Nuffnang Ads

Friday, 21 August 2015

Al-Azhar Milikku



Welcome to Hogwarts!!

Hehehe. Kidding! :p

Dulu,aku pernah berangan nak terbang ke Al-Azhar. Pengaruh layan citer Ayat-ayat Cinta & Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman ElShirazy. Pernah feeling-feeling nak jadi macam mas Fahri & Khairul Azam.Berpijak di bumi Mesir. Menimba ilmu dan mencari pengalaman berharga.

Serius. Bukan rekaan. Tatkala melihat rakan-rakan lain yang mampu terbang ke sana ke situ,mencari ilmu di negara orang,aku pun mula memasang hajat yang sama.

Sehinggakan ada suatu hari semasa selepas mendapat keputusan SPM,aku dimaklumkan tentang cara-cara untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tapi,bukan di Mesir.Maghribi dan bumi Jordan dalam kos agama. Melihat gred A di slip SPM ku untuk subjek Pendidikan AlQuran Sunnah,Pendidikan Syariah Islamiah serta Bahasa Arab Tinggi,aku lihat harapan mula muncul. Harapan untuk aku turut terbang ke luar.Bermusafir di negara orang.

Ditakdirkan Allah,aku tergerak hati untuk menanyakan tentang perihal belajar di Jordan kepada senior sekolah ku yang melanjutkan pelajaran di sana. Kataku kepadanya,pilihan universiti yang bermain di mindaku,sama ada di Jordan (Yarmouk University) ataupun di negara sendiri (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Kedua-dua itu menjadi pilihanku untuk aku membuat permohonan.

Balasnya,

"Kenapa mahu di Jordan? UIA juga bagus."

Aku terdiam. Tidak mampu membalas soalnya itu. Kerana,jauh di sudut hatiku,aku tahu. Niatku untuk terbang ke luar,bukan untuk mencari ilmu. Tapi,ianya terhasil akibat perasaan cemburuku melihat rakan-rakan lain yang mampu terbang jauh. Bermusafir di negara orang.

Cubaanku untuk memohon belajar di Jordan,aku lupakan. Tengoklah aku. Hanya bergantung dengan keputusan 5A dalam SPM.Aku cuba berpijak di bumi yang nyata. Pilihan kedua menjadi pilihan.

Ternyata Allah cuba mengujiku. Keputusan UPU langsung tidak berpihak pada diri ini. Maka,bermulalah perjalanan hidupku dengan Plan B. Belajar menjadi pelajar kolej matrikulasi. Sungguh,pada mulanya ia menjadi igauan ngeri kerana aku sudah bertekad untuk tidak mengambil kos sains. Namun apakan daya.Aku cuba dan cuba.



Kisah perjalanan hidupku di kolej matrikulasi berakhir setelah hampir 5 bulan di situ. Doa ibuku dimakbulkan Sang Ilahi. Aku mendapat tawaran panggilan ke-3 untuk melanjutkan pelajaran di UIA. Universiti yang pernah menjadi pilihan keduaku. Baru aku teringat bahawa aku pernah membuat rayuan.

Kini,aku di sini. Bergelar sebagai mahasiswa yang sedang menaiki tangga untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Benar. Tidak dinafikan yang universiti ini ada cacat celanya yang tersendiri yang masih lagi mampu dibaiki. Tetapi,aku tetap bersyukur dengan apa yang aku perolehi di sini.

Ini Al-Azhar ku..


P/S: Thanks for the great video Aemirage Production! #Kipidap

No comments:

Post a Comment