Nuffnang Ads

Friday, 21 August 2015

Monyet Mungkar


"Adik-adik yang hensem dan lawa depan saya ni,takkan takde orang minat? Orang kata apa,crush?"

Kak Madihah bertanyakan tentang soalan itu kepada kami semua yang sedang duduk bersila di atas lantai. Dia berdiri di situ. Di atas pentas. Keadaan di dalam dewan sedikit tidak selesa kerana cuaca yang panas.

"Couple itu Haram."

Kata-katanya itu membuatkan semua orang terdiam. Memandang satu sama lain. Disokongnya lagi dengan ayat dalam Al-Quran yang berbunyi,

"Laa Taqrabu Zina!"

"Janganlah kamu mendekati zina!"

Bukannya jangan berbuat zina. Dekati pun tak boleh. Lebih kurang begitulah pengalaman yang ku dapat sewaktu mendengar pesanan daripada Kak Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal. Pelajar Terbaik SPM 20A.Time tu aku Form 2. Sekolah kat Kelantan.SMK(A) Dato' Ismail,Pasir Puteh,Kelantan.(2009)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketahuilah,dengan bercouple,tidak akan membuatkan dirimu kelihatan laku. Tapi,ia membuatkan kamu kelihatan murah. Seriously. Buat apa nak couple? Pemangkin semangat supaya belajar bersungguh-sungguh? Podaaa!! Ada lagi ke yang guna skema jawapan tu? Hahaha. Dah basi kot. Apa tak cukup ke kehadiran kedua ibu bapa mu? Cukuplah dengan berharap agar dapat mengukir senyuman di bibir mereka dengan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang atau mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

For your info,tiada istilah couple Islamik yer. Berjalan seiringan.Eh salah. Yang perempuannya jalan dibelakang. Jumpa kat library. Si gadis ditemani rakan sebab tak nak mereka dalam keadaan berdua. SMS setiap hari siang malam. Eh salah. Whatsapp. Haa.

"Nanti tolong kejutkan saya Qiyamullail yer."

Ni pun lawak juga. Bajet macam suami isteri.

"Okaylah tu!! At least aku tak bawak dia naik kereta ke hulur ke hilir. Selfie berdua rapat-rapat. Salam tangan time nak berpisah. Tu lagi teruk!"

Lol.
Bagus juga kalau kau peka dengan orang macam tu. Kesalahan diaorang kau nampak.
Kesalahan kau sendiri tu? Jangan ISLAMISASIKAN perbuatan yang salah.

Kalau benar cinta.
Pasti ke Syurga.

Kau ada someone yang kau betul-betul minat and suka? Pergilah hantar rombongan masuk meminang. Belum bersedia? Nak habiskan belajar dulu and nak cari kerja??

Bagus.
Simpankan dia dalam doa.
Berdoalah. Minta pada Allah jagakan dia untuk kau. Macam lirik lagu Siti Nurhaliza tu.
Kalau betul dia jodoh kau,pasti tak ke mana. Pesanan ini buat diri aku di masa hadapan dan buat semua orang. Jangan nanti mengamuk tak tentu pasal,

"Lelaki semua sama!"

Or

"Perempuan semua sama!"

Or

"Cinta itu tak wujud!"

Drama je lebih. Bajet ‪#‎CintaPalingAgung‬
Lulz.

P/S: Oh yer. Kenapa tajuk Monyet Mungkar? Idea ni dapat daripada geng NTP(Nadi Tarbiyah Pelajar) Kolej Matrikulasi Melaka. Kalau kat sekolah ala-ala geng BADAR(Badan Dakwah & Rohani) lah. Tak silap aku ideanya begini;

Cinta Monyet --> Monyet
Couple --> Ingkari perintah Allah --> Mungkar

Jadilah Monyet Mungkar.
Kreatif bukan?

Al-Azhar Milikku



Welcome to Hogwarts!!

Hehehe. Kidding! :p

Dulu,aku pernah berangan nak terbang ke Al-Azhar. Pengaruh layan citer Ayat-ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman ElShirazy. Pernah feeling-feeling nak jadi macam mas Fahri & Khairul Azam.Berpijak di bumi Mesir. Menimba ilmu dan mencari pengalaman berharga.

