Nuffnang Ads

Monday 16 March 2020

Perempuan,Inai & ...

Ada satu kisah yang berlaku di sebalik program ini. Funny one actually. So,as a promoter,well budak-budak kelas aku memang pandang aku sebagai Encik Wartawan takpun Mr.Google. Sebab aku selalu update benda-benda yang berlaku kat kampus. Disebabkan majoriti classmate aku tu perempuan, and program ni ada hadiah untuk siapa yang datang awal,dapat henna(inai),so,aku rasa seperti terpanggil untuk promot kepada mereka.

It happened sebelum kelas bermula. Time tu kelas terakhir untuk most of us. Kelas pukul 5 petang. Kami semua duk tunggu untuk masuk ke dalam kelas since dalam kelas tu still ada pensyarah lain and student-student lain. Sementara menunggu mereka semua keluar,aku pun mulakan tugasku sebagai promoter.

''Malam ni,ada program kat Experimental Hall. Al-Andalus. Earlybirds dapat inai/henna nanti.'' kataku cuba menarik perhatian.


Riak muka mereka menunjukkan rasa minat tetapi tidak seperti 2 kawanku ini. ''Nab'' dan ''Elly''. 
Mereka berdua menghampiriku untuk mendengar apa yang diperkatakan.

''Weyh,weyh. Apa dia?Program apa? Dapat henna(inai) eh?? Serius ah?''

Aku hanya mengiyakan tetapi tidak menjelaskan dengan terperinci kepada mereka kerana fikirku bahawa mereka berdua tidak berminat program-program seperti ini dan mungkin mereka sibuk dengan hal yang lain pada malam itu.

Tetapi,TIDAK..

Pada malam itu,aku dalam dilema. Ada 2 program yang berlangsung serentak. Program Al-Andalus itu dan program mengenai bahayanya rasuah. Mulanya,aku datang ke program talk berkenaan rasuah. Disebabkan program itu belum bermula,aku pergi ke Experimental Hall untuk melihat keadaan pogram Al-Andalus. Dan aku cuba peruntukkan masa dalam 15 - 30 minit untuk berada di situ sebelum kembali ke program talk berkenaan rasuah sebentar tadi. Masa yang diperuntukkan telah habis. Lalu aku bangun perlahan-perlahan untuk tidak menganggu konsentrasi penonton-penonton yang lain.

Pada waktu itu,keadaan di dalam dewan itu sudah penuh sehinggakan ada yang terpaksa duduk di tangga. Keluarnya aku dari dewan itu,aku terlihat 2 orang yang agak familiar di pintu masuk dewan.

''Hey,Eizat! Hang pun datang?'

kata Nab. Rakan sekelasku itu. Dia ditemani dengan Elly pada waktu itu.

''Hey!'' kataku.

Mereka melambaikan tangan lalu masuk ke dewan dengan muka yang teruja. Penuh dengan adrenalin. Aku beransur ke program yang lain. Sedikit terkejut melihat kehadiran mereka. Mungkin mereka minat program seperti ini. Aku tersenyum keseorangan.

Tibanya aku di tempat program talk berkenaan rasuah itu,aku menarik nafas dan cuba memberi fokus pada isi-isi program yang disampaikan oleh panel-panel yang hadir. Dan setelah beberapa minit,ada 2 orang yang menghantar mesej via Whatsapp kepadaku ketika itu:

''Woi,Eizat! Henna apanya?''

''Apa talk ja ni''

''Grrr.. Marah ni.''

''Henna kat Andalus ka?''

''Mende apa ni wehhh? Ngantuknya..''

''Mende henna nya weh.''

''Dah ah ngantuk ugh.''

''Apa yang dia ngarut tu weh??''

Sekali lagi,aku senyum.

No comments:

Post a Comment