Nuffnang Ads

Monday, 16 March 2020

Emosi Budak & Filem 'Inside Out'



Alhamdulillah. Aku pernah diberikan peluang untuk 'membedah filem' dalam suatu program yang diberi nama Bibliophilia. Program Bibliophilia merangkumi dua benda iaitu 'membedah buku' & juga 'membedah filem'. Aku ditawarkan untuk membedah filem.

-INSIDE OUT-

Filem animasi 2015 keluaran PIXAR yang lain daripada lain pada tahun ini. Bermain dengan emosi,kisahnya fokus pada seorang gadis kecil. Seorang yang dahulunya emosi dominannya adalah gembira(Joy),kini itu semua berubah setelah dia berpindah ke bandar baru yang jauh daripada rumah lamanya yang selesa serta jauh daripada rakan-rakan baiknya.

Di sini kita dapat melihat bahawa betapa pentingnya untuk memastikan emosi seseorang itu terkawal dan dalam keadaan yang baik. Cerita ini mengingatkan aku pada suatu post di Facebook mengenai kisah seorang budak yang kematian ibu bapanya. Dia kemudian dibesarkan oleh neneknya yang sudah tua lagi daif. Pengawasan terhadap dirinya yang kurang,anasir-anasir jahat mengambil peluang. Dihampirinya dia oleh golongan yang sudah tidak sepenuh waras lagi akal pemikiran mereka. Budak itu diperkenalkan dengan gam. Ya. Dia diajar untuk menghisap gam. Setelah lama bersama mereka,budak itu kemudiannya disuruh untuk mencuri barang daripada rumah orang. Pada suatu hari,dia tertangkap oleh tuan rumah yang ada ketika itu.

Sayang. Children's emotion are so simple yet so fragile. They don't have the ability to control it. Unlike the adults that have complex emotions due to the experiences that they have gone through in life and already being able to control some part of it.

Mesej yang cuba aku sampaikan semalam adalah,emosi itu penting untuk dijaga. Kerana itu akan mengorak hidup kita tanpa kita sedar. Tapi,tidak bermakna kita perlu gembira sepanjang masa. Adakalanya kita akan menangis,marah dan sebagainya kerana semua itu membentuk siapa diri kita pada hari ini. Emosi perlu dibimbing dan disalurkan pada saluran yang betul. Lebih-lebih lagi,kanak-kanak. Jangan dimarahi selalu. Perlu sentiasa beri kata-kata positif.

P/S:Thanks to penganjur and thanks to those yang datang! Dah lama tak bedah movie. 
Insha Allah,jika diberi peluang lagi,aku beraksi lagi! :D

Photo by Aini Syahira.

No comments:

Post a Comment