Serius. Bukan rekaan. Tatkala melihat rakan-rakan lain yang mampu terbang ke sana ke situ,mencari ilmu di negara orang,aku pun mula memasang hajat yang sama.

Sehinggakan ada suatu hari semasa selepas mendapat keputusan SPM,aku dimaklumkan tentang cara-cara untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tapi,bukan di Mesir.Maghribi dan bumi Jordan dalam kos agama. Melihat gred A di slip SPM ku untuk subjek Pendidikan AlQuran Sunnah,Pendidikan Syariah Islamiah serta Bahasa Arab Tinggi,aku lihat harapan mula muncul. Harapan untuk aku turut terbang ke luar.Bermusafir di negara orang.

Ditakdirkan Allah,aku tergerak hati untuk menanyakan tentang perihal belajar di Jordan kepada senior sekolah ku yang melanjutkan pelajaran di sana. Kataku kepadanya,pilihan universiti yang bermain di mindaku,sama ada di Jordan (Yarmouk University) ataupun di negara sendiri (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Kedua-dua itu menjadi pilihanku untuk aku membuat permohonan.

Balasnya,

"Kenapa mahu di Jordan? UIA juga bagus."

Aku terdiam. Tidak mampu membalas soalnya itu. Kerana,jauh di sudut hatiku,aku tahu. Niatku untuk terbang ke luar,bukan untuk mencari ilmu. Tapi,ianya terhasil akibat perasaan cemburuku melihat rakan-rakan lain yang mampu terbang jauh. Bermusafir di negara orang.

Cubaanku untuk memohon belajar di Jordan,aku lupakan. Tengoklah aku. Hanya bergantung dengan keputusan 5A dalam SPM.Aku cuba berpijak di bumi yang nyata. Pilihan kedua menjadi pilihan.

Ternyata Allah cuba mengujiku. Keputusan UPU langsung tidak berpihak pada diri ini. Maka,bermulalah perjalanan hidupku dengan Plan B. Belajar menjadi pelajar kolej matrikulasi. Sungguh,pada mulanya ia menjadi igauan ngeri kerana aku sudah bertekad untuk tidak mengambil kos sains. Namun apakan daya.Aku cuba dan cuba.



Kisah perjalanan hidupku di kolej matrikulasi berakhir setelah hampir 5 bulan di situ. Doa ibuku dimakbulkan Sang Ilahi. Aku mendapat tawaran panggilan ke-3 untuk melanjutkan pelajaran di UIA. Universiti yang pernah menjadi pilihan keduaku. Baru aku teringat bahawa aku pernah membuat rayuan.

Kini,aku di sini. Bergelar sebagai mahasiswa yang sedang menaiki tangga untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Benar. Tidak dinafikan yang universiti ini ada cacat celanya yang tersendiri yang masih lagi mampu dibaiki. Tetapi,aku tetap bersyukur dengan apa yang aku perolehi di sini.

Ini Al-Azhar ku..


P/S: Thanks for the great video Aemirage Production! #Kipidap

Saturday, 1 August 2015

Beraya di Uni



~Raya Syawal~

#FunFact Raya di Malaysia:

''Puasa sebulan,Raya pun sebulan lah..''

Dulu lain. Kat sekolah,kita minta izin mak untuk kita bawa kuih-kuih yang ada ke sekolah. Tulis kad raya untuk cikgu-cikgu(kalau rajin lah). Malam tu,iron baju siap sampin sekali. Excited gila nak tunjuk baju raya kat kawan-kawan. LoL! (Macam ada pengalaman je.) Beraya dengan classmates dan satu sekolah. Rasa awesome kan? Especially,bila kita jadi senior. Pencetus trend lah konon! Kalau ada persembahan,paling common adalah baca sajak,puisi,pantun. Wish kat cikgu-cikgu. You know what? Boleh kata 60% cikgu-cikgu kat sekolah kita kenal. Sebab dah berapa tahun kita belajar kat sekolah tu. Lama kot. Most of us lah.

