mana ISTIKHOROH nya?? Sekali lagi. LOOOOLLLLLL!! :D
Apa-apa pun,minta petunjuk daripada DIA. Minta agar diberikan petunjuk dalam membuat keputusan. :)
Dalam hidup ni,we need both people.Orang pandai and orang baik. Kalau jadi dua-dua lagi bagus. To those yang tak capai target,nangis pusa-puas. Then,STOP. Start tanam azam baru untuk berusaha di peringkat seterusnya pula. Be it matrik,asasi,form 6 or diploma,etc. ASALKAN sambung belajar. TAK KIRA kat mana pun.
Luangkan 5 minit anda dengar tazkirah daripada Mat Luthfi ni. AJAK parents sekali.
No comments:
Post a Comment