''Three words. Eight letters. Say it and I'm yours.'' - Blair Waldorf
Fullamak! Feeling cintan cintun pula hari ni.
Ngeh ngeh ngeh..
To those yang wondering, Blair tu watak fiksyen dalam drama tv ok.
Jangan nanti ada pula yang kata aku skandal dengan foreigner. -_-
Lulz! :p
*Abaikan semua tu.*
Hari ni kita bercakap tentang 3 huruf.
I - N - G
(Ay-En-Gee)
Rasanya ramai yang dah boleh teka. :D
Yup.We're going to learn Continuous Tense.Also known as Progressive Tense.
Dalam kes ni,let's use term Continuous Tense sebab ramai cikgu Bahasa Inggeris kat sekolah yang guna istilah ni.
Ok.Continuous Tense terbahagi kepada 2.
1) Present Continuous Tense
2) Past Continuous Tense
Kita pergi kepada yang pertama. Which is quite confusing explanation dia.
Bear with me,people.Insha Allah.Semoga difahamkan.
Present Continuous Tense
- Membicarakan tentang perkara yang sedang berlaku.
Contoh ayat dalam Bahasa Melayu:-
''Haikal sedang memakan sarapan paginya.''
Ok.Sekarang kita translate kan ayat tu dalam Bahasa Inggeris.
''Haikal is eating his breakfast.''
Nampak tak?Biar saya cerakinkan ayat tadi.Fuh.Dah lama ta guna ayat Matematik ni! XD
Haikal - Haikal
sedang memakan - is eating
sarapan paginya - his breakfast
Sekarang baru faham?Yes! Alhamdulillah.
Boleh je kalau nak tulis macam ni.
''Haikal eats his breakfast.''
Tapi,ayat tu too general.Umum.
Which actually means,
''Haikal makan sarapan paginya.''
Bila?Semalam ke?Sekarang ke?Atau esok?
Perkataan sedang tiada di situ.
Perkataan sedang yang kita maklum digunakan apabila hendak menyatakan sesuatu yang tengah berlaku.At the moment.Pada saat tu juga.
Formulanya,
Subject - verb to be - verb + -ing
Contoh: Harry Potter is reading his book.
Penjelasan: Subjek tu,benda yang dibincangkan. Verb to be adalah 'am,is,are'.Dalam ayat ni,verb to be yang digunakan adalah 'is'. Verb yang digunakan adalah 'read'. Tambah dengan -ing jadi reading.
Ini kerana,verb yang ada selepas verb to be(am,is,are),kena tambah -ing.
Penggunaan sedang dalam konteks Bahasa Ingeris di sini,boleh juga untuk menyatakan perkara yang sedang berlaku dalam masa terdekat.
Contoh,
''Einstein is studying really hard for his exams this weekend.''
Means,
''Einstein sedang belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaannya pada hujung minggu ini.''
Mungkin bukan pada saat ini.Tapi,tempoh sebelum hujung minggu tu,Eistein sedang duk pulun habis-habisan ni.Al-maklumlah.Musim SPM. :0
- Membicarakan tentang masa hadapan
''Amirul Alimin is coming for lunch tomorrow.''
Dalam konteks ayat ni,kita tak boleh translate 'is coming' tu kepada 'sedang datang'.
No.Kita translate sebagai ''Amirul Alimin akan datang makan tengahari esok.''
Ada penanda perkara tu akan berlaku.Iaitu tomorrow.
Contoh lain,
Shah and I are not going to Midvalley this weekend.
*note: mesti ada yang tertanya-tanya.Perkataan 'not' di situ terletak di antara verb to be(are) dan verb.(go). Kena tambah -ing juga ek?
Yes.Cuba try recall balik pesanan penaja tadi.
''Ini kerana,verb yang ada selepas verb to be(am,is,are),kena tambah -ing.''
Hah.Dah ingat?Tak kisahlah ada pemisah ke,tembok cina ke antara verb to be dan verb tu.Asal ada verb je selepas verb to be, jangan lupa tambah -ing.Araso? :D
bersambung...