Sekarang lain. Kalau society kita yang nak buat jamuan raya,tulis proposal dulu. Minta duit kat pihak universiti. Kalau kena tolak,duit poketlah nampaknya. Order katering je. Invite lecturer-lecturer yang ajar kita,lecturer yang jadi advisor society/kelab yang kita join tu. If bajet besar,orang-orang from admin/orang atasan pun kita invite. Tu pun kalau dewan kita boleh guna or dapat sewa kanopi. Grand sikit. Hahaha. Takdenya kad raya. Just copy paste ucapan raya kat Whatsapp tu. Wish kat lecturer dalam group. Persembahan pun ada kalau event kita tu besar. Sekarang tak sampai 30% pun lecturer-lecturer kat U yang kita kenal. Lain kos. Lain bidang.

Semoga kita semua ketemu lagi Ramadhan tahun depan. Insha Allah, Ameen.

P/S: Ni gambar jamuan raya yang aku pernah join time asasi dulu. Anjuran Global Community Club (GCC).Raya 2014. Tahun ni tak dapat pergi. Diaorang tak invite. Hahaha.Just kidding! Dah habis asasi lah..

Syukur Selalu



"Not all people are meant to become a doctor.." 

kata pensyarah ku yang mengajar subjek Religions In Malaysia a.k.a subjek RIM. Tapi,sekarang dah tukar nama dah. Dah jadi Islam & Other Religions. Kod pun tukar. Orang tak panggil subjek RIM lagi. Panggil subjek RKA pula. And hanya aku yang memanggilnya dengan panggilan Ustazah. Kadang-kadang terikut juga dengan rakan-rakan yang lain memanggilnya Madam.

"TAPI..TAPI..TAPI.." hatiku cuba membangkang.

Jauh di sudut hatiku,masih punya cita-cita untuk menjadi seorang doktor.
Mungkin sebab minatku terhadap subjek Bio sewaktu belajar di Kolej Matrikulasi Melaka.

Kini aku di sini. Pelajar kos English for International Communication. Kos bahasa.
Apalah sangat yang ada pada kos bahasa ni? Tiap kali orang tahu aku budak bahasa,mesti sahaja mereka menanyakan tentang pekerjaan dalam bidang apa yang boleh aku ceburi nanti? Huh! Seolah-olah tiada tempat untuk ku nanti di alam pekerjaan. Namun begitu,aku tidak menafikannya. Aku pun tidak tahu arah tuju perjalanan aku selepas tamat belajar. Kenapalah aku tak stay sahaja di matrik dulu? Kalau stay,tentu sahaja masih ada peluang untuk aku merealisasikan cita-citaku menjadi seorang doktor.

Alhamdulillah,perjalanan setahun lebih aku di asasi ditambah dengan perjalanan sem pertama aku di peringkat ijazah sarjana muda,sedikit sebanyak membuka kedua mataku. Kayu ukur ‪#‎SiapaTerpandai bukanlah terletak pada benchmark yang melihat kos sains sahaja seperti Engineering,Medic dan kos-kos sains yang lain. Semua kos yang kita ceburi,kalau betul niatnya,kalau ada minatnya,pasti berjaya.Insha Allah!

Kalau difikirkan balik,minat Bio sahaja tidak cukup untuk aku menjadi seorang doktor. Perlu ada kesanggupan untuk korbankan masa. Lihat sahaja aku ini.Suka berkomunikasi dengan orang ramai dan suka berjalan. Pasti ada tempat untuk aku di bidang yang lain. Sebab,Allah telah menetapkan rezeki masing-masing.Rezeki semut di hutan pun terjaga. Apatah lagi kita.So,syukur selalu! Kerana tiap yang berlaku,pasti ada hikmah yang kita tak tahu.  :)

P/S: Nah. Cuba baca artikel ni.Ada 7 Jenis Kepintaran! Kalau kita tak pandai bidang yang tu,mungkin pandai bidang yang ni.Actually,tiada istilah Orang Pandai & Orang Bodoh. Yang ada cuma Rajin atau Malas. Rajin ke tak nak asah bakat dan potensi diri?  ^_^